TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, January 5, 2011

Home » , , » Lagi-lagi blog bahasa Inggeris

Lagi-lagi blog bahasa Inggeris

Salam sejahtera dan semoga semua pembaca blog ini sihat walafiat hendaknya. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini entri di dalam blog ini dek kerana sibuk dengan urusan yang perlu diutamakan. Banyak komen yang belum dibalas lagi. Aku akan cuba juga untuk membalasnya kerana aku hargai komen-komen yang diberikan daripada rakan blogger yang lain. Terima kasih kerana masih sudi lagi mengunjungi blog Bluedianthus ini.

Kali ini aku akan berkongsi mengenai isu yang acapkali aku sampaikan dalam beberapa entri aku yang lepas. Kenapa blog bahasa Inggeris menjadi keutamaan aku dalam menjana wang USD selain daripada beberapa aktiviti terluang aku di dunia online. Mungkin dengan beberapa screenshot di bawah boleh memberikan jawapannya. 
Aku telah diberikan penalti kerana mengeluarkan wang kurang dari jumlah minimum

Masih menanti wang dipindahkan ke akaun Paypal

Aku aktif menulis dalam bahasa Inggeris kerana tugasan kecil ini. :)

Sekali lagi, screenshots di atas bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tetapi adakalanya sesuatu yang dikata itu memerlukan bukti supaya apa yang hendak dijelaskan itu sampai kepada pembacanya. Berbalik kepada tajuk entri ini, lagi-lagi blog bahasa Inggeris, mengapa? Kerana blog bahasa Inggeris ini luas capaiannya.
 
Memang benarlah bagai dikata, membangunkan blog memang mudah, tetapi untuk memberi "rasa" kepada blog tersebut memakan masa (bergantung) untuk membolehkan blog itu betul-betul boleh menjana pendapatan. Membangunkan sebuah blog bagaikan membina sebuah rumah yang kukuh dengan dasar yang teguh. Bukan hanya main hentam keromo saja. Kalau tidak, hasilnya tidak akan menjadi seperti yang kita harapkan. 

Bukan saja blog bahasa Inggeris, blog Melayu juga sama. Paling penting, keunikan dalam berblogging dan keunikan inilah yang akan kekal dalam minda pembaca dalam waktu yang lama. :)
 
p/s : Aku hanya berkongsi sedikit pengetahuan dalam dunia blogging. Aku juga masih baru berusaha mendalami dunia blogging yang menyeronokkan ini. Semoga bermanfaat dan jangan takut untuk membangunkan blog dalam bahasa Inggeris. Lebih baik mencuba dan gagal daripada tak mencuba langsung.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails