Maaf, Bluedianthus sedang sibuk dengan proses pemindahan ke hosting baru untuk domain Warnnie Musah Dot Com. Selain itu ada juga urusan yang utama perlu diuruskan. Jadi entri yangditerbitkan juga ringkas dan tidak terlalu berat untuk tontonan pembaca blog ini. Sekiranya ada pengunjung setia yang perasan, blog ini telah dikurniakan buffered earning yang baru iaitu MyDeal.com.my.
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
[Review] Panduan Asas Paypal Terkini telah muncul..

Semasa korang membaca entri ini, mungkin harga Panduan Asas Paypal ini telah pun dinaikkan kepada RM30.00 (kalau bernasib baik harga masih lagi RM20.00). Tetapi aku rasa harga yang diberikan ini amat berbaloi dan sekalipun harganya dinaikkan kepada RM50 aku tetap sudi membeli produk keluaran SmartZul ini. Hmmm? Kenapa aku masih nak membeli Panduan Asas Paypal ini walaupun aku telah mempunyai akaun Paypal jenis Premier yang sudah diverified??
Masa untuk rehat..
Seperti biasa ni, tengahari adalah masa yang paling sesuai untuk aku mengemaskini blog yang tak seberapa popular ni. Masa untuk relax dan meluahkan pendapat secara spontan. Oh ya, semalam aku tak blogwalking kerana tidur lebih awal daripada biasa. Perlawanan bola di antara Belanda dan Slovakia pun aku sempat tengok separuh masa pertama je. Apapun, seperti yang diramalkan Belanda dan Brazil menang perlawanan masing-masing.
Monday, June 28, 2010
Isnin terakhir dan cek Nuffnang pertama Bluedianthus..
Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan Jun sebelum kita melangkah ke pertengahan tahun kedua untuk tahun 2010 ni. Macam mana dengan azam korang? Ada yang tercapai ataupun melebihi sasaran 50% siap? Aku doakan segala perancangan yang korang lakukan akan berjalan dengan jayanya. Mudah-mudahan.
Baiklah seperti biasa pada hari Isnin, aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tetapi sebelum itu, perlawanan bola di antara England dan Jerman semalam sangat mengecewakan. Manakala Argentina masih terus cemerlang terbilang dengan rekod tanpa kalah setakat ini. Memang asam garam dalam perlawanan kan. Kena tunggu 4 tahun lagi untuk beraksi di temasya terbesar Piala Dunia 2014 nanti.
Sunday, June 27, 2010
Sejam sebelum hari baru bermula..
Semasa entri ini ditulis, perlawanan di antara England dan Jerman sedang berlangsung. Entahlah apa keputusan malam ini, tapi mungkin Jerman boleh menang, 3-2..haha, pandai-pandai je Bluedianthus ni.. :)
Hmm...sebenarnya kebelakangan ini Bluedianthus jarang menulis kerana sedikit kecederaan yang dialami di tangan kanan. Seminggu nak baik tangan kanan aku ni. Walaupun tak nak minta simpati daripada kawan-kawan blogger, entri ini adalah sebagai kenangan aku mendapat kemalangan kecil, hehe..
Friday, June 25, 2010
Entri di subuh hari...
Jam sekarang menunjukkan pukul 3:05 pagi. Masa ini aku sedang ditemani oleh perlawanan bola sepak Piala Dunia, Cameroon menentang Neatherlands. Dan pada waktu ini Neatherlands sedang mendahului dengan 1-0. Sukar nak meramal siapa yang akan menang. Tapi aku rasa Neatherlands akan mara ke pusingan seterusnya, Teka score, Neatherlands 2 - Cameroon 1, hehe. Pandai-pandai je Bluedianthus ni. :)
Thursday, June 24, 2010
Masa untuk withdraw 2...
Akhirnya, England mendapat markah penuh semalam walaupun hanya menang tipis 1-0 kepada Slovenia. Tapi itu sudah memadai untuk mereka disenaraikan dalam 16 pasukan untuk pusingan ke 2. Harap-harap selepas ini mereka akan lebih berusaha gigih terutamanya dari segi corak permainan. Rajin dan usaha tangga kejayaan.
Wednesday, June 23, 2010
England..bila nak dapat Full Mark ni?
Malam ini malam paling kritikal untuk pasukan dari England, negara yang sememangnya sinonim dengan Liga Premier Inggeris EPL. Entah apa sudah jadi dengan negara ni... Mudah-mudahan malam ini mereka dapat menewaskan Slovenia. Mungkin belum mendapat rentak lagi. Mungkin corak permainan mereka lebih bersifat individualistik berbanding negara lain seperti Argentina dan Portugal (negara Latin memang mantap tahun ni). Kena menang ni, tak boleh seri. Hmm..tak nak komen banyak-banyak, tak tau sangat ni. :)
Monday, June 21, 2010
Ruang iklan PERCUMA untuk seminggu...
Entri ini diterbitkan setelah aku selesai menonton perlawanan di antara Portugal dan Korea PRK. Berpesta gol Portugal malam ini, 7-0. Apapun, memang malam ini adalah malam untuk Portugal yang aku nampak sangat mantap dari segi teamwork. Walaupun aku ni tak berapa pandai sangat tengok cara permainan bola, yang aku tau pemain Portugal macam bermain bola sekadar untuk memanaskan badan sahaja. Kesian juga dengan Korea.
Siapa Remedy?
Ini merupakan entri pilihan Bluedianthus minggu lepas. Tetapi aku baru sahaja membacanya hari ini kerana baru habis bercuti sehingga kelmarin. Siapa Remedy? Ni nak cerita la ni.. Sebelum itu, selamat menjamu makanan tengahari aku ucapkan kepada mereka yang nak keluar makan di waktu rehat ini. :)
Masa berbulan madu dah habis
Hari Isnin, hari bekerja, hari sekolah untuk semua manusia di bumi ini. Bukan honeymoon lagi ya. Tak kiralah samada mereka bekerja sendiri atau bekerja untuk orang lain. Yang penting, kita kena bekerja untuk meneruskan kehidupan kita. Kelmarin merupakan hari Bapa seluruh dunia. Aku dan adik-adik aku ada membelikan hadiah untuk Daddy dan juga Mummy kami yang tercinta, tapi tak sempat bagi sebab semua orang masuk tidur awal. Mungkin malam ini baru bagi hadiah-hadiah tu. Siap dengan kad buatan sendiri lagi..hehe..Tapi, jangan lepaskan peluang membeli tiket sempena Jualan Syok Bola AirAsia. Ini masa terbaik beli tiket tau.Nak melancong ke mana pula ya? Aku tak terfikir pula.
Saturday, June 19, 2010
Sesi pra-pengenalan keluarga Bluedianthus..
Tak payah panjangkan cerita dan tak payah terkejut sekiranya entri ini diterbitkan. Entri ini sememangnya telah disetkan untuk keluar di dalam blog ini. Jadi taklah korang ternanti-nanti kehadiran entri baru Bluedianthus. Hehe... macam la blog ini ramai pembaca? Ada juga ke silent reader dalam blog ini? Aku ni memang silent reader kepada beberapa blog. Jadi, sila pastikan blog korang dilindungi dengan rapi, hehe... Gurau.. :)
Friday, June 18, 2010
Ingat Biru, ingat Bluedianthus...
Menjelang tengah malam ini, aku sibuk mencari maklumat mengenai sesuatu.. Ya, sesuatu. Rahsia, hehe.. Tak la, tengah buat laman tawaran untuk produk affiliate yang aku promosikan. Sambil-sambil tu tengok drama "Bola Saka" di TV 2. Memang deman habis seluruh dunia ni kan. Tapi, sekarang ni negara Perancis dilanda banjir. Mudah-mudahan berita ini tidak menganggu-gugat ketenteraman pemain Perancis yang mempunyai keluarga di sekitar kawasan yang dilanda banjir.
Thursday, June 17, 2010
Masa untuk withdraw
Masa rehat ini, aku masih lagi melakukan aktiviti seperti biasa di alam maya. Mencari peluang, mencipta peluang dan juga membuka ruang untuk memberikan sesuatu maklumat yang berguna kepada pembaca blog ini. Apapun, selamat menjamu makanan tengahari aku ucapkan kepada korang yang sedang dan telah pun habis makan tengahari. :)
Rezeki di laut maya..
Semalam aku tidur awal, jadi entri ini diterbitkan lebih awal hari ini. Hmm..apa kaitan, hehe.. Apa yang aku nampak demam widget Wawwi Matrix Blogwalking (WMB) semakin hebat melanda para blogger. Tak mengapa, the more the merrier kata orang putih. :) Masih ada lagi yang kurang faham dengan perjalanan WMB ni. Secara ringkas apa yang aku faham, WMB ni blogwalking berbentuk network (ala-ala MLM dan PTC). Lebih banyak network yang dibina, maka potensi orang melawat blog kita lebih tinggi. Autospillover juga membantu downline lain. Itu yang aku faham, betulkan aku kalau salah ya. Jangan lupa dapatkan tutorial WMB ini, dan jangan lupa melawat Blog Gengblogwalking. :)
Wednesday, June 16, 2010
Subscriber yang setia...
