TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, January 23, 2011

Home » , , , , » Iklan Percuma untuk Usahawan dan Perniagaan Internet di Malaysia

Iklan Percuma untuk Usahawan dan Perniagaan Internet di Malaysia

Salam sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga sihat walafiat di samping tugas seharian dan keluarga tersayang. Kali ini dalam edisi review aku akan berkongsi satu lagi laman web yang menyediakan iklan percuma bagi mereka yang ingin beriklan dengan modal sifar.
 Antaramuka web IklanPercuma.Info

Ok, tak semestinya percuma itu tidak bagus. Satu lagi, iklan yang diletakkan mungkin percuma tetapi pelawat yang datang ke laman web ini boleh mengetahui produk ataupun servis yang popular kerana laman web ini menggunakan sistem rangking iaitu produk yang popular akan mendapat status featured seperti di bawah ini
Antara iklan yang mendapat hits lawatan tertinggi

Ini merupakan serba sedikit pengamatan aku mengenai laman web IklanPercuma.Info ini:

1. Susun-atur Iklan
Iklan disusun dengan teratur dan tidak menyakitkan mata. 14 slot iklan bersaiz 125x125 piksel sudah cukup cantik. Kalau nak tambah lagi rasanya akan nampak crowded sebab kebanyakan banner adalah jenis animasi dan sedikit saja yang menggunakan banner statik.

2. Kategori iklan

Sekali imbas, pada pengamatan aku, kategori yang paling mendapat tempat ialah berkenaan kesihatan dan juga buat duit. Selain daripada itu, terdapat banyak produk fizikal yang boleh korang iklankan di sini dan rata-ratanya ialah produk kesihatan untuk wanita dan juga lelaki.
 Antara kategori iklan yang boleh diiklankan

3. Penggunaan warna dan layout
Oleh kerana susun atur iklan sudah pasti akan memberikan pelbagai warna banner yang bakal diiklankan, warna putih sebagai background laman web ini adalah pilihan warna yang selamat. Ini untuk mengelakkan proses loading menjadi lambat kalau guna warna dan tema background yang berat.

4. Integrasi menggunakan Jaringan Sosial

Jaringan sosial yang diintegrasikan dengan laman web merupakan suatu kemestian pada hari ini untuk mendapat lebih banyak hebahan secara viral. IklanPercuma.Info bijak memanipulasi keadaan ini. Setakat ini sudah lebih 3K yang menjadi peminat laman web ini.

5. Iklan berbayar/VIP
Pemilik laman web ini bijak menggunakan kepakaran kata kunci carian di enjin carian. Iklanpercuma.info berada dalam kedudukan page 1 – 3 bagi kata kunci “iklan percuma”, “iklan percuma malaysia” dan “iklan viral percuma”. Ini merupakan satu lagi sumber di mana korang boleh mendapatkan sumber trafik yang berpotensi untuk membeli. Tetapi pada pendapat aku iklan berbayar ini seharusnya berada di bahagian paling atas laman web, sesuai dengan nama Iklan VIP.
 

Secara keseluruhannya, aku melihat laman web ini boleh pergi lebih jauh lagi pada masa hadapan. Ini juga merupakan satu peluang untuk korang yang berminat untuk mengiklankan servis ataupun produk samada digital atau fizikal dengan zero cost. Masih ada ruang beriklan pada masa review ini ditulis. Jangan lupa juga layari FanPage IklanPercuma.Info di FaceBook.

p/s: Suka logo laman web IklanPercuma ni. :)

 Artikel Sebelumnya: Bluedianthus bertukar link lagi

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails