LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia!

Kemenangan Malaysia dengan agregat 4:2 ke atas Indonesia disambut gembira oleh seluruh rakyat Malaysia. Aku sekeluarga di rumah memang teruja menyaksikan perlawanan tersebut. Aku rasa Khairul Fahmi patut diberikan pujian dan wajar diberikan gelaran "Man Of The Match". Apa pendapat korang? :)
p/s: Ketika artikel ini diterbitkan, penyampaian hadiah belum lagi dijalankan. ;)

Artikel Sebelumnya: Aduh, ingat itu lupa ini!

Aduh, ingat itu lupa ini!

Hari ini aku membaca sesuatu berkenaan penyakit lupa. Bahasa saintifiknya, Alzheimer. Ianya merupakan salah satu penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks. Punca sebenarnya masih menjadi tanda tanya hingga sekarang. Yang pasti ianya bukanlah disebabkan penuaan semata-mata. Penyakit ini bukan saja menyerang golongan warga tua, sesiapa saja boleh menghidapinya. Ok, jangan risau ianya tidak berjangkit. ;)

Monday, December 27, 2010

Kemaskini Nuffnang minggu terakhir tahun 2010

Salam sejahtera dan salam hormat daripada Bluedianthus Dot Com kepada semua pembaca setia yang masih mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih kerana masih sudi lagi datang bertamu dan bersinggahan di blog ini. Kegembiraan di hati rakyat Malaysia masih lagi terasa di atas kemenangan  bahagian pertama Malaysia menewaskan Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF 2010. Aku juga tumpang gembira. Cuma aku kesal dengan insiden laser yang dilakukan oleh penonton pada malam itu. Semoga ianya tidak akan berulang lagi untuk perlawanan bahagian kedua di Indonesia 29 Januari depan. Ok, seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang untuk mengukur prestasi blog ini dalam menjana pendapatan sampingan. :)

Sunday, December 26, 2010

Piala Suzuki AFF 2010, Satu perubahan!

Kurang sejam semasa entri ini diterbitkan, perlawanan bola sepak AFF Piala Suzuki 2010 akan berlangsung di antara Malaysia dan Indonesia. Satu perubahan yang mungkin membakar semangat kesukanan di antara warga Malaysia. Sukan bukan hanya menjadi tontonan umum dan sekadar untuk memenuhi kehendak masing-masing kerana minat kita terhadap bola. 

Semuanya mempunyai dorongan dan motivasinya yang tersendiri. Aku suka membawa pembaca aku untuk merenung mengenai sesuatu apa yang berlaku di sekeliling kita. Sukan mempunyai kisah motivasinya tersendiri. Semangat berpasukan dan semangat kesukanan! Semoga kedua-dua pasukan akan bermain dengan bersih malam ini. Aku sokong siapa? Tentunya Harimau Malaya. Hmm..Malaysia menang 2-1 kot..hehe..Apapun keputusannya, semoga Malaysia beraksi dengan cemerlang malam ini. Jom sama-sama menonton perlawanan tersebut malam ini.

p/s: Mudah-mudahan tidak ada kekecohan yang berlaku di stadium. Peminat pun janganlah fanatik sangat sampai nak bergaduh sesama peminat. You go and roar tonigiht, Malaysia!



Saturday, December 25, 2010

Bluedianthus Dot Com, live dari kampung!

Salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang.  Semoga hari ini membawa kebahagiaan yang bermakna bersama dengan keluarga tersayang. Entri kali ini istimewa sedikit kerana aku mengemaskini blog ini ketika berada di kampung. Gambar di atas adalah gambar bersama dengan nenek sebelah Daddy.Comel je nenek kami ni kan. Luangkanlah masa bersama dengan orang yang korang sayang. Perasaan orang yang menginjak usia keemasan ni memang sensitif sikit walaupun hal yang remeh. Ilmu mengenai elderly care patut dipelajari oleh semua kita supaya kita tidak mempunyai jurang yang ketara dalam komunikasi kita dengan golongan warga emas ni. Jangan lupa, satu hari nanti, kita yang masih muda pada hari ini akan tua juga bila sampai saatnya. Renung-renungkan..salam sayang dan selamat berhujung minggu aku ucapkan dari kejauhan, negeri di bawah bayu.. :)

p/s: Percubaan menerbitkan entri menggunakan Celcom Broadband. :)

Thursday, December 23, 2010

Tahniah untuk adik bongsu tersayang!

 Senyuman kesyukuran dan kegembiraan... :)

Tahniah untuk adik bongsu kesayangan aku dan ahli keluarga aku yang lain, Elysta Rozannie Musah. Aku tumpang bangga dan gembira dengan kejayaannya mendapat 6A 1B dalam peperiksaan PMR baru-baru ini. Semoga lebih berusaha lagi untuk peperiksaan besar yang akan datang 2 tahun dari sekarang. I'm proud of you my dear!

p/s: Gambar ini telah direkabentuk khas oleh adik aku, Mylsa Avinnie. Not bad design my girl.  :)

Artikel Sebelumnya: Domain down, problogger marah?

Domain down, problogger marah?

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini entri kerana agak sibuk dengan beberapa perkara lain yang tidak memerlukan talian Internet. Walau bagaimanapun, aku masih lagi meluangkan masa untuk menulis artikel yang tak seberapa untuk bacaan kita bersama sebagai saling berkongsi pendapat dengan kalian semua. Kalian? Oh, formalnya bahasa aku hari ini. Mungkin disebabkan hari-hari tua akan menjelang tahun 2011, blog ini juga mungkin akan mengalami evolusi  dari segi kata ganti diri. :)

Monday, December 20, 2010

Kemaskini Nuffnang dan BE pertama untuk blog Inggeris

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog ini, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga dan juga kerjaya yang sedang dilakukan. Isnin kedua terakhir di bulan Disember ini aku agak lambat sedikit mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tapi oleh kerana minggu lepas aku tak mengemaskini laporan prestasi Nuffnang, kali ini kena kemaskini juga hari ini. :)

Sunday, December 19, 2010

Adik bongsu Bluedianthus sudah kembali ke rumah!

Adik aku bukan lari dari rumah ok, tapi menghadiri kursus pendidikan agama di Penampang, Sabah. 3 minggu berada di sana, aku harapkan agar adik aku ni bertambah baik dari segi kelakuan dan gaya percakapannya. Biasalah anak bongsu, mudah melenting kalau dimarah sedikit. Pada masa entri ini diterbitkan aku berada di kampung halaman kerana aku akan menghadiri majlis kahwin abang sepupu aku, pengantinnya masih sama pada minggu lepas tapi kali ini persandingan di sebelah pengantin lelaki pula. Aku juga nak mohon maaf sebab belum dapat lagi membalas segala komen yang ada. Malam ini aku akan cuba untuk membalas komen korang sangat-sangat aku hargai. Terima kasih kerana masih sudi menitipkan komen untuk perkongsian bersama. Really appreaciate it. Semoga kita semua sentiasa ceria bersama dengan keluarga dan kawan-kawan tersayang di hujung minggu ini.  :)

p/s: Gambar bersama adik bongsu dan Mummy sebagai pelengkap entri ringkas kali ini. Ada iras tak? :)

Artikel Sebelumnya: "Wajahku"...kenapa begini?

Friday, December 17, 2010

"Wajahku"..kenapa begini?

Sebilangan remaja, muda-mudi, (yang dah dewasa pun ada juga) lebih banyak membuang masa melihat rupa paras di cermin, tak kiralah samada di rumah, di tempat kerja, di tempat belajar. Pantang ada masa sikit, nak tengok muka kat cermin. Nampak muka ada sedikit cela, tak senang duduk., malu , rendah diri  Rasa macam dunia dah berakhir. Rasa susah hati memikirkan keadaan dan kekurangan diri dan wajah yang tak hensem ataupun tak cun melecun seperti artis.

Tuesday, December 14, 2010

Teknik Dominasi Amazon, menjana duit dalam senyap melalui blog!

Apabila memperkatakan tentang dominasi dalam pasaran Amazon dan Adsense, penggiat Adsense dan Amazon sudah pastinya tahu bagaimana untuk mendominasi kaedah tertentu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan ke dalam akaun mereka. Entri pada kali ini akan mengupas sebuah buku mengenai Teknik Dominasi Amazon yang telah dihasilkan oleh seorang newbie (rasanya expert dah ni..) dalam dunia Internet yang telah menjana pendapatan daripada kedua-dua program Amazon dan Adsense secara automatik. Oh, automatik? Alangkah masyuk…

Monday, December 13, 2010

Isnin dan kemaskini Nuffnang Bluedianthus yang tergendala

Salam sejahtera dan selamat hari Isnin aku ucapkan kepada pembaca blog ini. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini blog ini. Tetapi aku berterima kasih kepada mereka yang masih sudi datang menjenguk blog ini walaupun pemilik blognya mengambil tempoh bertenang seketika dari dunia blogging. Blogging itu sepatutnya indah dan tidak membebankan..:)

Friday, December 10, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER: Tempoh bertenang

Ketika entri ini diterbitkan, pemilik Bluedianthus kini sedang berehat-rehat di kampung halaman tercinta. Sehari tidak mengemaskini entri, bagai tidak kena rasanya. Entri ini telah pun ditulis beberapa hari yang lalu dan hanya menunggu masa untuk diterbitkan. Maaflah sudah jarang aku mengemaskini entri di blog ini. Terima kasih kepada semua yang masih terus setia bersama blog ini. :)

Wednesday, December 8, 2010

Cikgu-cikgu! Orang Malaysia pun terrer!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada yang beragama Islam, masih sempat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan semoga kehadiran bulan baru dalam kalendar Islam memberikan semangat baru yang hilang dalam diri masing-masing.

Tuesday, December 7, 2010

Selamat harijadi yang ke-15 untuk adik bongsu tersayang!

7 Disember 2010, genap usia adik bongsu aku yang ke-15. Semoga hidupmu dipenuhi dengan warna keceriaan, diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Harijadi tahun ni sedikit eksklusif, sambut harijadi dalam kereta Daddy..hehe.. Buat masa sekarang ini adik bongsu aku sedang mengikuti kursus selama 3 minggu di Penampang, Sabah. Jadi kami sekeluarga sempat meluangkan masa untuk melawatnya. Kali ini adik dapat hadiah handphone warna pink, memang warna kegemarannya. Apalagi, wajah seronok kegembiraan memang sudah diduga..hehe.. Mudah-mudahan sepanjang masa ini dia tidak jatuh sakit dan dapat menelaah pelajaran keagamaan dengan baik. Miss you my dear youngest sister. :)

p/s: Perasan tak ada satu widget warna biru di bahagian kanan blog ini, boleh klik untuk letakkan pada blog korang juga ye. Bolehlah tahu ada berapa orang online pada masa tu. :)


Monday, December 6, 2010

Isnin pertama di bulan Disember 2010

Selamat malam aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Mood musim perkahwinan masih lagi terasa. Tu yang ada gambar kasut merah ni, hehe.. Jadi masa nak mengemaskini akaun Nuffnang agak lambat hari ini. Apapun, aku masih akan mengemaskini akaun Nuffnang serba ringkas sebagai rujukan aku pada minggu hadapan.

Sunday, December 5, 2010

Bluedianthus ke majlis kahwin teman baik

Bersama 2 sahabat baik sejak sekolah rendah, 

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog Bluedianthus ini dan juga para pembaca yang masih setia bersama mengikuti setiap perkembangan blog yang tak seberapa ini. Kelmarin aku telah sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan sahabat baik aku sejak darjah lima lagi. Hampir 1 jam setengah dari bandaraya Kota Kinabalu, sanggup ke sana sebab majlis kahwin pengantin perempuan aku dah terlepas. Jadi mesti datang ke majlis kahwin pihak lelaki pula supaya tidak mengecewakan kawan baik aku, Adelinah Matthew Manu yang sentiasa cantik jelita dari mula aku berkawan dengannya. ;)

Friday, December 3, 2010

Sejauh mana ketakutan kita berasas?

Perasaan takut wujud dalam diri setiap manusia. Takut merupakan satu hakikat dan setiap manusia tidak mengira peringkat umur akan mengalaminya. Ketakutan timbul dalam setiap aspek. Berniaga, belajar, bertanding, berkahwin, membuat pilihan kerjaya, membuat perubahan. Kesemua aspek ni mempunyai elemen ketakutan terhadap diri seseorang. Perasaan takut itu wajib ada untuk perkara-perkara tertentu, persoalannya sejauh manakah perasaan takut ini membataskan jangkauan pemikiran kita? 

Wednesday, December 1, 2010

Blog berbahasa Inggeris terabai?

Salam bertemu lagi kita di dalam entri yang ke-347 ini. Tak sangka sudah jauh perjalanan blog ini kan. Blog ini semakin dekat dan melekat di hati aku. Aku harap pengisian sepanjang aku menulis di dalam blog ini memberikan serba sedikit maklumat yang berguna. Al-maklumlah blog peribadi seperti ini memang luas batas perkongsian yang boleh dibicarakan. 

Kali ini aku berkongsi sedikit mengenai blog berbahasa Inggeris dan kenapa ianya menjadi pilihan ramai blogger yang serius untuk mendapatkan pendapatan sampingan darinya. Bukan bermaksud aku merendah-rendahkan blog berbahasa Melayu. Blog ini pun dalam bahasa Melayu kan..:)

Masa untuk "menyerang"

Entri ringkas sekadar memberitahu domain berharga $1 daripada Godaddy kembali lagi. Kod Kupon : ATTACK. Sesiapa yang ada projek untuk membina blog baru, bolehlah beli dan masukkan addon domain dalam hosting. Harap makluman ini berguna. :)


Related Posts with Thumbnails