Di waktu tengahari begini, aku memeriksa email di blog motivasi aku. Selepas aku memaklumkan subscriber blog aku mengenai blog yang telah boleh diakses kembali dua hari lepas, di samping itu aku juga bertanya khabar dengan mereka dan juga memberikan tawaran istimewa untuk produk baru yang aku promosikan. Tengah demam bola ini aku pun bertanya pasukan pilihan mana yang mereka sokong. Kemudian hari ini soalan itu ditujukan balik kepada aku...hehe..
Tuesday, June 15, 2010
Rehat dan dunia online bahagian 2..
Sekali lagi aku mengambil kesempatan untuk mengemaskini blog Bluedianthus ini. Ni nak buat pengumuman sedikit untuk korang, blog Warnnie Musah Dot Com telah pun pulih sepenuhnya daripada masalah server. Apapun, tema blog itu juga telah bertukar dan masih dikemaskini. Terutamanya pada bahagian header. Nak modify header juga. Apapun, mungkin proses kemaskini agak lembab sebab ada banyak lagi kerja yang lain. Kalau ada masa free barulah update blog tu. Shoutmix juga telah dibuang.
Monday, June 14, 2010
[Tutorial] Pasang Widget Wawwi Matrix Blogwalking
Ini adalah entri ketiga untuk hari Isnin ini, rajin juga Bluedianhus update entri baru kan. Hehe.. Taklah, sebenarnya aku dah janji dengan kawan-kawan blogger yang lain untuk memberi panduan memasang widget seperti kat sebelah ni iaitu Wawwi Matrix Blogwalking. Kata itu kota...apapun, jom terus kepada agenda utama. :)
Penulis
BLUEDIANTHUS
Ditulis pada
6/14/2010 10:19:00 PM
[Tutorial] Pasang Widget Wawwi Matrix Blogwalking
2010-06-14T22:19:00+08:00
BLUEDIANTHUS
pasang widget Wawwi Matrix Blogwalking|tutorial|
Comments
Rehat dan dunia online..
Masa ini aku sedang bersantai-santai di makmal aku. Masa inilah yang aku nanti-nantikan, nak online dan buat apa-apa kerja yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan sekurang-kurangnya untuk membeli topup Celcom, hehe.. Hari ni aku diet makan tengahari sebab berat badan dah naik. Sungguh fobia aku dengan kegemukan...tau sajalah dengan ketinggian tak sampai 150cm ni, kalau gemuk lagi la...huhu... Berkubur harapan nak masuk pertandingan Top Host, hehe..
Hari Isnin yang ceria..
Selamat pagi untuk korang semua yang masih lagi sudi mengujungi blog Bluedianthus yang sudah pun bertukar wajah pada hari Piala Dunia bermula. Nampaknya ramai juga yang perasan perubahan blog Bluedianthus ini. Apapun, nampaknya kehadiran tema baru pada blog ini juga membuatkan aku lebih bersemangat untuk menulis entri baru. Tapi aktiviti blogwalking sudah berkurangan, banyak lagi aktiviti yang memerlukan tenaga yang mencukupi untuk dilakukan. Jangan lupa malam nanti ada tutorial mengenai cara meletakkan widget hidden shoutmix kat sebelah kanan blog ini.
Sunday, June 13, 2010
Hujung minggu bersama cerita aksi Jackie Chan..
Hujung minggu ini aku tak ada aktiviti yang dilakukan, hanya duduk diam di rumah sambil menonton filem Jackie Chan "Accidental Spy" yang sekarang ni tengah bersiaran di tv2. Aku tak keseorangan, ada Meng Meng Cheng, kucing kesayangan keluarga aku yang manja di sebelah aku. Mummy dan Daddy sekarang ni dalam perjalanan untuk membawa adik-adik aku pulang daripada aktiviti gereja sejak khamis lepas. Aku harap perjalanan mereka berjalan dengan lancar.
Friday, June 11, 2010
Anda berubah, atau otak anda yang berubah?
Macam mana dengan tema baru blog Bluedianthus ni? Korang suka atau masih sukakan template yang lepas? Kalau korang tak setuju dengan tema ni, bolehlah berikan cadangan yang bernas untuk Bluedianthus okies. :) Apapun waktu tengahari ni aku sibuk menyusun buku-buku yang berselerak di atas meja. Tapi sempat lagi aku membelek majalah Reader's Digest dengan cover muka depan terkenal di seluruh dunia, Michelle Yeoh. Bangga juga ada artis Malaysia jadi artis Hollywood kan. :)
Thursday, June 10, 2010
Dollar dibayar 2...
