TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, January 27, 2011

Home » , , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Kesibukan Tak Terjangka

HIDUP SEORANG BLOGGER: Kesibukan Tak Terjangka

Salam sejahtera kepada pembaca blog yang masih sudi datang bertamu di blog Bluedianthus ini. Semoga sihat walafiat di hari Khamis ini. Cuaca di Kota Kinabalu minggu ini mendung dan hujan lebat pada sebelah petang. Ada juga banjir yang melanda di sesetengah kawasan. Kekerapan mengemaskini blog kini tidak konsisten, tetapi aku masih akan memberikan masa untuk menulis sekurang-kurangnya 3 entri setiap minggu.


Aku baru saja menyiapkan kertas kerja untuk dihantar kepada supervisor aku. Mudah-mudahan kertas kerja aku ini diterima, takpun ada sedikit perubahan minor diperlukan. Selain itu, terdapat beberapa kerja freelance yang perlu dihabiskan minggu ini. 1 adalah servis menterjemah dari BI ke BM. Bayaran sudahpun aku terima dan kini ada tinggal beberapa halaman lagi yang perlu aku terjemahkan.
RM125.00 yang bermakna

Kemudian 1 lagi review bakal menyusul di blog ini di mana bayarannya sudah pun aku terima 9 hari yang lalu. 
RM10 yang bermakna
Selain itu, ada juga permintaan dari seorang pemilik website untuk menerbitkan artikelnya di blog niche kesihatan aku. Mula-mula tu, aku tak layan..tapi lepas dia hantar email untuk follow-up jadi terharu pula. Dah la tu, ayat pun panjang-panjang. 
Email follow-up yang menyentuh hati

Email balas daripada aku, masa ni masih blur apa nak tulis dalam artikel nanti

Sungguh gembira di hati ini bila pemilik website membenarkan aku copy and paste artikel, gambar dan video yang ada di laman webnya. 

Kerja mudah kan..jadi tolong saja la kan. Dapat juga pahala. :) Lagipun, isu yang diperkatakan adalah mengenai life-threatening infections. Jadi dapat juga menyebarkan ilmu kepada orang ramai di luar sana. Siapa kata dengan blog tidak boleh beramal? Ok, itulah kehidupan aku sebagai seorang blogger part-time yang tidak terjangka. Ada lagi beberapa tugas lain yang tidak disenaraihitamkan, rasanya aku yang cuba menyibukkan diri aku dengan benda baru..hehe..

p/s: Aku tahu mesti ada yang tak puas hati kebelakangan ini asyik letak screenshots saja kan. Meletakkan gambar juga adalah satu cara untuk mengemaskini blog tanpa risau entri yang kita tulis ringkas atau pendek sangat. Bukan diri sendiri saja sibuk, orang lain pun sibuk juga ada benda nak buat kan. :)

p/p/s: Sudah kecoh satu Malaysia Restoran Kari Kepala Ikan Saman Blogger dan Google. Google pun dia nak saman?Apa kes..Aduhai.. (Renungan: Freedom of Speech yang melampau juga boleh memakan diri sendiri)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails