TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, February 10, 2011

Home » , » BestTopup Dot Com, Perniagaan yang Takkan Tepu!

BestTopup Dot Com, Perniagaan yang Takkan Tepu!

Salam sejahtera dan selamat hari Khamis aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Seperti yang telah aku janjikan di entri aku Isnin lepas, hari ini aku akan memberikan review mengenai sebuah lagi perniagaan yang pasti tidak akan tepu di pasaran.



Top-up, aku dan korang tentunya biasa mendengar perkataan ini kan? Budak umur 9 tahun pun tahu apa maksud top-up…hehe.. Perkataan yang sinonim dengannya ialah reload, kan? BestTopUp.Com, merupakan satu lagi laman web yang wujud untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin menjalankan perniagaan top-up ini.

BestTopUp.Com baru saja dilancarkan awal tahun 2011 ini, tetapi jangan heran laman ini sudahpun mempunyai peminat walaupun baru berusia sebulan di dunia Internet. Produk utama yang diniagakan tentunya top up kredit untuk pelbagai rangkaian dan mempunyai 2 kaedah top-up iaitu dengan kaedah autoreload ataupun transaksi biasa menggunakan PIN (macam yang kita beli top-up kat kedai biasa kemudian gores untuk dapatkan digit untuk masukkan nombor reload).

Tapi, sampai bila kita asyik nak reload handphone sendiri tanpa dapat apa-apa komisyen kan? Dah bertahun-tahun top-up untuk handphone sendiri, apa salahnya korang cuba untuk dapatkan sedikit komisyen dengan menjual top-up untuk kawan-kawan dan sanak-saudara. Sekurang-kurangnya taklah mereka terpaksa ke kedai semata-mata nak beli top-up. Kata orang, jadi agen top-up ni mudah, customer yang akan cari kita sebab nak beli top-up. Itu betul tapi bukan pada mulanya. Awal-awal tu kenalah ada promosi sikit, sebarkan pada rakan-rakan, ahli keluarga, sanak-saudara. Kalau diam saja, manalah orang nak tau kan.

Ok, sekarang kita lihat pelan pemasarannya.


Korang boleh menjual top-up dengan 5 pilihan iaitu samada menjadi agen, retailer, retailer pertama, retailer kedua dan retailer ketiga. Komisyen yang paling tinggi adalah agen, dan diikuti yang berada di bawahnya. Permintaan untuk mendapatkan top-up lazimnya adalah secara konsisten disebabkan oleh tempoh tamat kredit bergantung kepada harga top-up yang dibeli. Ini aku setuju sebab aku juga pengguna top-up tegar. :)

Dengan 5 pilihan ini juga, bermakna keuntungan yang bakal diperolehi akan berbeza mengikut status penjual top-up. Korang boleh tengok keuntungan bagi setiap level di bawah ini.
Hmm..agak besar juga modal yang perlu dikeluarkan untuk menjadi agen top-up kan. Tapi berita baik untuk mereka yang berminat untuk mencuba perniagaan ini. BestTopUp.Com memberikan diskaun sehingga 60% sekiranya mendaftar pada mana-mana 4 level teratas (agen, retail, 1st retail dan 2nd retail). Tentunya perniagaan top-up amat berbaloi-baloi untuk diceburi.
 Tawaran tak boleh lepas ni.:)

Secara keseluruhannya, aku suka dengan perniagaan yang membantu orang lain. Perniagaan sebegini boleh disertai oleh ramai golongan. pelajar sekolah, pelajar IPT, pekerja kerajaan, pekerja swasta, penganggur, suri rumah, penjual kedai runcit/pasar…semuanya boleh cuba perniagaan ini. Selagi top-up itu diperlukan, selagi itu ianya masih mempunyai pasaran dan takkan tepu. Sekurang-kurangnya kita sudah terdedah kepada peluang berniaga sendiri. Menimba ilmu itu kan amalan terpuji. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails