LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Saturday, July 31, 2010

Gandaan kata nama rama dan kupu

Rama-rama dan kupu-kupu la kan..hehe.. Satu benda yang menarik hati Bluedianthus semasa bercuti sehari di kampung adalah kupu-kupu. Jadi, oleh kerana masa terluang yang ada, aku masih sempat mengambil gambar kupu-kupu ini. Hmm...kupu-kupu? Kenapa bukan rama-rama? Sebenarnya, Bluedianthus belajar satu pelajaran baru hari ini. Rupanya serangga makhluk ciptaan Tuhan juga mampu mengajar kita sesuatu.. :)

Friday, July 30, 2010

Advertorial dari Nuffnang, bagaimana mendapatkannya?

Satu cara yang paling mudah untuk mencari jawapan kepada satu persoalan yang kurang pasti, adalah bertanya dengan tuan empunya diri. Contohnya, kalau nak tanya sama ada seseorang tu sukakan kita atau tidak, tentulah kita akan bertanya secara terus dengan insan tersebut. Takkan bertanya dengan kawan baiknya pula kan. Tak gentleman langsung, hehe.. Begitu juga dengan aku, persoalan mengenai bagaimana seseorang blogger itu boleh mendapat Advertorial sangat-sangatlah menggusarkan aku.

Hobi boleh menenangkan jiwa..

Hujung minggu bakal menjelma lagi...cepat benar rasanya masa berlalu pergi. Aku rasa baru semalam aku menulis entri hari Isnin terakhir di bulan Julai. Pantas sungguh masa berlari meninggalkan kita, Yang tak bestnya, masa yang berlalu pergi takkan kembali lagi, jadi hargailah setiap masa yang ada...ini adalah peringatan aku kepada diri aku sendiri.. :)

Thursday, July 29, 2010

Akhirnya, Technorati mengesahkan blog Bluedianthus

Selamat menjamu selera kepada rakan-rakan blogger yang dihormati. Makanlah ala kadar sahaja, kalau tidak korang pasti akan mengalami sindrom mata terlelap kerana terlalu kenyang. Lagipun makan berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan. Makan la sedikit je..nanti petang boleh la makin pisang goreng dengan minum teh tarik kurang manis, okies.. :)

Wednesday, July 28, 2010

Kereta idaman Bluedianthus?

R5ZHPJH44KDS

Setahun lalu, ada seorang kawan lama aku bertanya apa kereta idaman aku. Aku cakap kancil, haha.. Memang citarasa aku low profile sungguh...hehe.. Tapi aku tak kisah, sekarang ni pun aku menggunakan Kancil. Inilah kereta pertama yang aku gunakan dalam kehidupan seharian aku. Ini memudahkan aku mencari parking sebab kancil ni saiznya comel je. Selain menjimatkan minyak yang sekarang ni dah naik harga. Susah senang bersama..Apa boleh buat kan.. Kancil ini dah banyak berjasa dengan Bluedianthus tau..:)  

Tuesday, July 27, 2010

Beriklan di blog juga satu perniagaan..

Menjana wang melalui blog bukan lagi sekadar angan-angan sekiranya kita serius membangunkan blog yang kita ada. Melalui blog kita akan dapat melihat banyak lagi ruang untuk menjana pendapatan.  Memanglah blog tidak akan menjadikan kita kaya dengan serta merta. Tapi yang manis adalah perjalanan dan bukannya hasil. Siapa yang memang suka berblogging akan tahu apa yang aku cuba sampaikan ni. Berblogging menggunakan platform berbahasa Inggeris lagi lebat pendapatannya. Maklumlah duit USD yang diterima, bukan MYR. Tak percaya, tanya otai-otai yang dah merasa duit dollar yang banyak di alam blogging ni. :)

Monday, July 26, 2010

Isnin terakhir dan cek Nuffnang kedua Bluedianthus..

Selamat pagi semua rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog yang tak seberapa gah ini. Terima kasih kerana sudi datang melawat blog Bluedianthus yang baru di dunia blogging ini. Hari ini adalah Isnin terakhir dalam bulan Julai. Dan tak lama lagi mereka yang beragama Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga semuanya akan berjalan lancar. Kalau nak mohon cuti tu apply cepat-cepat. Tapi kalau fulltime blogger tu, bila-bila pun boleh cuti kan...jeles-jeles...hehe..

Sunday, July 25, 2010

Blogger dan cuti hujung minggu

Hujung minggu ini aku hanya balik sehari ke kampung halaman. Masa inilah yang aku nantikan sebab aku boleh tidur seawal jam 10malam untuk caj semula tenaga yang terbuang semasa membuat kerja dan juga aktiviti blogwalking dan kerja-kerja freelance di alam siber. Hujung minggu ini jugalah masa untuk aku dan adik-beradik yang lain untuk berkumpul dan bergurau senda bersama. Yang pasti, kemeriahan suasana di rumah memang dipenuhi dengan gelak ketawa dan sembang-sembang mengenai keadaan diri masing-masing.

Friday, July 23, 2010

Masuk universiti, perjuangan baru bermula

Adik aku yang baru dapat masuk ke universiti cakap dengan aku, semakin tinggi peratusan kaum perempuan menempah tiket masuk ke universiti. Jumlah ini memang tidak menghairankan aku kerana aku berpendapat, golongan lelaki lebih suka untuk memulakan kerjaya seawal mungkin. Ini juga didorong oleh faktor-faktor yang lain seperti tanggungjawab sebagai anak sulung, kemiskinan, pengorbanan kepada adik beradik yang lain untuk menyambung pelajaran dan banyak lagi. 

Thursday, July 22, 2010

Wawwi GengBlogWalking mengganas lagi..

Nampaknya widget Wawwi GengBlogwalking di blog semakin banyak aku nampak semasa sesi menjelajah blog di Malaysia khususnya. Semasa menjelajah REF pada blog Rollens, terdapat seorang daripada REF rollens adalah dari luar negara. Tak percaya? Blog itu ialah Procesos (dikenali sebagai Processes dalam bahasa Inggeris) dan nama pemiliknya ialah Julio. Jangan risau, Google Translator disediakan dalam blog tersebut, :) Tahniah kepada WMB kerana berjaya menarik perhatian orang dari luar negara. Cuma mungkin dia takkan dapat la masuk cabaran ini kan. Tak apalah, yang penting ada trafik masuk ke blog beliau.

Kesabaran dalam kepayahan..

Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Masih banyak berlambak kerja yang terpaksa dilakukan? Sabar la, life is just like that. Hidup mesti terus kan. Jadi, daripada terus merungut, lebih baik ringankan tangan, kosongkan keluhan daripada otak tu, dan mulakan kerja korang dengan kuasa turbo RON97, hehe.. Senyum dulu sebelum bacaan entri ini diteruskan. :)

Wednesday, July 21, 2010

Relax la, janganlah stress sangat..

Hari ini hari Rabu.. Memanglah, siapa yang tak tau kan, hehe.. Hari ini sepatutnya hari yang produktif. Bluedianthus macam mana? Bluedianthus selesema hari ini. Kelmarin banyak kali meredah hujan. Tapi tak apa, siapalah yang tak pernah jatuh sakit kan. Sakit sikit-sikit tu kira ok la. Jangan sakit hati sudahlah.. Oh ya, entri ini sangat sesuai dibaca sebelum atau selepas makan tengahari..hehe..joking. :)

Tuesday, July 20, 2010

Penggunaan Paypal semakin berleluasa?

Sekiranya korang pengguna tegar Paypal seperti aku, pastinya korang akan mengambil tahu bahawa Kad MOL-Paypal baru-baru ini telah dilancarkan. Kad ini adalah jenis prepaid card. Korang boleh saja baca informasi yang sangat padat daripada saudara Smartzul. Ini sudah tentunya memberikan satu lagi reaksi positif daripada pengguna Paypal khususnya para usahawan Internet.

Affiliate dan blogger, bagaimana ia menjanjikan komisyen?

Sistem affiliate merupakan trend yang sangat popular di antara sesama usahawan Internet tidak kiralah di dalam dan luar negara. Aku rasa hampir semua blogger tahu apa fungsi affiliate ini kan. Ya, mempromosikan produk orang lain, dan apabila jualan terhasil, kita akan mendapat komisyen kerana bantuan promosi kita. Itu penerangan secara mudah .:)

Monday, July 19, 2010

Senyuman di hari Isnin..

Senyum, satu perkara yang mudah dilakukan tapi ramai yang mengabaikan benda ni. Senyuman membawa seribu satu keceriaan dalam hidup manusia. Hari ni dah berapa kali korang senyum? 1 kali, 2 kali, 3 kali, berkali-kali? Apa, langsung tak ada? Kenapa? Sebab hari ini hari Isnin? Oh, jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri simptom Monday Blues. Bangun je dari tidur, mesti senyum dan katakan pada diri sendiri. "Apakah perkara baik yang akan berlaku pada hari ini?" Setiap hari lakukan perkara ini. Mudah-mudahan aku dan korang menjadi orang yang suka memberi senyuman. Murah rezeki kata orang. :)

Saturday, July 17, 2010

Blogger, bakatmu bukan untuk disimpan..

Dari saat kita dilahirkan ke dunia, Tuhan telah menjadikan setiap makhluknya mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai seorang manusia, kita mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada makhluk yang lain yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Aku tidak bersetuju sekiranya ada yang mengatakan yang mereka tidak ada bakat dalam satu apapun perkara. Ada, cuma korang tak sedar dengan kelebihan a.k.a keistimewaan yang korang miliki. Korang cuma terlepas pandang. Hmm..bakat apa ah?

Friday, July 16, 2010

Bluedianthus kini pengarang di IM Todays?

Entri ini ditulis semasa menunggu masa untuk pulang ke rumah. Semoga korang yang akan balik kerja sebentar lagi akan sentiasa mengamalkan sikap sabar semasa memandu di jalan raya. Kalau trafik banyak di blog memang hati gembira bukan kepalang. Tapi kalau trafik banyak di jalanraya, rasa macam nak bunyikan hon sepanjang perjalanan. Jangan tension sangat, nanti otak pun gagal berfungsi dengan baik, hilang sabar dan terus memotong kenderaan tanpa mengendahkan risiko nyawa. Ingat yang tersayang okies. :)

Thursday, July 15, 2010

Mencari lubuk duit melalui Facebook

Facebook merupakan jaringan sosial yang paling berkuasa dan mendapat tempat kedua selepas enjin carian Google. Hampir semua ahli keluarga aku mempunyai akaun facebook (akaun daddy aku akan dibuat selepas entri ini di atas permintaan Daddy tersayang untuk mencari rakan-rakan lama). Kalau tanya budak kecil umur 9 10 tahun pun mereka pasti akan tahu. Jarang yang cakap tak tau. Setiap hari berjuta-juta orang dari seluruh dunia akan update status di Facebook tak kira la samada daripada laptop, handphone, iPod dan macam-macam aplikasi lagi. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi. :)

Wednesday, July 14, 2010

Kegunaan PageRank dan Alexa Rank pada blog..

Sudah lama aku tidak menulis entri semasa rehat tengahari. Aku ucapkan selamat makan tengahari kepada mereka yang makan tengahari dan selamat berdiet kepada mereka yang nak berdiet hari ini. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba, bermacam-macam persiapan bakal dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Masa inilah yang paling penting terutamanya dalam merancang kewangan dan perbelanjaan. Maklumlah dekat nak puasa dan raya ni, aliran wang ringgit akan laju macam air paip. Jadi, selagi boleh berjimat, berjimat cermat la..okies? :)

Tuesday, July 13, 2010

Peluang sentiasa terbuka..

Nampaknya aku terlupa setiap hari Isnin aku harus mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tapi tak mengapa la. Hari ini,  aku masih nak kongsikan juga prestasi iklan Nuffnang yang melekat sebagai buffered campaign di blog Bluedianthus yang mungkin tak seberapa di mata korang, tetapi sangat seberapa dan bermakna bagi aku. Terima kasih Nuffnang. :) Aku harapkan juga akaun Nuffnang korang semuanya masyuk-masyuk belaka. :)

Mencari rentak untuk bergelar usahawan internet

Mungkin aku adalah orang terakhir yang menerbitkan entri kemenangan pasukan Sepanyol yang telah menjuarai Piala Dunia 2010 ini. Tak sia-sia aku berjaga sampai pukul 5pagi, hehe.. Mengenai Paul The Octopus pula, berita melaporkan dia akan bersara dari menjadi tukang tilik. Aku sokong tu, sebab ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Apapun, itulah keunikan ciptaan Tuhan, binatang juga cerdik. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu sandaran untuk kita percaya. Semuanya hanyalah kebetulan. Yang penting, Sepanyol layak menjadi juara dan sekaligus membawa pulang 30 juta wang dollar Amerika tu.

Monday, July 12, 2010

Bluedianthus nak cari kebebasan?

Macam mana dengan posing aku ni? Ada gaya model tak? Haha...Sebenarnya gambar ini diambil kelmarin oleh adik aku secara candid. Masa ini aku tengah melayan monolog aku sendiri sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru di negeri bawah bayu ini.  Lama rasanya aku tak melihat pantai dan berkaki ayam berjalan di pantai yang indah. Haha...jiwang la pula.. Adik ambil gambar guna kamera dari handphone je..gambar tak berapa clear, minta maaf.. :)

Saturday, July 10, 2010

Produk halal tanggungjawab bersama

Dulu waktu aku belajar di Semenanjung tanah air, semua kawan-kawan seperjuangan aku dalam mencapai cita-cita di menara gading adalah beragama Islam (teman serumah la katakan..). Aku senang dan suka berkawan dengan mereka ini sebab dengan mereka aku rasa selamat. Aku menolak untuk tinggal bersama dengan kawan-kawan perempuan yang berbangsa Cina bukan apa, kerana minda mereka mungkin sedikit terbuka mengenai pergaulan di antara lelaki dan perempuan dan mereka bebas membawa kawan lelaki mereka masuk ke dalam rumah. Walaupun tidak melakukan apa-apa di luar batasan moral, ini merupakan satu perkara yang agak menakutkan bagi aku.

Mencari Designer untuk blog?

Setiap blogger mahukan blog mereka cantik dan kemas dipandang. Dulu waktu aku mula-mula berblogging, memang template blog ini jauh ke laut, haha.. Yang aku tau, aku hanya menulis untuk diri sendiri sahaja. Tak kisahlah kalau ada orang yang membaca blog aku ke tidak. Kalau nak cerita tentang nak buat banner, nak buat header, aku memang main bantai je ikut suka hati aku. Walaupun aku ni belajar dalam bidang IT dan Multimedia, ciri-ciri yang baik untuk sesebuah blog jarang aku praktikkan.

Thursday, July 8, 2010

Makanan nostalgia zaman persekolahan...

Kenangan terindah aku sewaktu bersekolah dulu tentang makanan ialah, dengan duit 10sen aku dah boleh makan nasi lemak masa rehat. Kuih pisang 10sen dah kenyang sebab saiz kiuh yang besar. Masa tu, duit saku 50sen pun dah kira banyak sangat. Itu dulu-dulu zaman persekolahan aku la. KFC, McDonald, Pizza Hut aku memang tak pernah terfikir akan dapat makan semua tu. Maklumlah, keadaan keluarga yang sederhana. Lagipun, makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Tapi sekarang ni dah lain, Paul the Octopus a.k.a  peramal Piala Dunia 2010 pun rakyat Argentina nak makan. Apa kes sempit sangat pemikiran tu? Nak salahkan sotong kurita pula. Ada-ada saja dunia sekarang ni. 

Bila Bluedianthus mula berdiet..

Pasukan Sepanyol berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu Belanda untuk merebut Piala Dunia 2010 dan juga merebut wang dollar Amerika berjuta-juta dollar tu. Hehe..macam pembaca berita pula aku ni. Apapun, aku rasa Sepanyol memang wajb menang sebab corak permainan mereka cantik dan sebenarnya boleh mendapatkan gol lebih daripada 1. Tak mengapa la, adat pertandingan kan. Rezeki masing-masing.

Wednesday, July 7, 2010

[Review] Teknik killer membina senarai email

Seperti yang dijangka, Belanda menempah tiket ke perlawanan akhir..tapi aku puji juga corak persembahan yang diberikan oleh pasukan Uruguay. Belanda menang tipis 3-2, silap-silap haribulan boleh kalah tu. Awal pagi esok aku harapkan Sepanyol akan menang dan berjumpa dengan Belanda untuk perlawanan akhir nanti. Oh, ini bukan kes Argentina yang dikalahkan oleh Jerman tempoh hari ok, hehe..

Tuesday, July 6, 2010

Kesibukan underground di dunia online...

Kadang-kadang blogger juga mempunyai agenda yang tersendiri di dunia online dan mungkin juga pada satu-satu masa akan kurang menghasilkan sesuatu yang kurang memberi maklumat kepada pembaca setia blognya. Dunia blogger secara part-time dan full-time tidak sama.. Blogger part time biasanya akan menulis apabila berkongsi sesuatu yang dirasakan patut dikongsikan, patut ditegur dan patut dibahas bersama..dan lazimnya ia berbentuk peribadi, mungkin dengan teknik penceritaan melalui pengalaman yang baru dialami sebentar tadi. 

Monday, July 5, 2010

Isnin yang bakal memenatkan..

Entri ini diterbitkan awal pagi ini kerana aku akan sibuk menguruskan urusan adik aku mendaftar masuk universiti, urusan PTPTN, wang pendahuluan pinjaman dan lain-lain lagi. Aku akan menjadi driver untuk segala urusan pada hari ini. Tak mengapa, demi adik tercinta dan tersayang, akan aku lakukan. Hehe.. Biasalah, dulu masa aku sambung belajar di semenanjung nun aku belajar erti survivor, bagaimana untuk berdikari. Untung jadi adik sebenarnya ni sebab ada abang kakak nak tolong. :)

Friday, July 2, 2010

[Motivasi] Berbaik sangka, hilang sengketa..

Satu perkara yang paling mudah dilakukan untuk memberi suatu minda yang positif adalah dengan berbaik sangka di antara sesama manusia. Bukan semua manusia yang tinggal di sesuatu kawasan itu tidak baik dari segi lahiriah sejak azali. Setiap manusia diberikan hati nurani untuk membuat keseimbangan atas perlakuan dan natijah yang bakal terjadi. Malaysia merupakan satu teladan yang baik dalam merealisasikan satu budaya yang menjadi contoh bagi semua negara di dunia ini. Sesungguhnya, perjalanan membina negara bangsa di Malaysia perlu sentiasa diperjuangkan..kerana ianya bukan suatu destinasi tetapi pengembaraan infiniti sehingga dunia hilang lenyap suatu masa nanti. 

Buka minda, berbaik sangka buang sengketa..


Thursday, July 1, 2010

Demam Piala Dunia melanda GoDaddy Dot Com

Hello korang semua..entri kali ni pendek je.. Sesiapa yang nak beli domain baru, Godaddy sekarang memberi kupon diskaun pembelian domain untuk Dot Com berharga $0.99 sahaja. Harga sebenar domain ialah $11.44 kerana bermula Julai 2010 harga domain akan dinaikkan. Jadi ini adalah peluang keemasan untuk sesiapa nak domain baru. Kod diskaun ialah: SOCCER99. Kod diskaun SOCCER99 nie akan luput selepas 10,000 redemptions atau pada 2 Julai 2010, yang mana terdahulu...

Mengikut pengalaman aku, kurang 24jam daripada pemberian kupon diskaun ini, kod tersebut akan tamat tempoh a.k.a invalid. Jadi siapa cepat dia dapat. Aku seperti biasa telah membeli satu lagi domain dot com baru sebentar tadi (jam 10:40PM waktu Malaysia ya.. hehe..). Aku demam beli domain je sekarang ni. Macam biasa boleh beli guna kad debit..lebih selamat dan berbaloi-baloi :)

Bluedianthus masih sempat membeli domain baru

p/s: Sila retweet untuk memberitahu rakan-rakan yang lain kalau korang rasa entri ini penting a.k.a beguna.. :)


Slot iklan banner dibuka untuk tempahan sekarang..

Entri petang sementara menunggu traffic jam reda di kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hujung minggu ini merupakan pendaftaran pelajar baru yang bakal bergelar siswa dan siswi. Adik aku yang baru menamatkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Labuan pun akan turut sama mendaftar. Sementara seorang lagi adik aku telah berhenti daripada pengajian Matrikulasinya kerana mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan di Institut Perguruan Gaya (IPG), Sabah juga telah mendaftar pada hari Isnin lepas. Orang yang paling sibuk adalah Daddy dan Mummy aku yang tersayang. Aku rasa mereka lagi lagi risau berbanding dengan adik-adik aku ni. hehe... Apapun, aku bangga dengan pencapaian kedua orang adik aku ni. Adik bongsu aku pula akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. Oh, kalau nak berkenalan dengan keluarga Bluedianthus, boleh je tengok entri pra-pengenalan keluarga Bluedianthus yang eksklusif tu ye..hehe..
Related Posts with Thumbnails