TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, February 16, 2011

Home » , , » Benarkah pemilihan domain sangat penting?

Benarkah pemilihan domain sangat penting?

Konsep domain* sememangnya dominan bagi para blogger ataupun pemilik website. Tidak kira samada domain itu percuma ataupun berbayar, domain itu masih lagi merupakan salah satu kriteria yang membolehkan sesebuah domain itu dikenali.

Aku tidaklah mempunyai kepakaran untuk menentukan samada sesebuah domain yang dicipta itu mempunyai nilai yang tinggi di pasaran atau tidak tetapi sedikit sebanyak daripada pembacaan aku, kadangkala nama domain yang dipilih dapat memberi nilai yang tinggi dari segi SEO. 

Tentu korang semua sudah tahu jawapan kepada tajuk entri kali ini bukan? Sudah tentulah pemilihan nama domain itu penting. Tetapi mungkin kita boleh kategorikan situasi penting ini kepada 3:
  1. Sangat Penting - Ini tersangatlah penting sekiranya ianya melibatkan website yang berteraskan perniagaan. Jadi nama domain hendaklah tertuju terus atau menghampiri produk ataupun servis yang ingin dipasarkan. Ejaan nama domain juga sangat penting supaya nama itu mudah diingati oleh mereka yang ingin melayari website ataupun weblog. Contoh, mana satu nama domain yang korang akan dapat ingat, VivaCars.Com ataupun VivaCarz.Com? (Jangan taip nama domain ni kat Google ok, sebab nama ni belum wujud lagi..contoh je ni)
  2. Penting - Bagi aku, pemilihan domain untuk blog sangat penting untuk menunjukkan identiti seorang blogger, menjadi unik kerana hanya 1 saja nama domain yang ada di dunia ni daripada berjuta-juta domain yang didaftarkan. Nama domain juga mempunyai kesan sentimental kepada empunya blog. Sebagai pemilik Bluedianthus Dot Com ini sendiri, nama Bluedianthus ini sendiri merupakan sebuah nama yang melambangkan identiti aku. Warna biru merupakan warna kegemaran aku dan Dianthus ialah sejenis bunga mewakili pemilik blog ini iaitu seorang wanita. Bayangkan kalau aku tidak menggunakan nama Bluedianthus sebagai domain blog ini. BungaBiru.Com? Hmmm..(nama domain ini pun hanya contoh je, belum ada lagi nama domain ni...kalau nak boleh la beli..hehe..)
  3. Kurang Penting  - Ya, kategori ini menarik kerana walaupun kurang penting, nama domain ini masih lagi termasuk dalam kategori yang penting. Lazimnya, nama domain yang ideal terdiri daripada 2 atau 3 perkataan yang digabungkan menjadi satu nama domain. Banyak huruf yang ideal pula ialah di antara 10 ke 15 patah perkataan. Tetapi masih ada nama domain yang panjang yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Betul, masih ada. Sebagai contoh  boleh lihat domain yang aku sendiri susah nak sebut dengan sekali lafaz: http://TheLongestListOfTheLongestStuffAtTheLongestDomainNameAtLongLast.com (Nama domain ini wujud dengan megahnya dengan PageRank 5, berusia 6 tahun dan tersenarai  dalam 100 000 ke bawah Alexa Rank). Sebuah pencapaian yang cukup membanggakan bukan? Aku percaya pemilik domain ini berusaha gigih untuk membangunkan nama domain ini. Siapa kata nama domain yang panjang tidak kompetetif? Tapi masih kena berhati-hati memilih domain yang panjang, kerana risiko untuk nama domain tidak disahkan pendaftarannya juga agak tinggi dan kemungkinan Google akan mengkategorikannya sebagai spam domain.
 Pemilihan akhiran domain samada .Com, .Net, .Org, .Info tidak aku sentuh di sini, mungkin boleh dibuat untuk entri lain pula. :)

p/s: Pemilihan domain memang penting, tetapi adakalanya kita perlu melupakan kepentingannya untuk kepuasan peribadi. Renung-renungkan...

Artikel Sebelumnya: Kemaskini Nuffnang minggu kedua Februari 2011

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails