TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, January 10, 2011

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua Januari 2011

Kemaskini Nuffnang minggu kedua Januari 2011

Salam sejahtera dan salam 1Blogger aku ucapkan kepada semua pembaca blog sekalian. Bertemu lagi kita di hari Isnin yang membawa Monday Blues bagi mereka yang bekerja dan juga yang tak bekerja. Ya la kan, yang suri rumah pun Monday Blues juga sebab kena bangun awal untuk menyiapkan apa-apa yang patut di rumah. Apapun, semoga semuanya berjalan dengan lancar pada hari ini. Cepat betul masa berlalu kan, dah hari ke-10 kita di bulan Januari. Semoga ceria selalu aku harapkan. :)

Seperti biasa, entri ringkas ini adalah sebagai peringatan bagi diri aku sendiri mengenai prestasi iklan Nuffnang di blog Bluedianthus ini. Secara ringkasnya, hanya tinggal 1 lagi Buffered Earning (BE) yang sedang berjalan dengan jayanya. Terima kasih aku ucapkan kepada pihak Nuffnang kerana tidak putus-putus memberikan BE di blog ini. Aku yakin earning korang semua juga masyuk-masyuk belaka. :)

Terima kasih Nuffnang

Selain daripada itu, terdapat beberapa peningkatan mendadak pada earning adsense aku. Mungkin kerana musim cuti dan perayaan di bahagian Amerika dan Eropah sudah pulih seperti biasa. Walaupun hanya beberapa sen setiap hari, tetapi ianya cukup manis untuk dilihat di dalam akaun sendiri. 
Walaupun earning sikit, tapi nak bagi tunjuk juga sebagai kenang-kenangan..hehe..:)

Ok, kita tinggalkan cerita Adsense ni. Tapi kalau nak tahu iklan Adsense yang mahal, boleh ke entri  Updated Adsense High Paying Keywords for 2011 ok. Bercakap mengenai Nuffnang, ada yang bertanya soalan di email sama ada status gliteratti akan hilang kalau meletakkan iklan Adsense di blog yang diletakkan iklan Nuffnang. Jawapannya tidak sebab iklan Adsense bukan milik orang Asia, jadi ianya bukan merupakan saingan Nuffnang. Kalau kena caranya kedua-dua iklan ini akan nampak cantik dan relevan bila digabungkan. Tapi benda ini aku masih dalam proses belajar juga. Seronok juga mencuba benda-benda baru ini. :)

Oh ya, dan juga pertanyaan daripada sop, kalau selalu buat entri dan laporan mengenai BE dan Nuffnang, adakah ia mempengaruhi sama ada blog kita akan mendapat BE. Jawapannya, tidak dapat dipastikan. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tapi bagi pendapat peribadi aku, kalau orang berbudi, kita berbahasa, kan.:) Bolehlah berikan sedikit penerangan mengenai iklan BE di blog korang. Mudah-mudahan jawapan ini membantu. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails