Hari ini hari Bluedianthus sibuk dengan aktiviti luar dan mengemaskini blog bukan lagi satu keutamaan untuk aku. Pun begitu, aku masih lagi meringankan tangan untuk menulis beberapa patah perkataan untuk memberi blog ini bernafas daripada entri kelmarin. Bagaimana dengan hujung minggu korang? Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama tak? Apapum, aku harapkan agar hujung minggu korang sentiasa ceria dan gembira. Amin... ^_^. Hmmm...kali ini aku hanya ingin bercerita serba sedikit mengenai sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh kaum aku, Dusun-Kadazan...
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
Di mana kan kucari ganti...
Ding Dong...jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. Genaplah 37 tahun pemergian allahyarham Tan Sri P Ramlee. Namun kenangannya masih lagi bersama kita, masih segar dengan segala "buah tangan" yang ditinggalkannya untuk kita. Filem-filemnya masih malar segar a.k.a "basah" di minda dan juga dalam ruang memori. Aku masih ingat, sewaktu aku berada di tingkatan 3, aku mengambil tajuk tokoh sebagai kajian tempatan aku. Aku membeli semua buku-buku yang berkaitan dengan P. Ramlee untuk mencari fakta dan juga latarbelakang kisah hidupnya.
Friday, May 28, 2010
Apa salah Bluedianthus?
Akhirnya, Bluedianthus membuka ruang iklan melalui SMS di sebelah kiri blog ini. Kalau nak tau, ini adalah sistem yang dikendalikan oleh pihak Fortumo. Jadi aku akan menggunakan platform kepopularan(popular ke?perasan je Bluedianthus ni, hehe..) blog Bluedianthus untuk mencuba aplikasi ini. Jadi aku akan menjalankan test drive sistem ini. Kalau ada apa-apa perkembangan aku akan updatekan di sini. Oh ya, kepada korang yang nak beli domain $0.99 kat Godaddy tu, kod promosinya dah tak valid lagi. Ramai yang mengeluh terlepas. Jadi pastikan korang sentiasa alert untuk promosi dari Godaddy.com ini ya. ^_^
Tag:
berita,
bluedianthus
Sudah-sudahlah...
Hari ini santai sedikit. Cuaca pun mendung je kat luar, ini yang membuatkan aku tak berapa gemar nak keluar untuk membeli barang-barang keperluan. Hmm...tak apa, tulis sesuatu yang boleh membina minda pada pagi ini. Buat mereka yang beragama Buddha aku ucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Semoga bergembira bersama keluarga dan merapatkan jurang silaturahim yang kian renggang kerana komitmen dan tuntutan terhadap tugas. Keras benar gambar entri kali ini. Kenapa agaknya Bluedianthus ni ya? Ya, tentu ada sebabnya..
Thursday, May 27, 2010
Pemberitahuan tergempar...
Hello untuk korang-korang semua. Kali ini entri mengejut aku publishkan untuk tatapan korang semua. Domain di Godaddy berharga $0.99 sahaja. Siapa yang nak beli domain boleh beli menggunakan kad debit ataupun kad kredit (aku cadangkan kad debit lebih selamat dan berbaloi-baloi). Beli melalui akaun Paypal tak boleh ye. Kemudian siapa yang dah ada hosting tu, boleh je letak addon domain. Itulah kelebihan hosting yang membenarkan unlimited addon domain..^_^
Mari belajar peraturan "Golden Link"
Satu daripada cara utama Google memberikan PageRank adalah dengan jumlah backlink blog kita. Tapi banyak backlink tidak berguna sekiranya backlink itu tidak berkualiti. Yang paling penting adalah berapa banyak backlink yang berkaitan. Contohnya macam blog aku ni, niche blog aku adalah personal. Jadi backlink yang berguna adalah daripada blog yang berbentuk personal juga. Tapi kena ingatlah peraturan "Golden Link", lebih baik ada backlink daripada tidak ada langsung. Apapun, aku memang tidak akan menolak untuk memberikan link exchange sekiranya ada yang menjemput untuk saling bertukar link. Musuh jangan dicari kan..^_^
Wednesday, May 26, 2010
5 minit rehat di makmal bersama Bluedianthus
Waktu rehat tengahari aku diam-diam je kat makmal sambil buat aktiviti kesukaan aku iaitu membaca blog orang lain. Dalam pada masa yang sama aku tengah minum milo, untuk jadi kuat dan sihat, hehe... Aku tau masa sekarang ni memang masa nak bermalas-malas je kan. Maklumlah nak waktu rehat dah. Tapi, janganlah rehat berlebih-lebih pula ya. Apapun, suka aku berkongsi dengan korang duit paypal yang aku transferkan minggu lepas telah pun selamat berada dalam akaun Maybank aku. Itulah sebabnya aku letak logo Paypal dalam entri kali ini. Paypal memang memudahkan kita. Apapun, berjimat-cermat amalan mulia. ^_^
Tuesday, May 25, 2010
Servis dibayar...
Semalam semasa melakukan aktiviti blogwalking seperti biasa, ada blogger yang mengatakan aku "mengamuk" sebab sampai 4 entri dalam sehari dalam blog Bluedianthus ini. Tapi ada satu yang aku lupa letak dalam entri hari Isnin aku. Nak tau apa? Entri pilihan. Ya, entri pilihan aku tak letak dalam entri yang yang sekianlah banyaknya.. Tapi tak apa, kali ini aku nak bagitau juga entri apa yang paling menarik perhatian aku pada minggu lepas. Rata-rata blog minggu ini pula masing-masing mengeluarkan entri berkisarkan tentang Shahir yang baru sahaja dinobatkan menjadi juara Akademi Fantasia yang ke 8. Tahniah aku ucapkan kepada beliau, walaupun dia tak kenal aku..hehe..
Monday, May 24, 2010
[Review]: Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian Akhir

Ok, ini adalah produk review terakhir daripada aku untuk hari Isnin ni. Produk yang sungguh menarik. Sewaktu pra-pelancarannya aku telah membelinya daripada tuan punya produk. Sehingga kini aku masih lagi dalam proses mengemaskini laman web untuk dijual. Harap-harap selepas ni akan dapat hasil lah. Bagi aku tak salah mencuba untuk menimba pengalaman. Aku memang rasa tercabar kalau ada orang lain yang boleh buat, kenapa aku tak boleh buat. Penjualannya baru sahaj bermula pada bulan lepas dan masih hangat di pasaran terutamanya di WangCyber. Tapi kalau nak beli dengan harga berbaloi-baloi di samping bonus memikat bolehlah beli di forum WangCyber. Ada macam-macam tawaran yang menarik untuk dimiliki. Hmm...aku masih dalam proses mencuba. Ada apa-apa kemaskini atau khabar yang baik aku akan update dalam blog ini.
p/s: review kali ini agak pendek sebab keberhasilan daripada menggunakan produk ini belum dapat aku kecapi (chewah...) Apapun, rajin dan usaha tangga kejayaan. Aku belum putus asa lagi.. :)
Artikel Sebelumnya: [Review]: Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian 2
[Review] Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian 2
Sistem affiliate ini sangat penting dan tak hairanlah ramai di antara usahawan internet memlilih bidang affiliate untuk menjana pendapatan berganda daripada menjual produk orang lain. Sistem affiliate sangat penting untuk meluaskan lagi pasaran dan capaian pembeli. Jadi di sini akan wujudnya "win-win situation". Ianya bukan sahaja melibatkan pemilik produk dan agen yang menjualnya malah juga kepada pembeli yang sememangnya tercari-cari produk informasi yang berkaitan.
Penulis
BLUEDIANTHUS
Ditulis pada
5/24/2010 04:08:00 PM
[Review] Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk Bahagian 2
2010-05-24T16:08:00+08:00
BLUEDIANTHUS
review|
Comments
Tag:
review
[Review]: Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk
Ini adalah entri kedua aku pada hari ini. Untuk pengetahuan korang hari ini aku akan memberikan review untuk tiga produk. Bukan apa, ini adalah satu cara untuk aku membantu rakan usahawan yang lain yang aktif berforum di WangCyber. Review pertama ini adalah produk keluaran saudara Edwin mengenai Tawaran Hebat PLR dan MRR. Produk PLR dan MRR merupakan produk orang lain yang boleh korang jualsemula dan keuntungannya adalah milik anda 100%.
Penulis
BLUEDIANTHUS
Ditulis pada
5/24/2010 02:45:00 PM
[Review]: Hari Isnin masa untuk maraton 3 produk
2010-05-24T14:45:00+08:00
BLUEDIANTHUS
review|
Comments
Tag:
review
Apa, takkan ada hari Isnin sehingga minggu depan?
Ya, tak ada. Itupun kalau masih ada kesempatan nak melihat hari Isnin muncul semula pada hari ini. Jadi hargailah setiap hari Isnin yang kita lalui. Terasa begitu cepat masa berlalu kan...sungguh kita tak terkejar masa yang ada. Korang tak rasa macam tu ke? Macam jarum jam tu berputar dengan pantas..aku rasa..huhu...
Sunday, May 23, 2010
Kreativiti, sesuatu yang boleh dipelajari..
Kreativiti, sebenarnya setiap daripada kita mempunyai daya kreatif dalam diri kita. Cuma kita hanya perlu berani belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Hari ini kita bersantai-santai ya. Kita akan sama-sama merehatkan mata dengan melihat set-set origami yang telah aku dan kawan-kawan aku buat. Tak adalah kita asyik membaca sahaja kan. Kadangkala kita memerlukan sesuatu untuk memberi sedikit kelegaan pada retina mata kita. Huh, ayat formal ni, hehe.. Apapun, lari dari aktivti yang biasa merangsang kedua-dua otak sebelah kanan dan kiri. Jangan sia-siakan otak yang diberikan Tuhan. Okies, jom tengok apa-apa yang ada. ^_^
Saturday, May 22, 2010
Bluedianthus dan hujan kenangan...
Dulu aku sewaktu kecil suka bermain dengan hujan. Bagi aku, masa hujan adalah masa yang tidak akan aku lepaskan kerana masa hujan inilah aku dapat "membasuh" semua letih dan penat aku belajar. Bagi aku, hujan yang turun seperti dapat membawa dan membilas semua beban di dalam diri aku yang bergelar seorang pelajar. Bermain dalam hujan inilah yang sangat aku rindu sampai sekarang. Tapi biasalah, lepas main hujan kena marah dengan emak atau bapa (biasanya mak la kan..). Sekarang ni, tak boleh lagi dah sebab dah tua. ^_^
Friday, May 21, 2010
Bunga bukan sebarang bunga...
Jumaat ini Bluedianthus sibuk dengan urusan utama yang perlu diuruskan. First thing first. Kekerapan menulis pada minggu ini hampir setiap hari. Komen-komen pula masih belum dibalas. Tapi jangan risau, tengahari (masa rehat) nanti aku akan cuba membalas semua komen yang ada. Terima kasih aku ucapkan kerana sudi memberikan pandangan dan komen yang membina kepada Bluedianthus untuk terus berkarya dan menghasilkan entri yang dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada para pembaca blog ini. Aku juga berterima kasih kepada para blogger yang menulis artikel yang bermanfaat untuk semua. Nantikan hari Isnin nanti entri siapa yang akan menjadi entri pilihan hati Bluedianthus, ^_^
Thursday, May 20, 2010
Martha Stewart dan Twitter
Ya, Martha Stewart telah pun menjejakkan kaki ke bumi tercinta kita ini, Malaysia. Aku rasa kaum perempuan memang kenal dengan wanita paling berpengaruh di Amerika Syarikat dan Eropah ini. Martha Stewart akan mengadakan jelajahnya di Malaysia bermula 19 Mei hingga 26 Mei ini. "Madame, if you come here, I want to get your signature..huhu.." Inilah wanita berpengaruh yang aku nak jumpa selain daripada Oprah Winfrey dan Rachel Ray. Dapat bercakap dengan beliau melalui Skype pun jadilah. Besar kan angan-angan aku ni, hehe... Apapun, terima kasih Martha Stewart kerana sudi datang bertandang ke Malaysia selama 5 hari ini.
Wednesday, May 19, 2010
Ogawa, aku tidak mampu..
Ingatkan nak beli produk Ogawa ini sempena Hari Ibu dan Hari Bapa. Tapi kewangan belum mencukupi. Ogawa, aku minta maaf kerana tak mampu memilikimu (buat masa ini...) Ini membuatkan aku sunguh sedih sesedih-sedihnya (sila jangan gunakan ayat ini dalam karangan bahasa Melayu ok). Huhu..Apapun, ianya bukan keperluan tetapi lebih kepada memberi keselesaan dan menjadikan kualiti hidup lebih baik. Tak apa. Lepas ni Hari Bapa pula, korang ni dah sediakan apa-apa hadiah ataupun cendera kenangan untuk insan tersayang korang ni? Kalau belum, kena la cari ataupun lagi cantik dan memorable korang boleh buat sendiri hadiah khas untuk mereka yang telah berjerih payah menjaga kita selama ini. ^_^
Tag:
beli tiket AirAsia,
keluarga
Tuesday, May 18, 2010
Ebook Nuffnang, suatu perkongsian
Sambil menunggu traffic jem berlalu, aku buka blog kegemaran aku iaitu Blog Bluedianthus, hehe..Siapa lagi yang nak minat dengan blog kita kalau bukan pemilik blog itu sendiri kan. Apapun, sekiranya korang perasan aku semakin lupa diri dalam menulis blog ini, tegur-tegurlah aku. Teguran yang membina sangat bermakna..terima kasih.. ^_^
Tag:
download,
ebook free,
Nuffnang
Monday, May 17, 2010
Dollar dibayar...
Entri ini adalah entri automatik pada hari Isnin ini. Mungkin masa ini aku tengah menonton TV sambil makan malam bersama keluarga tersayang. Untuk pengetahuan, abang aku baru saja balik dari KL minggu lepas. Lama dah aku tak jumpa dengan abang aku yang satu-satunya dalam dunia ni. Makin kurus abang aku ni tak cukup makan. Apapun, aku gembira kerana dapat berjumpa dengan dia. Baru-baru ini dia terlibat dengan kemalangan. Langgar lari pula tu, sekarang ni kaki abang aku masih lagi ada kesan luka. Agak dalam juga luka dia tu. Harap-harap dia cepat sembuh. Doakan kesihatan abang aku ya kawan-kawan.. :)
Tag:
cari duit online,
Program PTC
Bluedianthus sudah habis bercuti..
Selamat pagi Malaysia, Bluedianthus kembali di alam siber, Bluedianthus kembali di alam blogging. Rasa sungguh bersemangat hari ini nak buat kerja. Maklumlah lama tak menghadap laptop dan komputer-komputer yang ada. Kelmarin merupakan Hari Guru dan juga merupakan perlawanan akhir Piala Thomas China menentang Indonesia. Tahniah aku ucapkan. Buat pasukan Malaysia ini bukan bererti kita akan gagal selama-lamanya. Ini adalah ruang untuk kita terus memperbaiki diri kita. Semoga semangat untuk merangkul piala Thomas tidak akan lebur. :)
Tag:
buffered earning,
memo isnin,
Nuffnang
Sunday, May 16, 2010
Terima kasih cinta versi Hari Guru..
Semasa entri ini ditulis, Bluedianthus masih lagi berada di kampung bersama dengan keluarga untuk memenuhi misi yang tertunda. Hehe...macam misi mustahak je (direct translation untuk Mission Impossible). ^_^ Jadi entri ini ditulis dua hari lebih awal. Banyak jugak idea aku menulis dalam masa satu hari ini ye. Tapi
Apapun, hari ini adalah Hari Guru Kebangsaan. Sambutannya berlangsung di negari Pahang Darul Makmur. Semoga segala aktiviti dan program yang dirancang berjalan dengan lancar hendaknya.
Tag:
selamat hari guru
Saturday, May 15, 2010
Budi Bahasa, Budaya Terpuji
Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku pada hari Sabtu ini. Sewaktu korang sedang membaca entri ini aku sekarang berada di kampung bercuti selama 3 hari 2 malam. Semoga korang yang balik ke kampung halaman juga sentiasa berhati-hati semasa memandu ke destinasi yang ditujui.
Bercakap tentang budi bahasa ini, aku teringat satu entri daripada problogger saudara Rohaizad tentang Anak Derhaka. Untuk pengetahuan korang, aku tak tengok langsung video yang dimuatnaik dalam Youtube itu. Sebab aku memang tak kuat semangat untuk melihat video sebegitu. Aku ingatkan tidak ada lagi manusia bergelar anak memarahi ibu dan bapa ataupun memperlekehkan ibubapa mereka. Rupanya aku silap besar.....
Friday, May 14, 2010
Bluedianthus bercuti 3 hari...
Hari Jumaat dah sampai, rasanya baru kelmarin aku menulis entri bertajuk "Empat hari lagi nak hari Jumaat". Cepat sungguh masa berlalu kan. Sekarang ni dah bulan Mei, tak lama lagi nak sampai pertengahan tahun. Memang masa sangat pantas dan tidak menunggu sesiapa. Nampaknya kenalah kita berlari mengejar masa dan bukannya berlari-lari anak lagi. Kalau tidak kita akan jauh ketinggalan, sedangkan masa sentiasa berdetik ke kanan dan bukannya ke kiri.
Thursday, May 13, 2010
Hari Belia 2010 dan suara harapan Bluedianthus
Rata-rata blogger di Malaysia merupakan golongan belia dan ini merupakan suatu perkembangan yang sihat. Taklah belia di Malaysia ini dianggap menggunakan internet hanya sekadar suka-suka kan. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah sedikit pendapatan sampingan melalui iklan yang diletakkan di dalam blog.
Wednesday, May 12, 2010
[Motivasi] Aku bukan problogger...
Blog-blog di Malaysia semakin berkembang pesat. Tak kiralah samada kita berblogging untuk diri sendiri ataupun menyediakan informasi mahupun berkongsi pendapat dengan pembaca blog di luar sana. Tak kisahlah samada kita berblog menggunakan platform Blogspot ataupun Wordpress, berbayar ataupun percuma, bagi aku isi kandungan blog yang penting. Setuju angkat tangan..hehe..
Tag:
blogger,
blogging,
pendapat,
problogger
Monday, May 10, 2010
Serlahkan matamu dengan FreshLook Ciba Vision
Jumaat lepas, aku dapat surat daripada Ciba Vision. Yang mengikuti perkembangan terbaru iklan Nuffang, mesti korang tahu, ini adalah company yang menghasilkan jenama terbaru contact lens FreshLook Illuminate. Aku pun saja la nak cuba sampel percubaan selama 3 hari. Walaupun aku tak berapa selesa nak guna kanta sesentuh ni tapi sekali sekala nak ubah penampilan tak salah juga. Hehe.. Teruja pula nak berkongsi kat sini. Kat sebelah ni, adalah surat yang aku terima, siap gambar depan blog lagi..hehe.. Jom santai sedikit, kita tengok gambar je la malam ni ok. Jadi korang-korang yang berkaca mata macam aku ni, boleh cuba contact lens dari Ciba Vision ni. :)
Tag:
aku,
testimoni contact lens
Empat hari lagi nak hari Jumaat...
"Bila la nak hari Jumaat ni, aku nak cuti dan berehat-rehat la di hujung minggu. Nak tengok kartun anime kegemaran aku, nak main game PS...main piano, main sorok-sorok, dan seterusnya..dan seterusnya..."
