LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Monday, November 29, 2010

Hosting Termurah untuk Anda Miliki

Kali ini, aku akan tunjukkan cara mudah untuk mendapatkan hosting murah beserta bonus lagi. Apa yang korang akan dapat ialah antaranya ialah: 

-->DUA TAHUN Hosting dari Jushost untuk hanya 32USD
-->TIGA domain name PERCUMA
-->Bandwith TANPA HAD
-->Storage TANPA HAD
-->Search Engine Submission (submit website korang ke enjin
carian)

-->Privasi Domain
-->Dan macam-macam lagi :)


Caranya mudah sahaja. Ikut saja langkah-langkah di bawah ini okies. :)

Kemaskini terakhir Nuffnang November 2010

Semoga Isnin terakhir di bulan November ini memberikan hari-hari bermakna dalam kehidupan kita seharian. Waktu yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali. Jadi, gunakanlah waktu yang ada dengan semaksimum mungkin. Jangan nanti kelak menyesal tak sudah. Entri tengahari ini seperti biasa aku mengemaskini akaun Nuffnang. Mungkin kali ini lebih ringkas lagi. :)

Sunday, November 28, 2010

Selamat harijadi yang ke-49 untuk Daddy tersayang!

Maaflah sebab lambat membalas komen dan blogwalking yang ada. Bluedianthus sibuk sedikit dengan acara kekeluargaan, hehe.. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Daddy kesayangan aku yang ke-49. Aku doakan agar Daddy aku ni panjang umur, diberikan kesihatan yang sihat dan semoga kami sekeluarga sentiasa diberikan kehidupan yang bahagia dan harmoni. Love you dad!


Friday, November 26, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER: Ilusi dan hakikat

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Aku harapkan agar minggu bekerja berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak lupa juga aku mengucapkan selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan yang berada di alam siber ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di entri berikutnya. Entri kali ini aku terbitkan bukan untuk memperkatakan sesiapa, apatahlagi untuk menuding jari di atas kesilapan yang tidak disedari. Hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. :)

Thursday, November 25, 2010

Mini gathering untuk Nuffnangers Sabahan

Satu lagi medan pertemuan di antara blogger Sabahan akan diadakan oleh Nuffnang pada esok malam juga bertempat di Jesselton Point. Buat blogger Sabahan yang berkesempatan dan mempunyai masa yang terluang bolehlah datang ke Mini Gathering ini. Pada mulanya, aku ingatkan 25haribulan ini bersamaan dengan hari Khamis, rupanya hari Jumaat malam (Nuffnang sudahpun menukar tarikh tersebut kepada 26haribulan), maka aku dengan penuh dukacita memberitahu aku tak dapat mengikuti perjumpaan ini. Ada tugas yang lebih penting harus diutamakan. Tak berkesempatanlah aku bertemu dengan Featured Blogger merangkap presiden Glitterati Club ini (gambar kat atas.) Jadi korang yang ada masa terluang tu, jangan lupa datang beramah mesra dengan blogger Sabahan yang lain okies. Tak payah beli tiket pun. "Bulih bah kalau kau.." (Ini ayat biasa orang Sabah guna..) Sila layari entri Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers untuk maklumat lanjut.

p/s: Masih teringat kenangan Stompin' Sabah 2010 baru-baru ini. :)


Tuesday, November 23, 2010

Domain baru beli ada masalah?

Hari ini ada permulaan hari peperangan bagi calon-calon peperiksaan SPM. Semoga tenang menghadapi peperiksaan, dan jangan lupa baca doa dulu sebelum menjawap soalan okies. :) Dah lama zaman aku mengambil peperiksaan SPM ni, tapi senang ingat sebab masa aku ambil peperiksaan ni, orang sibuk memperkatakan tentang istilah Y2K. Yang sezaman ambil peperiksaan SPM dengan aku tu memang tahu istilah ni kan. Kalau tak tau, tanya je Google. :)

Monday, November 22, 2010

Pagi Isnin dan kemaskini Nuffnang

Selamat pagi aku ucapkan untuk semua pembaca blog ini dan juga kepada mereka yang pertama kali datang ke sini. Semoga sihat walafiat selalu di samping keluarga dan kerjaya masing-masing. Hari Isnin, biasanya terasa malas untuk buat kerja kan, tapi tak mengapa. Kita minum dulu sambil tersenyum, hehe.. Seperti biasa, aku mengemaskini akaun Nuffnang aku tapi hari ini special sikit sebab entri ini diterbitkan lebih awal daripada biasa (tukar tagline HotFM kejap) sebab ada hal lain yang nak diuruskan. :) 

Sunday, November 21, 2010

4 hari 3 malam yang bermakna

Hujung minggu begini lebih afdal sekiranya bergembira bersama keluarga tersayang. Gambar di atas merupakan gambar kedua ibubapa kesayangan aku yang biasa aku panggil Mum dan Dad. Percutian mereka di Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam sedikit sebanyak mengurangkan keletihan bekerja. Hubungan pun makin mesra. Lebih daripada 25 tahun hidup bersama sampai semua anak dah besar panjang, cukup memberikan sebuah ikatan perkahwinan yang bermakna dalam kehidupan mereka. Opps..budak tengah tu bukan anak angkat di Kuching tu tapi anak kepada anak buah yang tinggal di Kuching nun. Terima kasih aku ucapkan kepada kakak sepupu aku dan suaminya, kerana sudi meluangkan masa membawa Dad dan Mum makan angin di Bumi Kenyalang. Lain kali kami adik-beradik pula yang datang bertandang di sana ya kak..hehe..:)

p/s: Ingat tak kali terakhir korang meluangkan masa berkualiti bersama keluarga? Berkelah bersama, buat BBQ keluarga, mengemas rumah bersama, memberikan senyuman manis dan ikhlas kepada ibubapa kita? Masihkah kau ingat...ingatkah? :)

Artikel Sebelumnya: Hujung minggu dan shopping

Saturday, November 20, 2010

Hujung minggu dan shopping

Hari Sabtu ini agak kurang melayari Internet sebab perlu membeli belah untuk hadiah kanak-kanak untuk hari Ahad ni, penyampaian hadiah akhir tahun. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Oh ya, bercakap tentang shopping, sempat aku melihat laman web Jipaban tadi, agak menarik juga laman web tersebut dan advantage memang untuk wanita la. Cuma nasihat aku, kenalah pandai membezakan yang mana keperluan,  dan yang mana kemahuan. Barulah dikatakan bijak menguruskan kewangan. :)

Friday, November 19, 2010

Domain 1 Dollar dari Godaddy November!

Jualan domain $1.00 daripada Godaddy kembali lagi untuk bulan November ini. Pembeli domain tegar memang menanti-nanti saat ini. 
KOD KUPON: GOBBLE

Cepat sebelum terlambat sebab biasanya kuota pembelian cepat penuh lebih-lebih lagi ramai yang nak buat blog Amazon affiliate di hujung tahun ni. Aku pula dah beli 1 lagi domain untuk proses try dan error aku untuk 1 lagi niche blog. Tak salah keluarkan modal RM3++ untuk belajar benda baru kan. Kalau tak mendatangkan hasil tak payahlah renew balik domain tu. Senang cerita. :)

Letakkan kod kupon GOBBLE pada bahagian kanan Order Summary

p/s: Kurang pasti mengapa Godaddy jual domain sebegini murah. Yang pasti, tiap-tiap bulan kalau kuota 10,000 domain untuk $1, dah jadi $10K kan. Masyuk-masyuk..:)

Thursday, November 18, 2010

Pemilik Bluedianthus Dot Com dicari?

Hari ini aku ingat nak kongsikan satu lagi laman web yang boeh dijadikan sebagai pendapatan sampingan di Internet, tetapi aku tangguhkan kerana telah mendapat 2 email yang satunya bertajuk "RE: www.bluedianthus.com" dan satu lagi ialah "Web directory submission". 

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha daripada Bluedianthus Dot Com

Hari Rabu ini hari cuti bagi mereka yang bekerja makan gaji, bolehlah berehat bersama dengan keluarga sambil menyambut Aidiladha bersama dengan orang terdekat. Aku di sini ingin mengucapkan salam Aidiladha kepada semua pembaca dan blogger yang beragama Islam. Semoga kehadiran Aidiladha ini memberikan seribu keinsafan dan kesyukuran dalam diri kita semua. Bagi aku pula, aku cuma duduk diam di rumah sehingga tengahari ini sebelum membuat kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan sebelum Jumaat ini. Senyum selalu dan salam sayang daripada Bluedianthus dari negeri di bawah bayu. :)


Monday, November 15, 2010

Isnin, Nuffnang dan sedikit teguran ikhlas..

Selamat hari Isnin kepada semua rakan pembaca yang mengunjungi blog Bluedianthus Dot Com ini, terima kasih juga kepada silent reader blog ini, aku harapkan semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Hari Isnin seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku. Sebelum itu renungkan kata-kata pada ilustrasi di atas ya. :)

Sunday, November 14, 2010

Terima kasih Air Asia!

Hujung minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk dalam keluarga aku. Masih ingat lagi dengan entri "Ogawa aku tak mampu?" Kini masanya sudah tiba, Mummy dan Daddy akan terbang ke Sarawak berbulan madu kurang 8 jam daripada saat entri ini ditulis, hehe.. Jadi tinggallah anak-anaknya seramai 5 orang di Sabah ini meneruskan kehidupan berdiri di atas kaki sendiri selama 4 hari 3 malam. Aku doakan semoga mereka selamat jalan dan selamat pulang ke pangkuan aku dan adik-beradik aku yang lain. Mudah-mudahan masa yang ada itu dapat melonggarkan sedikit beban kerja yang dihadapi oleh kedua orang permata dalam hidup aku ini. Sebenarnya penerbangan telah dilewatkan pada jam 8 pagi ini. Tapi, Daddy masih tak tidur lagi, harap-harap semua tak terlajak tidur. Nampak gayanya kena bangun awal lagi ni, jadi driver bawa kereta balik rumah. Oppss...aku kena tidur awal. Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca dan juga kawan-kawan blogger sekalian. :)
Terima kasih kepada AirAsia untuk penerbangan jimat kos ini. Dapat juga aku membeli tiket untuk kedua insan terpenting dalam hidup aku, ibubapa la..hehe..:)

p/s: Have fun in Kuching dad, mom! We can take care of ourselves here, at least during these 4 days.:) 

Friday, November 12, 2010

Stompin’ Sabah 2010 Menggegarkan Jesselton Point!

Sekali lagi sebelum pembacaan diteruskan, entri pada kali ini juga adalah “Sponsored Post” daripada Nuffnang, harap maklum. :)

Wednesday, November 10, 2010

Bila blog Adsense tidak memberikan keuntungan?

Minggu ini cuaca tak menentu di Kota Kinabalu, kejap panas terik, tiba-tiba hujan mencurah-curah. Ada sesetengah kawasan mengalami keadaan banjir yang terkawal. Begitu juga dengan kawasan Semenanjung Malaysia terutamanya Kedah dan Kelantan yang memang akan mengalami situasi begini setiap penghujung tahun. Aku turut bersimpati kepada mereka yang telah mengalami kerosakan rumah yang teruk. Banjir sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ianya kuasa Tuhan, tapi kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Berhati-hati bila banjir terutamanya kepada adik-adik yang teruja melihat air pasang...baik duduk ja dalam rumah, belajar..SPM dah dekat kan. :)

Monday, November 8, 2010

Kemaskini Nuffnang minggu kedua November 2010


Selamat hari Isnin dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua. Isnin di minggu kedua pada bulan November sudah pun sampai pada hari ini. Aku doakan semoga semua pembaca blog yang tak seberapa ini sihat walafiatlah hendaknya. Seperti biasa kemaskini Nuffnang akan dilakukan oleh pemilik Bluedianthus Dot Com sebagai salah satu cara untuk mengukur prestasi blog ini dari perspektif Nuffnang.

Sunday, November 7, 2010

Apa khabarmu di sana?

Hujung minggu ini, pemilik Bluedianthus Dot Com sibuk menaip tetapi bukan menaip di atas skrin laptop ya, tapi di skrin handphone. Sebenarnya bukan apa, sibuk nak ajak kawan-kawan untuk bersama-sama memeriahkan lagi Stompin' Sabah 2010 yang baru sahaja selesai semalam. Sehingga kini, aku masih lagi mengumpul segala material untuk entri yang seterusnya. Sebelum jumaat ini entri berkaitan dengan aktiviti tersebut akan diterbitkan di blog ini. Mudah-mudahan.. Terima kasih kepada Padin yang bertanya khabar mengenai Bluedianthus Dot Com ini. :)

p/s: 7 November, sebulan lagi untuk menyambut ulangtahun kelahiran adik bongsu aku..tak tahu nak beli hadiah apa. Ada idea? :)


Thursday, November 4, 2010

Jom meriahkan Stompin' Sabah 2010

Sebelum meneruskan pembacaan, ingin aku memberitahu kepada pembaca blog Bluedianthus Dot Com bahawa entri pada kali ini adalah "Sponsored Post" daripada pihak Nuffnang. Panggilan telefon daripada pihak Nuffnang minggu lepas mengatakan bahawa aku telah mendapat satu peluang advertorial dan ada beberapa tugas yang perlu aku lakukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dan aku yakin ada beberapa orang lagi yang telah diberikan peluang seumpama ini. Terima kasih kepada pihak Nuffnang yang telah sudi memberikan aku peluang merasai pengalaman menerima iklan advertorial.

Wednesday, November 3, 2010

Bagaimana sembunyikan link affiliate?

Program Affiliate merupakan satu program menjana wang secara sampingan tanpa memerlukan kita mengeluarkan sebarang produk dan jangan heran sekiranya aku katakan bahawa ramai usahawan Internet yang pakar dapat menjana ribuan ringgit hanya melalui program affiliate sahaja. Tapi di sebalik itu ramai juga yang belum lagi berjaya menghasilkan sebarang jualan sehingga kini. Mengapa ya?

Tuesday, November 2, 2010

Kemaskini Nuffnang yang tertunda

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia aku ucapkan kepada semua. Macam mana dengan keadaan cuaca di tempat anda semua? Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang baik. Entri ini diterbitkan sebagai menggantikan kemaskini Nuffnang yang telah tertunda kelmarin. Sudah hari Selasa rupanya. Nah, bunga warna ungu aku hadiahkan untuk korang...hehe..Senyum selalu..

Monday, November 1, 2010

Isnin pertama November dan Buat Duit Dengan 140 Huruf

Selamat hari Isnin dan semoga Isnin pertama dalam bulan November ini memberikan keceriaan berganda kepada kita semua. Bulan baru dan hari baru, setiap senyuman adalah permulaan yang baik. Sebelum buat sesuatu, satu senyuman ikhlas mungkin memberi semangat kepada ramai orang. Entri pertama di hari Isnin ini tidak akan memperkatakan mengenai kemaskini akaun Nuffnang aku kerana sehingga kini Nuffnang masih melakukan pengemaskinian dalam akaun setiap Nuffnangers. Jadi kita akan bercakap mengenai Twitter kali ini. 
Related Posts with Thumbnails