TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 7, 2011

Home » , , » Mari Belajar Sikap Mudah Diajar

Mari Belajar Sikap Mudah Diajar

Salam sejahtera buat pembaca dan kawan-kawan blogger yang masih lagi sudi menjenguk blog ini walaupun sudah agak lama pemilik blog ini tidak turun padang memeriahkan ruangan komen yang ditulis di dalam setiap entri yang diterbitkan. Aku menghargai setiap komen yang ditulis di dalam entri ini. Walaupun tidak sebanyak komen di blog-blog lain tapi aku cukup teruja kerana masih ada lagi pembaca yang cuba memahami penulisan yang aku tulis sebagai perkongsian kita bersama. Terima kasih semua.. :)


Aku terpanggil untuk berkongsi tajuk artikel pada kali ini bersempena dengan kehadiran tahun baru 2011 ini. Semua orang tentu ada cita-cita dalam hidup kan. Tidak, semua orang perlu ada cita-cita, barulah hidup yang dijalani bermakna. Tak kisahlah samada keinginan itu besar atau kecil, ia tetap cita-cita yang tidak boleh dipandang rendah.Tapi keinginan saja tidak cukup untuk menggapai cita-cita.

Mudah diajar adalah satu sikap positif yang menjadi "tulang belakang" dalam memacu ke arah cita-cita yang diimpikan. Tapi malang sekali, ramai di antara kita takut untuk bercita-cita besar a.k.a THINK BIG. Kenapa ya? Hmm..mungkin kena ubah sedikit persepsi tu untuk tahun baru ini. Jom belajar sikap mudah diajar, bukan kurang ajar okies..hehe..:)

1. Gemar membaca. Suka membaca bukan hanya untuk lulus periksa tau, tetapi membaca dan menyelidik buku-buku bacaan tambahan. Bukan baca buku cinta saja, tetapi juga buku yang boleh memberikan input kepada saraf neuron dalam otak kita. Kajian mendapati mereka yang gemar membaca biasanya awet muda kerana saraf neuron dalam otak mereka sentiasa berkembang kerana menerima ilmu. Aku kini sudah ada tabiat baru iaitu membaca buku motivasi dan juga berkaitan dengan dunia online (oh yes, everything about online world which can make me rich, hehe..). Tetapi itu bukanlah sebab utama kerana apa yang aku perlukan hanya pengalaman, proses try and error itu cuma satu perjalanan yang seronok untuk diterokai. Jadi, jom rajin-rajinkan membaca bahan ilmiah. :)
 2. Gemar memerhati. Ok, jangan harapkan orang lain asyik memerhatikan kita. Sesekali (bukan lagu Shima Teringin tu ya),kenalah berada di tempat pemerhati juga. Sebab dari situ, pemerhatian kita akan jadi tajam, mendapat banyak maklumat dan paling penting, sikap ini mampu menguatkan daya ingatan. Siapa nak kuatkan daya ingatan sila angkat tangan? Alamak, aku tak nampak la. :) Mungkin persepsi memerhati itu berbeza dalam fikiran kita masing-masing. Perhatikan ayat di bawah ini.
  3. Gemar mendengar. Bijak pandai mengatakan, "Seseorang itu tidak akan belajar apa-apa bila terus-menerus bercakap." Yang ni aku setuju sangat-sangat. Setiap hari kita berjumpa dengan ramai orang, kawan pejabat, kawan lama, pelanggan, majikan, memang ramai kan. Cuba perhatikan, siapa yang menyapa dan bersuara terlebih dahulu? Hmmm..back to the past..
 Orang yang bersikap mudah diajar akan sentiasa menggunakan peluang untuk belajar dengan sepenuhnya dan mereka juga akan sentiasa mencari peluang untuk belajar daripada pelbagai sumber. Semoga kita sama-sama akan dapat mengamalkan sikap mudah diajar ini sepenuhnya. Mungkin ada yang tidak dapat melakukan ketiga-tiga perkara ini dalam jangka masa yang singkat tetapi itu juga merupakan satu sikap belajar untuk memperbaiki kekurangan diri. 

p/s: Selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada semua, semoga bergembira bersama keluarga tersayang.


Artikel Sebelumnya: Lagi-lagi blog bahasa Inggeris!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails