TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, January 17, 2011

Home » , , » Edisi ke-3 Komik Niaga Sudah Terbit!

Edisi ke-3 Komik Niaga Sudah Terbit!

Selamat pagi dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Semoga kehadiran Isnin yang sinonim dengan sindrom Monday Blues ini tidak menjejaskan prestasi kita dalam melakukan kerja dengan penuh komited. Entri laporan mengenai prestasi iklan Nuffnang di blog ini akan menyusul malam ini kerana ada perkara yang lebih berguna ingin aku kongsikan dengan pembaca setia blog ini. Komik Niaga telah pun melancarkan majalah online komik niaga edisi ke-3. Bluedianthus merupakan penulis tetap dan salah seorang krew dalam keluarga Komik Niaga ini. Terima kasih kepada saudara Hasbul Aqil kerana memberi peluang untuk aku memberikan sedikit sumbangan penulisan.


Tema edisi ke-3 pada kali ini adalah mengenai  Buat Duit Melalui Produk Fizikal. Komik Niaga telah berpeluang menemuramah saudara Hafizi Zain yang digelar otai dalam bidang penjualan produk fizikal. Selain daripada itu juga, terdapat beberapa perkongsian menarik yang diberikan antaranya  ciri-ciri produk fizikal yang boleh dijual secara online, 5 idea untuk menjual produk bermusim, serta platform yang sesuai untuk menjual produk fizikal di Internet. Aku telah pun selesai membaca edisi ke-3 ini dan ternyata pengisian untuk edisi kali ini semakin mantap dan sarat dengan ilmu. Aku sendiri juga masih belajar dan terus belajar..takkan pernah berhenti. 

Apabila memperkatakan tentang sesuatu perkara, istilah motivasi tidak akan pernah terlepas pandang. Penghasilan Komik Niaga ini sendiri juga sebenarnya didorong oleh motivasi dalam diri pengasas Komik Niaga ini. Sejarah membuktikan semua yang tercipta didorong oleh satu perkataan, MOTIVASI! Untuk pengetahuan korang semua, setiap krew yang berada di dalam Komik Niaga tidak dibayar untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan. Tetapi motivasi untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada aku, korang dan mereka di luar sana menyebabkan kewujudan Komik Niaga edisi pertama, kedua, ketiga..dan seterusnya..dan seterusnya... dihasilkan dengan penuh passion. Ianya merupakan pahala yang berpanjangan..dan akan terus menjadi viral selagi ilmu ini disebarkan.

Dalam edisi kali ini juga, aku berpeluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai tips pemasaran menggunakan medium jaringan sosial nombor 1 dunia, Facebook yang baru-baru ini heboh diperkatakan akan ditutup. 7 tips memasarkan produk fizikal melalui Facebook ini merupakan elemen yang perlu diambil kira dalam usaha untuk mencipta brandentiti dan juga untuk meluaskan pasaran. Ini juga sesuai bagi blogger yang mempunyai blogshop untuk mendekati lebih banyak prospek. Kegunaan blogwalking sangat-sangat membantu aku melihat ciri-ciri blog korang. Ramai blogger sudah tahu memanipulasi platform blog sebagai medium untuk menjual kerana pendekatan blog bersifat soft-persuasion. Ini adalah satu perkembangan yang bagus. Tapi blogshop korang akan lebih luas capaiannya bila digabungkan dengan aplikasi Facebook. Bagaimana ya? Jangan lupa dapatkan Komik Niaga Edisi-3 ini ya. :)
Suka gambar aku dalam versi komik, nampak lebih cun, hehe..

Membaca amalan mulia, membaca menambah idea, membaca menambah motivasi, membaca membuat kita "kaya" (yang tersurat dan tersirat) dan lagi membaca membuatkan kita awet muda..hehe.. Jangan lupa dapatkan edisi 3 Komik Niaga di KomikNiaga.Com ataupun terus ke FanPage KomikNiaga untuk mendapatkan link download, satu-satunya e-komik pertama di Malaysia yang memberikan inspirasi mengenai perniagaan, motivasi serta tips kewangan. Aku jamin, korang pasti akan teruja membaca dan melihat hasil seni grafik yang dihasilkan 100% buatan Malaysia.. Semoga bermanfaat. Sila sebarkan atau  hanya klik "LIKE" atau tweet entri ini untuk berkongsi manfaat Komik Niaga ini dengan kawan-kawan korang. :)

Salam sayang dari Bluedianthus Dot Com untuk korang, semoga sentiasa positif menghadapi hari-hari mendatang. 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails