TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, February 26, 2011

Home » , » Cara Bluedianthus memberikan review

Cara Bluedianthus memberikan review

Salam hujung minggu aku ucapkan kepada semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat di samping keluarga yang tersayang. Hari ini aktiviti aku memang banyak dihabiskan di kampung. Dah balik rumah ini, banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. Hari ni tak online sangat , sebab ada kerja lain nak buat, iaitu menulis review buku Alan Tan. Terlebih dahulu, aku menulis review tersebut di atas kertas. Aku tidak terus menaip kerana, aku rasa aku lebih suka menconteng di atas kertas terlebih dahulu. Mungkin kerana idea untuk memperbaiki lagi penulisan aku akan muncul tiba-tiba, dapatlah menconteng sesuka hati..hehe.. Sama saja apabila aku mendapat tawaran untuk memberikan review berbayar ataupun tidak, aku akan melakukan benda yang sama. Oh, terbongkar sudah rahsia Bluedianthus menulis review..:)

p/s: Sebenarnya tak ada rahsia pun..aku yakin ramai yang suka conteng menconteng ni. Cuma menulis menggunakan tulisan pena aku anggap mempunyai kesan sentimental dalam diri sendiri. Salam sayang dan salam berhujung minggu untuk semua pembaca blog ini. Untuk Alan Tan, nantikan email dari saya. Amboi, formalnya.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails