TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, January 17, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Januari 2011

Kemaskini Nuffnang minggu ketiga Januari 2011

Malam ini hanya sedikit entri ringkas untuk mengemaskini akaun Nuffnang aku sebab pagi tadi aku memberi laluan kepada entri Edisi ke-3 Komik Niaga Sudah Terbit! Sesiapa yang berminat dengan perniagaan produk fizikal jangan lupa untuk memuat turun e-komik ini okies. Sebelum aku terlupa, minta maaf sebab lewat membalas komen yang diluahkan di dalam blog ini, akan  cuba membalasnya selepas menerbitkan entri ini. :)


Secara ringkasnya, blog Bluedianthus ini sudah menerima beberapa lagi Buffered Earning (BE) pada minggu lepas. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada Nuffnang kerana masih melihat blog Bluedianthus ini sebagai blog yang boleh mempromosikan produk dan servis para advertiser. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara berkaitan dengan blog aku yang kurang memberangsangkan.

Ada 3 BE diterima oleh blog Bluedianthus dan 1 lagi di blog bahasa Inggeris

Iklan AMP KK ini melekat di blog ini dan juga blog bahasa Inggeris aku. Iklan ini adalah fasa ke II

Rekabentuk Iklan ni nampak ala-ala animasi kan...aku suka.

Memang kena dengan tagline, "2 Good 2 be True". Hampir RM2.4juta untuk dimenangi. Lumayan kan.
Oh ya, berita menyedihkan untuk blog bahasa Inggeris aku, ada sedikit masalah semasa pemindahan domain ke hosting yang baru, jadi earning BE kedua di blog bahasa Inggeris akan statik sebab aku telah delete blog itu buat sementara waktu untuk mengelakkan status Gliteratti aku ditarik oleh pihak Nuffnang. Masalah ini telahpun aku isukan kepada pihak Nuffnang dan pihak Nuffnang sedia maklum. Terima kasih aku ucapkan kepada Encik Robb Chew yang tidak bosan melayan kerenah aku berhubung masalah ini. 

p/s: Rasanya blog ini akan terus kekal dengan Nuffnang untuk jangka masa yang lama. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails