TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, January 20, 2011

Home » , » Bluedianthus bertukar link lagi

Bluedianthus bertukar link lagi

Sejak kebelakangan ini aku sibuk dengan urusan offline, jadi maafkan aku kalau ada pembaca setia blog ini yang menunggu entri dikemaskini di blog ini. Aku juga mula perasan yang dalam seminggu, paling kurang pun 3 kali kemaskini yang aku lakukan di dalam blog ini. Tahun 2011 ini tahun yang sibuk bagi aku nampaknya. Apapun, aku masih lagi berterima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada blog yang tak seberapa ini. :)


Sempat lagi menjengah blog Gnesop.Com mengenai Senarai Penipu Blogwalking Terbongkar, rasanya dah kecoh kat blog Malaysia ni. Bercakap mengenai one-way traffic ni, rasanya aku dah jelaskan pendirian aku dalam entri aku tahun lepas. Boleh lah godek-godek kalau nak baca. Situasi win-win situation merupakan satu proses yang wujud sejak zaman dulu kala (zaman prasejarah gitu la, hehe..) Aku taknak lah masuk campur kalau itu memang pendirian masing-masing. Cuma aku rasa blog sebegini memang takkan bertahan lama kalau cuma menumpukan perhatian untuk menarik trafik saja. Ok, sejujurnya aku ada juga melawat ke blog mereka dan aku dapati ada juga entri mereka yang menarik. Kalau ikut jalan yang betul mesti ramai yang akan menjadi pelawat setia ke blog mereka ini. 

Ok, bukan itu yang aku nak tekankan dalam entri ini tetapi lagi tawaran untuk bertukar link dengan pemilik weblog yang berkaitan dengan muzik. Jika ada yang perasan entri yang aku terbitkan jarang yang berunsurkan muzik. Mungkin sebab tajuk blog aku "My Music..." telah menarik perhatian pemilik blog tersebut.
Ini merupakan link exchange request daripada Lena, Web Marketing Consultant

Ini merupakan balasan email daripada aku
Ok, urusan selesai.. :)

Ada juga orang weblog luar negara yang sudi nak exchange link dengan blog Bluedianthus ni, blog bahasa Melayu pula tu..syukur. Blog yang dia nak exchange tu pula PR4.  Walaupun link blog ini  diletakkan di blog yang lain, tapi bersyukur jug sebab belum pernah dapat link dari dot edu [.edu], bukan senang nak dapat backlink dari laman dot edu ni. Lepas ni boleh la cari-cari link tu kat bahagian Backlink Terasa sungguh kerdil blog Bluedianthus ini..huhu..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails