TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, February 11, 2011

Home » , , » Hadiah Dari Hati..

Hadiah Dari Hati..

 Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali dalam blog aku yang semakin jarang dikemaskini. Namun masih boleh dimaafkan kerana aku masih lagi berusaha untuk mengemaskini entri di blog ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Blog bahasa Inggeris pun masih belum dikemaskini, begitu juga dengan beberapa blog niche yang lain. Satu lagi blog aku menghadapi masalah disebabkan oleh blog bahasa Inggeris yang baru saja pulih baru-baru ini. Nampaknya aku salah addon domain ni.. Tak mengapalah, semuanya merupakan proses pembelajaran yang menyeronokkan untuk aku.


Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk aku sebab banyak kerja yang perlu disiapkan dengan kadar yang segera. Minggu ini juga aku telah memperbaharui lesen memandu aku selama 2 tahun. Mudah-mudahan untuk tempoh 2 tahun ni takkan berlaku apa-apa yang tak diingini sepanjang aku memandu kereta. Bukan apa, banyak kemalangan yang aku nampak sepanjang 2 tahun lalu, membuatkan aku sedar, hidup manusia hanyalah seperti embun di pagi hari, terlalu singkat untuk disia-siakan.

Selepas mengharungi HIDUP SEORANG BLOGGER: Kesibukan Tak Terjangka, tiba masanya untuk aku menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. Yup, membeli buku untuk menjadi koleksi aku sepanjang zaman. Sekurang-kurangnya, bila aku sudah tiada (macam lagu band Indie Hujan tu..hehe), bolehlah aku wariskan koleksi buku-buku kesayangan aku. Jadi kena simpan dan jaga baik-baik.

Jenis buku yang menjadi kegemaran aku tentunya ialah berunsurkan motivasi dan inspirasi. Kadang-kadang kita sebagai manusia akan menghadapi situasi seperti lemah semangat, jiwa rasa kosong dan pelbagai lagi rasa yang sedikit sebanyak melenturkan keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik. Jadi, bacalah bahan-bahan yang mampu memberikan ketenangan dan panduan untuk memperbaiki tahap kendiri kita. Ada dua buah buku yang aku belikan untuk menjadi hadiah diri sendiri.

Buku pertama ialah bertajuk Minda Punca Kejayaan karya Imran Jafar. Harganya ialah RM10.90 tapi sebab guna kad ahli dapatlah diskaun sikit. Buku ini aku dah baca sampai bab ke-3. Pendekatan yang digunakan agak serius tapi masih boleh dihayati. Tebal buku ini ialah 117 halaman. Mula-mula tak nak beli sebab grafik muka depan tak berapa menarik perhatian lebih-lebih lagi sinopsis buku tu tak ada di belakang buku. Tapi waktu membelek bahagian isi kandungan, tertarik pula dengan topik Pancaindera Keenam. Terus beli. Ada sticker paid lagi time gambar ini diambil..hehe..

Untuk buku kedua pula, buku Tip Menjadi Penulis Bestseller karya Zamri Mohamad menjadi pilihan. Harga buku ini RM31.00, harga piawai untuk Sabah dan Sarawak. Kalau berkesempatan lagi ke Semenanjung pada masa hadapan, confirm aku beli banyak buku kat kedai MPH tu..hehe.. Buku ni tak payah aku terangkan tentang apa sebab tajuknya pun dah menerangkan kandungan buku tu, tentulah tips yang berguna kan. Setiap buku mempunyai semangat motivasinya yang tersendiri daripada penulis. Isi kandungannya jelas dan di akhir setiap topik disertakan nota penting yang telah dipelajari.

Sekian saja perkongsian daripada aku untuk hari ini. Ini adalah satu cara untuk aku menghargai setiap penat dan lelah aku dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Tak kiralah samada kerja itu secara offline ataupun kerja freelancer yang aku lakukan di dunia siber. Salam sayang dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang dari Bluedianthus Dot Com.

p/s: Membaca bertambah ilmu.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails