LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Thursday, September 30, 2010

31 Teknik Jana Wang Online Part 3

Sekarang ni musim hujan di bandaraya Kota Kinabalu. Jadi jangan lupa sediakan payung sebelum hujan okies. :) Di kelapangan tengahari ini, aku mengambil sedikit masa untuk memberikan review 10 lagi teknik terakhir yang dibongkarkan dalam Panduan Jana Wang Online yang diasaskan oleh saudara Asyraf Aziz ni. Teknik bonus rasanya nanti la ya. Bagi suspens sikit, hehe.. :) Sepanjang aku memberikan review kepada produk ini, mungkin jualan yang terhasil ke atas produk ini sudah mencecah lebih dari 200 unit jualan.

Wednesday, September 29, 2010

Akaun Google Adsense semakin susah nak dapat?

Waktu tengahari Rabu ini aku rasa sedikit letih dan rasa macam nak demam pun ada. Mungkin dah lama tak jatuh sakit kan. Jatuh sakit bermaksud badan memberi kita petanda bahawa tubuh kita memerlukan rehat yang lebih. Aku minta maaf jika aku terlepas pandang untuk membalas sapaan korang di shoutbox. Apapun, aku amat menghargai kunjungan korang di blog ini. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih aku ucapkan...

Tuesday, September 28, 2010

31 Teknik Jana Wang Online Part 2


Selamat tengahari kepada semua pembaca blog ini yang telah pun bertambah bilangan subscriber kepada 498 orang pada hari ini. Walau siapapun yang menjadi subscriber blog ini, aku harapkan agar korang mendapat sedikit maklumat dan juga informasi berguna. Mudah-mudahan. Baiklah ,entri ini merupakan lanjutan kepada entri 31 Teknik Jana Wang Online Part 1 minggu lepas. Tanpa membuang masa aku memberikan sedikit lagi bayangan mengenai apa yang akan didedahkan di dalam ebook Panduan Jana Wang Online tersebut.

Monday, September 27, 2010

Rehat seketika bersama Nuffnang

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia aku ucapkan buat semua pembaca blog ini dan juga kepada mereka yang mungkin juga menjadi pembaca senyap blog Bluedianthus ini. 12 jam yang pertama untuk hari Isnin terakhir sudah pun berlalu dan takkan kembali lagi dalam hidup kita yang cuma sekali ini. Jadi, hargailah masa yang berharga kerana setiap orang di dunia ini tidak mempunyai lebih atau kurangnya masa selama 24 jam yang diberikan Tuhan kepada kita.

Saturday, September 25, 2010

"Harga" sebuah iPhone 4?

Sesuatu kejayaan yang besar bermula daripada idea yang kecil dan kata orang mustahil untuk ditunaikan menjadi sebuah realiti.  THINK BIG merupakan kunci kepada idea mustahil yang terjana dan Core Desire merupakan satu pemangkin untuk syarikat Apple terus mencipta aplikasi yang berkualiti untuk orang ramai. Kini iPhone 4 sudah berada di pasaran dan bakal terjual seperti pisang goreng panas. iPhone 4, satu lagi bukti bahawa otak manusia masih boleh pergi lebih jauh sekiranya kita terus menggunakan neuron yang tersimpan. Jangan biarkan ia tidur. Adakah korang rasa harga iPhone yang akan mula dijual ini mahal?  Mungkin aku rasa dalam RM2500-3000 kot harganya nanti. Aku rasa ianya berbaloi dan rasanya IDEA mencipta iPhone tu lagi yang paling mahal. Aku? Belum lagi mampu nak beli. Sekadar melihat perkembangan teknologi yang ada tu, bolehlah. :)

Artikel Sebelumnya: Kekuatan dari kata-kata sederhana

Friday, September 24, 2010

Kekuatan dari kata-kata sederhana

Aku anggapkan, setiap orang mempunyai cita-cita kedua di dalam hidup. Cita-cita rahsia dan tersembunyi dan ianya wujud dalam hati kecil kita. Tersimpan rapi dan tidak ada seorang pun kita beritahu.

Thursday, September 23, 2010

Money Never Sleeps

Sengaja aku mengambil tajuk filem yang bakal menjadi box-office tahun ini lakonan Michael Douglas dan Shia LaBeouf (watak utama Transformer). Money never sleeps dan aku percaya kepada istilah ini. kerana aku sudah sudah mengalaminya. Masa kita tidur, masa itulah duit masuk dalam akaun bank kita.

Wednesday, September 22, 2010

31 Teknik Jana Wang Online Part 1

Ebook Panduan Jana Wang Online ini merupakan satu produk baru keluaran Asyraf Aziz dan aku sudah pun mendapatkan panduan ini. Aku ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah berjaya menyiapkan panduan yang sangat-sangat berguna kepada mereka di luar sana seperti aku dan juga korang yang sedang membaca entri ini. Ebook ini mengandungi 30 cara untuk kita menjana wang daripada Internet dan satu lagi kaedah bonus. Oppss..sebelum itu nak bagitahu, panduan ini tidak akan mengajar anda "Game Money" ataupun "MLM", harap maklum. :)

Tuesday, September 21, 2010

Dunia blogging dan wang dollar?

Apabila memperkatakan tentang mata wang dollar Amerika, aku tidak pernah terfikir akan dapat berjual beli menggunakan mata wang ini. Kini ianya bukan satu bayangan lagi bagi aku tetapi merupakan satu realiti. Internet ini banyak cara untuk kita mendapatkan wang sampingan contohnya seperti program PTC yang hanya memerlukan klik. Begitu juga dengan dunia blog yang telah memberikan aku wang dollar walaupun setiap kali dibayar dalam jumlah yang sedikit.

Monday, September 20, 2010

Isnin, Nuffnang dan Rezeki Review

Selamat kembali bersekolah kepada adik-adik yang mula bersekolah pada hari ini. Dan semoga berjaya menjawab peperiksaan dengan jayanya kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada hari esok. Semoga segala apa yang telah dipelajari selama 6 tahun ini akan dapat diterjemahkan dengan baik di atas kertas. Bagi yang bekerja, selamat bekerja aku ucapkan. Tak kira apa yang jenis pekerjaan yang korang lakukan asalkan halal, ianya satu pekerjaan yang mulia. Seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang pada hari Isnin ini secara ringkas.

Sunday, September 19, 2010

Semoga Roh Blogger TTT dicucuri rahmat..

Tersentak aku dengan berita sedih yang baru aku ketahui hari ini. Aku mengenali TTT melalui sapaan mesra yang sering dilakukan oleh arwah TTT, pemilik PortTuanTanah.Com (sekarang blog ini tidak boleh diakses lagi). Aku mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Patutlah sudah lama aku tidak mendengar khabar berita darinya. Rupa-rupanya arwah sakit dan sering  berulang-alik ke hospital untuk rawatan kanser serviksnya. Aku difahamkan arwah masih lagi berada di negara Jepun. Semoga keluarga TTT tabah menghadapi kenyataan ini. 

Tidak lupa juga aku mengucapkan takziah kepada keluarga M.Rajoli di atas kehilangan besar M.Rajoli sebagai seniman yang disegani dalam arena lakonan dan perfileman. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan yang beriman.
p/s: Sedih dengan kehilangan blogger sebaik dia. Walaupun tak kenal rapat, tapi kehilangannya bagaikan menyentap sedikit sebanyak rasa kekitaan sebagai seorang blogger. Masih teringat dengan kata-kata, arwah "Dear, jangan lupa join contest saya ye, ade hadiah blackberry tau" :(


Friday, September 17, 2010

Bluedianthus Dot Com sedang dikemaskini

Blog Bluedianthus Dot Com akan mengalami sedikit pengemaskinian. Seperti mana yang korang lihat pada bahagian tab menu, ada banyak link yang masih dalam proses kemaskini. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan semasa korang melihat-lihat dan membaca entri yang ada, aku minta maaf di atas kekurangan blog yang tak seberapa ini. Aku budak baru belajar ba (slang Sabahan ni..hehe..).

Thursday, September 16, 2010

Malaysia oh tanah airku..

Menjadi sebahagian daripada Malaysia merupakan satu titik permulaan bagi rakyat Sabah seperti aku untuk mengorak langkah jauh ke hadapan. Kalau tidak, mungkin Sabah sudah menjadi sebahagian daripada bumi negara Filipina. Walaupun mungkin Sabah masih lagi jauh ketinggalan berbanding dengan kemajuan yang telah dicapai di Semenanjung Malaysia, namun ia bukanlah penghalang bagi rakyat di Kepulauan Borneo untuk terus bergerak maju. Terima kasih aku ucapkan kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di atas penciptaan gagasan IMalaysia. Selamat Hari Malaysia aku ucapkan untuk semua yang bergelar warga Malaysia. Semoga rakyat Malaysia sentiasa bersatu-padu. :)

p/s: Baru balik dari Padang Merdeka Kota Kinabalu, memeriahkan bersama sambutan besar-besaran Hari Malaysia. Tapi kejap je, jalan raya sesak bukan main. Tak larat nak lama-lama kat sana.

Artikel Sebelumnya: Nuffnang di dada Kosmo

Wednesday, September 15, 2010

Nuffnang di dada Kosmo

Tumpang gembira melihat kejayaan perintis komuniti Nuffnang yang kini sudah boleh tersenyum lebar melihat kejayaan jenama Nuffnang sudah pun melebarkan sayapnya sehingga ke Singapura, Filipina, Indonesia dan Australia. Sebut saja Nuffnang, aku kira ramai blogger yang sudah tahu akan kekukuhan syarikat ini. Aku sendiri yang sudah bersama dengan Nuffnang hampir 9 bulan mulai berasa selesa dengan kehadiran iklan yang muncul di dalam blog ini.

Tuesday, September 14, 2010

Lakukan apa yang anda yakin

Bluedianthus memang suka mengemaskini entri pada waktu rehat tengahari. Tak boleh curi tulang, nanti kerja tak siap. Terpaksa pula bawa kerja ke rumah. Tak best la kan. :) Suasana raya mulai beransur reda kalau di Kota Kinabalu ini. Rata-rata sibuk kembali bekerja untuk menampung keperluan hidup.

Monday, September 13, 2010

Pencapaian "Blog Racing"

Selamat kembali bekerja kepada mereka yang sudahpun mula bekerja pada hari Isnin ini. Hari ini adalah hari untuk mengemaskini akaun Nuffnang. Sebenarnya blog ini masih dalam mood bercuti. Entri pun ringkas sahaja baru-baru ini. :) Apapun, semoga korang yang masih lagi beraya sakan sentiasa sihat dan jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat. Jangan main bantai je apa yang ada di depan mata okies. Tanpa membuang masa jom tengok pencapaian "blog racing" Bluedianthus yang kini sedang berusaha untuk mengejar buffered earning yang ke-25.

Misteri kehilangan Datuk Sosilawati LawiyaTerungkai

Tidak ada apa yang dapat aku gambarkan sekiranya aku berada dalam situasi keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Kedatangan Aidilfitri sememangnya membawa suatu kisah yang pilu dalam hidup mereka. Takziah aku ucapkan kepada keluarga dan saudara terdekat di atas kehilangan yang sungguh tragis ini. Semoga mereka yang kejam dan sanggup melakukan perbuatan sehina ini akan mendapat hukuman yang setimpalnya. Kalau tidak di dunia, di akhirat akan ada siksaan yang lebih besar. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

Friday, September 10, 2010

Kekalkan Berat Badan Sewaktu Beraya

Selamat pagi, selamat hari raya dan semoga ceria-ceria selalu di pagi raya ini (macam deejay pula Bluedianthus ni kan, hehe..) Kena la ceria sikit sebab aidilfitri dah menjelma untuk tahun 2010 ini. Semoga selamat semuanya terutama mereka yang akan balik ke tempat masing-masing setelah sibuk beraya bersama sanak-saudara. :)

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri 2010 dari Bluedianthus Dot Com

Wednesday, September 8, 2010

Tak ada blog? Tak apa, ChurpChurp tetap nak bagi duit!

Mungkin program ChurpChurp ini ramai yang dah tahu kewujudannya. Ianya merupakan tugas kecil yang diberikan kepada kita iaitu untuk menghebahkan sesuatu perkara kepada mereka yang menjadi follower kita di akaun Twitter kita. Cara ini lebih mesra-pembaca sebab minimum perkataan yang ditaip hanya 135-140 patah  perkataan sahaja. Mesej yang disampaikan juga mudah difahami (jika kena caranya)

Tuesday, September 7, 2010

Bluedianthus tak aktif PTC lagi?

Bukan aktif bersukan ya, tapi aktif bermain klik-klik untuk mengisi masa lapang di dunia online. Antara benar atau tidak, mengikut pengalaman aku, program PTC adalah program "make money online" yang paling mudah untuk dilakukan bagi seseorang yang baru ingin berjinak-jinak untuk mendapatkan USD pertama dari dunia online.

Siapa Raja SEO HIDUP SEORANG BLOGGER?

Keputusan Cabaran SEO HIDUP SEORANG BLOGGER telah pun diumumkan. Tahniah aku ucapkan kepada semua peserta yang berjaya tersenarai sebagai top 30. Blog aku tidak tersenarai, hanya berada di page ke 5 Google.com. Tapi aku gembira dan seronok melakukan pengoptimasian enjin carian dalam blog aku yang tak seberapa ini. Sekurang-kurangnya terdapat pendedahan untuk aku belajar dunia SEO ini. Tahniah kepada korang yang berjaya..dapat duit raya tu, hehe.. Kepada yang tak berjaya macam aku ni, tak mengapa. Blogging itu indah nian... :)



Monday, September 6, 2010

Isnin pertama, status Nuffnang di bulan September

Selamat hari Isnin dan semoga masih tabah menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam. Sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. Untuk pengetahuan korang semua, aku baru saja balik dari Pulau Labuan pukul 1 pagi tadi. Tak larat nak berada di "atas talian", hehe..Apapun, hari ini aku cuma akan kemaskini akaun Nuffnang aku terlebih dahulu. :)

Friday, September 3, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER Rahsia Reward Edition

Yup, seorang yang telah menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER selama 5 tahun telah sudi berkongsi ilmu bloggingnya.Semasa entri ini ditulis, ramai yang sudah mulai mendapatkan tempahan Ebook pertama keluaran problogger Rohaizad yang bertajuk "Rahsia Reward" ini. Aku juga sudah menempah Ebook ini seawal jam 3 pagi subuh tadi. Biasalah, kalau problogger kata nak keluar ebook, sekejap saja dah sold out. Ini melalui pengalaman aku sendiri, bukan serkap jarang tau. :) 

Thursday, September 2, 2010

Masa HIDUP SEORANG BLOGGER, Cinta HIDUP SEORANG BLOGGER


MASA = CINTA? Betul ke? Kalau untuk usahawan Internet kena ubah sedikit ni, MASA = WANG, hehe.. Apapun, ilustrasi bermakna di sebelah ini meliputi pelbagai aspek. Cinta juga bukan tertuju kepada satu maksud sahaja iaitu percintaan di antara lelaki dan wanita. Cinta ini meliputi seluruh aspek, iaitu cinta kepada alam sekitar, cinta kepada haiwan, cinta kepada ibubapa, cinta kepada adik beradik dan juga cinta kepada kerjaya serta banyak lagi. Namun entri kali ini akan memecahkan kedua MASA dan CINTA ini dari sudut HIDUP SEORANG BLOGGER

Wednesday, September 1, 2010

Apa jadi dengan Widget Wawwi Matrix Blogwalking?

Sudah lama rasanya tidak berblogwalking menggunakan Widget Wawwi Matrix Blogwalking (WMB). Memang aku rindu untuk berblogwalking menggunakan widget ini. Agak banyak juga trafik yang datang daripada widget ini ke blog aku. Ada juga antara rakan-rakan blogger yang bertanya kepada aku mengenai widget WMB ini. Masih adakah lagi tawaran Blackberry seperti yang telah diwarwarkan oleh pihak GengBlogWalking.

Laporan Tertunda Nuffnang Bluedianthus


Masih lagi dalam mood merdeka sehingga 16 September ini. Agak malas untuk mengemaskini blog ini. Memang sudah menjadi lumrah, kadang-kadang banyak idea yang muncul dalam kepala tapi malas pula nak menaip depan laptop ni. Entri ini pula sepatutnya aku terbitkan Isnin lepas, namun banyak entri yang perlu didahulukan. Apapun ini sekadar laporan ringkas Nuffnang aku, hanya sekadar merekodkan pencapaian blog ini untuk tatapan di masa hadapan. :)
Related Posts with Thumbnails