Agak sibuk dengan aktiviti offline sekarang ini. Apapun, semoga korang gembira dengan aktiviti blogging korang seharian. Masa untuk membaca blog lain juga terhad, huhu.. Ok, kat bawah ni aku nak bagi screenshot tentang program PTC yang aku join. Dan aku dengan rasminya mengumumkan bahawa program PTC ini bukannya scam seperti program PTC yang lain. Buktinya sebab aku dah menerima bayaran daripada pihak PTC tersebut.
Tuesday, June 8, 2010
Aku boleh, aku mesti boleh...
Aku baru saja membaca satu topik dalam sebuah ebook bertajuk I can Therefore I Will. Membaca amalan mulia dan leaders are readers, kata-kata daripada Donald Trump yang aku tak boleh nak erase dari otak aku ni. Kepada mereka yang gemar membaca aku ucapkan syabas dan teruskan minat korang tu. Dan jangan hanya membaca satu jenis bahasa sahaja. Bahasa ilmu a.k.a Bahasa Inggeris juga kita kena baca tiap-tiap hari.
Monday, June 7, 2010
Nota cinta dari Sabah..
Hari Isnin menjelma lagi..hari yang ceria untuk para blogger untuk memeriksa akaun Nuffnang mereka. Semoga income korang bertambah dan bertambah banyak lagi, amin.. :) Bluedianthus sekarang ni sibuk dengan aktiviti yang memerlukan fokus yang lebih dan aku minta maaf kalau aku tak membalas lawatan korang di blog ini. Apapun, blogging itu indah dan fleksibel.
Friday, June 4, 2010
[Tutorial] Beli Domain dari NameCheap Dot Com
Kelmarin aku telah membeli satu lagi domain daripada namecheap.com. Niche domain adalah mengenai produk kecantikan yang memang laku macam pisang panas di pasaran. Siapalah tak suka cantik kan. Tapi nak beli kat kedai, malas pula nak berhadapan dengan penjual yang mengesyorkan produk yang mungkin tak sesuai dengan kita. Lebih baik beli secara online kan. :) Mentang-mentanglah entri sebelum ni tentang kecantikan dari dalam kan..
Tag:
beli domain,
tutorial
Kecantikan dari dalam...
Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Orang kata bagai irama dan lagu. Tapi, sekarang ni tidak kiralah samada perempuan ataupun lelaki, perkara pertama yang dilihat pada seseorang adalah rupa parasnya. Baru-baru ini aku membaca kisah kontroversi Unduk Ngadau Pesta Kaamatan 2010. Dua hari lepas juga aku ada mendengar siaran radio berbahasa dusun tentang isu ini. Hebat juga diperkatakan tentang perkara ni. Apapun, tidak ada ciptaan Tuhan yang tak cantik. Semuanya cantik mengikut waktunya.
Thursday, June 3, 2010
Keputusan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam...
Keputusan peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 sudahpun dikeluarkan seawal 31 Mei lalu. Keputusan peperiksaan Ujian Artis Budaya gred B17 juga telah diumukan. Sesiapa yang berkaitan boleh la masuk ke laman web tersebut dan masukkan nombor kad pengenalan.
82 hari lagi sebelum CBox didelete..
Bila bercakap tentang Chatbox ataupun CBox ataupun ShoutMix ini, aku nak bagitau status Premium untuk chatbox di blog Bluedianthus akan luput dalam masa 82hari lagi. Dan aku masih dalam perkiraan untuk menyambung status Premium ataupun buang terus daripada blog aku ini. Macam merajuk je bunyinya kan.. ^_^Wednesday, June 2, 2010
[Review] Kamus Perniagaan Internet dalam Bahasa Melayu
Okies, Bluedianthus telah kembali semula ke makmal, dan entri ini adalah entri yang telah disetkan masanya untuk muncul sebagai entri pertama di hari Rabu ini. Untuk korang yang ke pejabat tu jangan lupa bawa payung ye. Maklumlah, sekarang ni musim hujan je memanjang. Jadi, sediakanlah payung sebelum hujan.
Tuesday, June 1, 2010
[Motivasi] Kehidupan ideal manusia
Selamat sejahtera aku ucapkan untuk semua pembaca blog ini. Aku tak sedar dah hari selasa hari ini. Aku tidak ada pun membuat entri mengenai Nuffnang kelmarin. Tapi tak apa la, nanti-nanti aku akan kongsikan lagi ya. Lagipun, buffered campaign yang baru belum lagi melekat di blog ini. Semua buffered earning sudahpun menjadi metered earning dan aku telah pun pun membuat cashout kali kedua. Kali ini earning tidak mencecah 3 angka, 2 angka je tapi teruja sebab ini kali pertama dapat mencapai minimum cashout dalam masa sebulan. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)





























