TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, January 14, 2011

Home » , , , , » Jangan segan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris

Jangan segan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris

Salam sejahtera dan terima kasih kerana tidak bosan menjenguk blog Bluedianthus yang semakin jarang dikemaskini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih juga kepada pembaca yang terjumpa blog ini secara tidak sengaja semasa mencari maklumat di enjin carian. Semoga masalah yang ada terjawab juga dengan kewujudan entri tertentu di blog ini. 


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Hari ini semasa aku mengemaskini blog niche finance, aku teringat akan entri terdahulu aku, "HIDUP SEORANG BLOGGER: Penuh Kejutan". Aku telahpun menerbitkan artikelnya di dalam blog finance aku tahun lalu. Kini giliran aku pula untuk mendapatkan backlink darinya untuk blog aku yang masih PR0 dan Alexa Rank masih juta-juta tu..hehe...Nak juga beliau terbitkan artikelnya dalam blog aku yang PR0 tu, sedangkan blognya PR6! Jadi semasa aku menghubungi beliau aku tak menaruh harapan yang agak tinggi untuk artikel aku diterima. Manalah tau tatabahasa Inggeris aku tunggang-langgang. Apapun, proses komunikasi dengan mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama sangat mengujakan aku. Di sini aku kongsikan proses komunikasi aku dengan beliau melalui sehinggalah artikel aku selamat diterbitkan di blog beliau. Jangan risau, ada 4 email saja yang terlibat. :)

Email pertama: pertama kena bagi dia ingat tentang deal  yang pernah dilakukan. 
Jangan lupa wish happy new year juga..:)


Email kedua: Terharu dengan respon yang pantas daripada Steven.. :)
Ada peluang nak backlink dari PR6 ni..hehe..

 Email ketiga: Steven mengesahkan artikel aku sudah diterbitkan di blog beliau. Cepatnya.. :)

Apalagi, aku pun cepat-cepat la tengok sebab URL blognya tidak sama dengan URL yang mempunyai PR6. Jadi agak kecewa, tapi bila check PR blog tersebut, boleh tahan, PR2 dan Alexa Rank 600K. Rasa bersyukur juga. Bukan senang nak minta orang publishkan artikel di blog yang ada PR2 macam ni kalau blog bahasa Inggeris. Paling tidak pun kena ada $5 ke$10 dollar untuk minta artikel diterbitkan.

Email keempat: Jangan lupa ucapkan terima kasih. Itu sangat penting, tapi orang selalu buat-buat lupa nak ucap "Thank You"

Sebenarnya, ada beberapa email lagi selepas email keempat tadi, tapi itu berkaitan dengan artikel lain pula. Apa yang cuba aku nak sampaikan sini adalah, jangan segan nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ada sesetengah orang kurang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi baik dalam penulisan. Ada pula tu, yang mahir dalam pengucapkan awam tapi dalam bab penulisan ada masalah ejaan la, tatabahasa la (aku ada kawan macam ni). Dan ada juga yang memiliki kedua-duanya, itu maksudnya orang itu kena lebih lagi bersyukur atas kurnia yang dipinjamkan Tuhan. Tak kira dalam golongan manapun kita, yang penting jangan lupakan terus bahasa Inggeris ni. Ada banyak cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris kita. Semoga bermanfaat. :)

Artikel Sebelumnya: Senyuman dan Kenangan

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails