LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Tuesday, August 31, 2010

Pencipta Jalur Gemilang

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia ini dicipta pada 1947. Ingat Jalur Gemilang, ingatlah jasanya yang telah menyatupadukan rakyat Malaysia melalui satu bendera yang sama. 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Hayati merdeka dengan segenap jiwa, bukan dengan pesta-pora, dengan kemabukan dan segala macam penjajahan yang tersembunyi. Salam kemerdekaan dari Bluedianthus untuk semua...MERDEKA!



Monday, August 30, 2010

Tempahan biskut raya di Hannan Homemade Cakes dibuka!

Tinggal beberapa jam saja lagi untuk masa berbuka puasa. Kalau kat Sabah ni, 6 setengah dah masuk waktu berbuka. Apapun, semoga puasa korang berjalan dengan lancar hari ini. Kuatkan semangat ye. Kek kat yang ditunjukkan kat sebelah ni bukan berniat nak membuatkan korang terliur tetatpi adalah pembuka cerita bagi entri kali ini. :)

Blogger yang terkentut

Kerja rumah yang diberikan oleh "cikgu" Rohaizad kali ini memang aku tidak punya banyak idea nak tulis. Aku ni tak pandai nak buat lawak, aku yang gelak sorang-sorang adalah, hehe.. Apapun, aku akan berkongsi 2 kisah untuk tajuk entri kali ini. Hari Isnin ni mulakan kerja dengan senyuman okies..barulah rezeki murah. :)

Sunday, August 29, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER Follow The Wind Edition

HIDUP SEORANG BLOGGER bagi aku merupakan satu kurniaan yang datang hasil kewujudan Internet di dunia ini. Tapi kehidupan seorang blogger itu tidak terbatas dalam dunia maya sahaja. Ianya lebih daripada itu. Kehidupan sebagai seorang blogger juga menandakan bahawa kita mempunyai dua pekerjaan, iaitu kerjaya yang kita ada pada hari ini dan juga kerjaya sebagai seorang penulis. Penulis kerana seorang blogger kerjanya adalah menulis sesuatu. Mungkin untuk tatapan sendiri dan juga untuk bacaan orang lain di luar sana.

Friday, August 27, 2010

Boleh senyum sikit tak?

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir dalam bulan kemerdekaan ini. Cepat sungguh masa berlalu kan. Pantas dan cepat seperti komet. Aku pun rasa baru kelmarin 1 Ogos bermula. Selalu aku mesti akan rasa macam tu. Tapi tak mengapa, itu memang sudah lumrah alam dan masa tidak akan menunggu kita. Ni nak tanya ni, dalam bulan ni adakah kita banyak tersenyum atau bermasam muka? Kalau masam je muka tu, cepat tua la jawapnya...opppsss.. hehe..Hari ini aku tak bagi korang baca panjang-panjang, cukuplah kalau korang tersenyum dan senyum kat blog aku ini..terima kasih.. :)

Thursday, August 26, 2010

[Review Khas] Satu lagi blog yang patut dilawati

Apabila memperkatakan tentang penjimatan, kita hanya terbayangkan untuk menjimatkan duit. Padahal penggunaan perkataan penjimatan ini sangat luas konteks dan maknanya serta penggunaannya. Penjimatan boleh juga digunakan untuk masa dan tenaga. Tidak lama lagi raya akan menjelang dan ramai yang melakukan satu kesalahan tanpa mereka sedari. Ya, mereka lupa untuk berjimat masa, wang dan juga tenaga.

Wednesday, August 25, 2010

Kedai Online Sendiri pada harga mampu milik!

Memiliki kedai online sendiri bukan lagi menjadi suatu perkara yang susah terutama bagi mereka yang tidak tahu langsung asas pembangunan web. Satu lagi servis membina kedai online yang telah membuat lebih daripada 40 buah jenis webiste E-commerce melancarkan Sale yang aku rasa sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki. Gambar di sebelah ini adalah satu screenshot yang aku ambil daripada laman web jualan mereka. Aku sangat sukakan designnya yang simple tetapi menarik dan juga masa loading yang cepat. Lagipun kaum hawa macam aku ni cepat tertarik dan ditarik kalau barangan kosmetik macam ni..hehe.. :)

Tuesday, August 24, 2010

Domain Dot Com Godaddy $0.99 kembali lagi

Selamat pagi semuanya. Semoga masih lagi bertenaga untuk menjalankan tugas pada hari ini. Pagi-pagi ini aku cuma nak bagitau tentang kupon GoDaddy yang baru sahaja dikeluarkan untuk bulan Ogos. Korang boleh dapatkan domain Dot Com berharga $0.99 sahaja. Harga asal ialah $11.44 untuk  domain Dot Com ini. Sesiapa yang nak ada domain sendiri tu boleh la beli ye. Boleh guna kad debit Maybank (Recommended). Itu saja entri di pagi hari ini..hehe..:)

Kod Kupon tersebut ialah: SCHOOL99

p/s: Sila tweetkan untuk kawan-kawan lain yang belum tahu. Semoga bermanfaat dan selamat membeli domain.

Artikel Sebelumnya: Isnin dan keceriaan berganda..

Monday, August 23, 2010

Isnin dan keceriaan berganda...

Selamat tengahari aku ucapkan kepada semua blogger yang sedang menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Semoga bertambah berkat dan bertambah rezeki di bulan puasa ini. Terlebih dahulu aku ucapkan selamat harijadi kepada sahabat aku yang ke-27 tahun ini, semoga bahagia di samping isteri dan anak tercinta. Sempat juga menyampaikan birthday wish kat Facebook tadi. :)

Sunday, August 22, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER Edisi Kenangan Mengusik Jiwa

HIDUP SEORANG BLOGGER merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan bagi seseorang yang mempunyai blog seperti aku. Blog diumpamakan sebagai sebuah diari atas talian di mana kita bebas untuk menulis apa sahaja yang timbul di benak dan fikiran kita. Jauh di denai hati aku ini, timbul perasaan untuk memberi penghargaan kepada blog pertama aku yang tidak seberapa ini, sebagai tanda betapa aku menghargai kewujudan blog  Bluedianthus yang kini telah menjadi sebahagian daripada hidup aku. 

Saturday, August 21, 2010

Contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER, bersama kita meriahkannya..

Mungkin aku adalah orang terakhir memberitahu korang bahawa cabaran Contest HIDUP SEORANG BLOGGER akan bermula pada keesokan harinya. Contest ini sememangnya sinonim dengan domain yang bernama Denaihati.

Friday, August 20, 2010

Mencuba dan gagal lebih baik..

Bila dah lama tak menulis di blog, rasa kekok pun ada juga. Sebab apa? Kerana sepanjang blog ini dihuni dengan virus, aku tidak duduk diam melihat amaran "Malware Detected" itu. Di samping berusaha untuk mencari di mana punca masalah, aku juga ada kesempatan untuk mengemaskini artikel di blog aku yang lain. Walaupun masih ada lagi blog-blog aku yang belum pulih daripada serangan malware ini, rasa lega sedikit bila blog Bluedianthus ini dah clear. :)

Thursday, August 19, 2010

Line Clear...

Line clear di blog Bluedianthus. Dalam beberapa hari ini aku tidak berblogwalking di blog kawan-kawan yang lain. Bimbang akan memberi jangkitan kuman malware kepada blog mereka. Aku dengan susah dan payahnya terpaksa membaca dan mencari semampu aku untuk menghilangkan malware yang bersarang di blog ini. Syukur blog ini sudah dibersihkan dari anasir malware yang sungguh membuatkan aku sakit jiwa melihat alert box Malware Detected. Tetapi, masih ada 2 lagi blog aku yang lain masih dikenalpasti sebagai pembawa malware. Ini semuanya kerana menggunakan FTP yang sama untuk setiap blog. Nampaknya, kena cari jalan penyelesaian yang lain pula selepas ni. Sepanjang aku tidak berblogwalking, trafik masih mampu mencecah 100++. Terima kasih kepada mereka yang sesat di blog ini..hehe.. :)

Yang sedihnya, tak dapat join tulis entri tentang Blogger Yang Terdesak, sebab aku terdesak nak hilangkan malware dari blog ini..huhu...sedih aku pedih.. :(

p/s: Terima kasih kepada AminJohar yang sudi ushar dan testdrive blog ini. :)
p/p/s: Terima kasih kepada sangilapi yang rekomenkan mijie untuk proses membuang malware ni. Tak nak kacau mijie, dia tengah sibuk dengan SEO research..kalau terdesak baru kacau dia. 



Monday, August 16, 2010

Perhatian Blogger, Malware di blog Bluedianthus!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger sekalian..Semoga korang gembira berbuka puasa dengan keluarga masing-masing. Aku cuma nak beritahu, buat masa ini jangan melawat blog ini terlebih dahulu kerana blog ini disyaki dijangkiti malware yang belum diketahui tahap keseriusannya. Elemen yang dikesan adalah datang daripada warnniemusah.com iaitu blog wordpress aku. Sekarang ini aku masih berusaha untuk menyelesaikan masalah yang ada. Cuma masalahnya sekarang aku tak dapat nak login ke localhost aku sendiri..huhu..Buat masa sekarang, sila jangan berlegar-legar di ruang kawasan Bluedianthus Dot Com ini. Terima kasih dan segala kesulitan amat dikesali. :)

p/s: Malware ini hanya boleh dikenalpasti apabila menggunakan Browser Google Chrome. Firefox dan Internet Explorer rasanya tak ada masalah. 

Nuffnang dan musim membeli-belah

Hari Isnin, seperti biasa Bluedianthus akan mengemaskini akaun Nuffnangnya. Rasanya baru kelmarin aku mengemakini akaun Nuffnang aku. Huh, cepat sungguh masa berlalu. Apapun, aku harapkan kepada mereka yang berpuasa, semoga sihat selalu dan semoga puasa berjalan dengan lancar dan diberkati. Senyum-senyum selalu okies.. :)

Sunday, August 15, 2010

Malaysian Buy Dot Com, pusat membeli-belah online yang dipercayai!

Hujung minggu ini, tentunya ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk membeli barang-barang terutamanya untuk persediaan menjelang hari Raya Adidilfitri nanti. Aku harapkan agar korang sentiasa mengawal dengan bijak aliran wang untuk perbelanjaan korang.

Friday, August 13, 2010

Adakah kita blogger yang bermotivasi?

Ada apa dengan motivasi? Kerana motivasi adalah asas setiap perkara luar biasa yang berlaku. Ingin belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, motivasi perlu ada. Nak jadi pekerja yang cemerlang, motivasi perlu ada. Bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan sebelum umur 40 tahun, motivasi perlu dijana. Semuanya memerlukan motivasi. 

Thursday, August 12, 2010

Bagaimana blogger terus menulis?

Pernah tak korang membaca buku yang telah memenangi hadiah Nobel Prize bertajuk "The Old Man and The Sea"? Kalau tak pernah pun mungkin pernah dengar? Ataupun korang pernah melihat kisah dalam buku ini difilemkan? Tetapi, cerita dalam buku ini bukanlah isu yang ingin Bluedianthus ceritakan kerana aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang filem dan drama. Kalau nak bagi pendapat picisan tu, boleh la..hehe..

Wednesday, August 11, 2010

1 Ramadhan dan Rahsia Buat Duit Raya..

Selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam. Semoga puasa pertama di bulan Ramadhan ini berjalan dengan lancar dan jayanya..:) Musim puasa ini juga masa untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat kan. Siapa yang bijak mengambil peluang perniagaan juga mampu membuat sedikit duit raya dengan sedikit idea yang tercerna. Siapa-siapa yang sedang merancang untuk mendapatkan duit raya di bulan puasa ini, dan masih tiada idea macam mana nak mula, mana nak cari modal dan nak cari masa, boleh la teruskan bersama aku dalam entri kali ini.. :) 

Tuesday, August 10, 2010

Panduan Membina Laman Web dengan Mudah dan Pantas Tanpa Asas IT

Domain Name adalah nama unik selepas awalan http://www yang selalu kita lihat pada web browser kita. Sebagai contoh, nama domain blog ini ialah bluedianthus dan diakhiri dengan .com. Jadi nama domain yang lengkap bagi blog Bluedianthus ini ialah http://www.bluedianthus.com. Domain laman web ataupun blog juga sering dikaitkan dengan kredibiliti sesebuah syarikat atau orang perseorangan itu dalam dunia perniagaan secara online.

Rahsia 24 jam terbongkar

Hari ini pengumuman untuk tarikh berpuasa akan dilakukan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Aku tumpang teruja untuk korang yang akan berpuasa tak lama lagi. Semoga bertambahlah amalan mulia di bulan yang mulia ini juga. Baiklah, hari ini aku akan memberi satu review mengenai satu lagi produk usahawan tempatan iaitu Rahsia 24Jam. Hari ini juga (10 Ogos) merupakan hari terakhir untuk mendapatkan preview audio ini secara percuma. Baik hati sungguh saudara Firdaus Latib ni. :)

Monday, August 9, 2010

Ceriakan harimu selalu Blogger..

Hari Isnin menjelma lagi kawan-kawan sekalian..:) Semoga ceria selalu dan tinggalkan semua keresahan korang untuk hari esok. Kalau tak resah, tenang je tak produktif la macam ni kan. Tapi aku yakin korang mesti gembira kerana hari ni masa nak update akaun Nuffnang kan. Semoga korang semua masyuk-masyuk belaka. Sebelum itu, tahniah aku ucapkan kepada Cikgu Dahlia kerana telah mendapat cashout ke-2 daripada Nuffnang. Siapa kata tidak boleh dapat income sampai 4 angka daripada Nuffnang? :)

Sunday, August 8, 2010

Situ Sini PC Fair 1Borneo Kota Kinabalu

Lama tidak mengemaskini entri. Minta maaf dunia blogging, aku sibuk dengan dunia nyata..hehe..Hari terakhir PC Fair adalah hari yang paling best sebab dapat tengok banyak promosi clearance sales. Aku dan 3 orang adik kesayangan aku sempat meluangkan masa ke sana. Tidak banyak item yang dibeli. Hanya 2 set mouse, 2 set headphone dan 2 set modulator. Tujuan kami ke sana sebenarnya hanya untuk mencuci mata dan membeli barang-barang keperluan adik aku yang akan balik ke maktab perguruan selepas itu. Tak banyak nak cakap, jom layan gambar-gambar yang ada. Maaf la, gambar ambil dari handphone, tak clear. :)

Friday, August 6, 2010

Masa di mata seorang Blogger

Masa di mata seorang blogger bagaimana ya? Aku tahu ramai yang mula-mula berblogging akan rasa teruja yang amat sangat, tak dapat nak digambarkan. Dulu aku pun begitu juga. Paling tidak pun ada 3jam masa yang aku perlukan untuk menyusun atur semula kandungan blog aku. Nak cari entri lagi satu punya hal. Ingatkan tulis blog dapat menghilangkan stress, tapi rupa-rupanya aku yang memberi tekanan kepada diri sendiri untuk menulis. Kemudian ada pula blogger yang akan menahan mata untuk tidur semata-mata blogwalking punya pasal. Ya, dulu seriously aku pun begitu. Sekarang kalau dah ngantuk terus off laptop. Kita yang mengawal blog kita, bukan kita yang dikawal oleh blog kita sendiri..:)

Thursday, August 5, 2010

5 Tips motivasi dalam berbelanja

Tak sampai seminggu lagi kaum Melayu akan mula berpuasa. Semoga tubuh badan korang sihat walafiat sepanjang bulan puasa nanti. Banyakkan beramal, mesti pahala pun banyak kan. Walaupun aku bukan beragama Islam, tapi  aku tahu kebaikan berpuasa. Dulu waktu kat Semenanjung nun, 3 tahun tu juga la aku dapat merasai puasa bersama-sama dengan kawan-kawan aku di sana.. Masa nak hampir berbuka, masa tu paling best sebab dapat pergi membeli makanan di baazar Ramadhan. :)

Wednesday, August 4, 2010

Pengalaman Bluedianthus bersama WangCyber

Rasanya di dalam entri ini aku selalu bercerita tentang WangCyber. Kenapa? Kerana RM1 aku adalah datang daripada WangCyber ni. Alamak, rahsia dah terbongkar..hehe..Tak mengapa la, Bluedianthus tak rugi apa-apapun sebenarnya. Nak djadikan cerita, seorang yang memang cukup terkenal di WangCyber, iaitu saudara Jamal. Ya, saudara Jamal yang sekarang ni tengah meletup dengan produk Pakar EBook yang telah rekomenkan forum ini kepada aku. Dan aku sangat berterima kasih kepada beliau.

Tuesday, August 3, 2010

Siapa lagi belum pasang widget Wawwi Matrix Blogwalking?

Sejak Wawwi Matrix Blogwalking (WMB) dilancarkan secara rasminya pada Julai lalu, ianya seakan-akan menjadi fenomena viral pada blog setiap blogger. Semasa membuat lawatan ke satu blog demi satu blog, aku mengenali ramai blogger yang hebat dalam zon mereka masing-masing. Biasalah, setiap blogger mempunyai tujuan sendiri dalam berblogging. Tak kisahlah kan, asal jangan  mengalami sindrom dilema blogger sudahlah... Jadi, dunia blogging itu indah tanpa memerlukan kita sampai nak pecah kepala untuk menghasilkan satu entri. :)

Ringkasan perkembangan Nuffnang bulan Julai

Penangan entri "Blogger Yang Tersepit" memang sesuatu yang dijangkakan. Hingga kini, aku masih lagi berlegar-legar membaca entri blogger yang menerbitkan tajuk entri yang sama. Tetapi bila korang membaca entri tersebut, memang unik. Tidak ada langsung sebarang plagiat yang muncul. Berpadanan dengan tema, "Creative and Happy", aku rasa hasrat Rohaizad Dot Com sudah tercapai. Tahniah diucapkan kerana mampu menyatukan para blogger dengan hanya menggunakan satu entri. Bak kata tagline Nokia: Connecting People.. Apapun, sekiranya korang tak nak tersepit dan tertanya-tanya apakah kandungan entri setiap blogger yang mengambil bahagian, bolehlah membaca 28 tajuk entri yang sama tetapi penceritaan yang berbeza tersebut..:)

Monday, August 2, 2010

Blogger yang tersepit

* Entri pada Isnin pertama di bulan Ogos ini istimewa sikit. Entri ini diterbitkan hasil cetusan idea bersahaja daripada seorang blogger tegar Rohaizad. Idea untuk kandungan entri ini juga hadir dengan sendirinya dan tidak berniat mengenakan mana-mana pihak yang berkenaan. Pendek kata, entri ini bersifat atas pagar okies. Buka minda, positifkan diri. :)

Sunday, August 1, 2010

Hari pertama dalam bulan kemerdekaan a.k.a bulan Ramadhan

Sempena kehadiran bulan baru ini, Bluedianthus ingin mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh kesyukuran. Semoga kita tidak lagi dijajah dalam bentuk subjektif, pemikiran dan minda maksud aku. Kepada kawan-kawan yang beragama Islam, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, Bluedianthus juga nak wish Happy Friendship Day sedunia kepada semua rakan blogger dan pembaca di blog ini. Semoga persahabatan di antara kita semakin terjalin mesra. Walaupun kita tak pernah berjumpa di alam nyata, tapi aku gembira kerana bertemu ramai rakan yang seangkatan dengan aku sebagai blogger. Salam ceria dan semoga hujung minggu ini penuh keceriaan dalam hidup korang masing-masing. Hargai masa yang terluang bersama keluarga, kerana masa tidak boleh diundur walaupun sesaat...

p/s: Entri ringkas untuk hujung minggu ini. Sibuk sikit dengan kehidupan offline. Senyum selalu.. :)


Related Posts with Thumbnails