Dulu waktu aku masih di sekolah rendah selalu fikir benda ni. Aku rasa masa tu berlalu terlalu lambat. Tapi sekarang tidak lagi, sekarang ni macam nak hentikan masa pun ada sebab takut tua...hehe.. Apa nak buat, itu la kitaran dunia kan. Mungkin hari Isnin ini adalah hari yang baik untuk penjawat awam sebab gaji dinaikkan. Apapun, semoga korang terus berjimat cermat untuk masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang ya. Apalagi, lepas ni buat kerja tu dengan bersungguh-sungguh ok.. :)
Sunday, May 9, 2010
Terima kasih cinta versi Hari Ibu..
Pada suatu hari selepas hujan lebat, aku berjalan bersama seorang insan yang memberiku kesempatan untuk hidup di dunia ini. Aku melihat jalur-jalur halus melingkari langit. Sungguh indah pemandangan pada ketika itu, ingin rasanya aku bermain dekat dengan jalur-jalur halus itu.
"Itulah pelangi sayang..cantik kan?" Wajah manis itu tersenyum padaku. Aku tersenyum riang. Inkuiri ku mulai bertandang, "Pelangi...cantik nama benda tu. Macam mana pelangi terjadi?"
Friday, May 7, 2010
Senyumanmu penyembuh luka...
Jumaat datang lagi hari ini, tak sedar masa begitu pantas berlalu. Begitulah dunia, mana nak tunggu kita ni. Mahu tidak mahu, kita yang terpaksa mengikut rentak waktu yang berjalan dengan pantas meninggalkan kita. Bahan ujikaji kita pada hari ini adalah perkataan "SENYUMAN". Siapa yang tak pernah senyum seumur hidupnya sila angkat tangan? Hmmm...yang angkat tangan tu betul ke tak pernah senyum? ^_^ Korang pun mesti maklum, hanya dengan satu senyuman saja sudah cukup sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan terapi untuk jiwa dan hati yang sedang mengalami stress. Lagi satu, senyum tu tak perlu bayar..jadi murah-murahkan la senyuman korang tu ya.
Thursday, May 6, 2010
Kita buat, kita dapat....
Aku bersyukur pada hari ini aku masih mampu menarik nafas yang dipinjamkan Tuhan. Aku bersyukur juga kerana masih berada di dalam keadaan yang sihat walafiat. Aku harapkan agar korang juga berada dalam keadaa yang sama. Hari khamis, masa ini dikatakan orang sebagai hari produktiviti menurun. Tapi itu bukannya alasan kita untuk tidak memberikan tumpuan semasa bekerja. Semua keadaan dapat kita atasi menggunakan minda yang telah kita setkan sendiri di dalam otak kita. Kadang-kadang, kita juga harus memaksa diri sendiri untuk berdaya saing dan berfikir melangkaui kemampuan diri kita sendiri. Mudah-mudahan.. ^_^Wednesday, May 5, 2010
[Review] Hatimu segagah raja rimba Bahagian 2
Aku terpanggil untuk membuat entri khas bahagian kedua untuk entri [Review] Hatimu segagah raja rimba kerana terdapat sedikit perubahan masa tayangan bagi filem yang dinanti-nanti tahun ini, Robin Hood yang akan ditayangkan pada 13 Mei nanti. Hmmm...ada siapa-siapa tak yang nak bawa aku tengok wayang Khamis depan? Hehe..Selain daripada itu, aku cuba nak membawa korang mengimbau kenangan silam yang telah 41 tahu berlalu Apakah kenangan silam tersebut? Korang mesti dah tahu kan. Kalau dah tau, aku masih lagi nak ingatkan korang semua. Sebab inilah yang paling penting dalam sesebuah negara yang ada penduduk yang berbilang kaum macam kita di Malaysia ni.
Tuesday, May 4, 2010
Komisyen diterima...
Hari ni cuaca hujan dan sejuk di Kota Kinabalu.. Rasa nak balik dan tidur je tapi tugas harus dilaksanakan dengan sempurna. Malam nanti aku ada latihan koir. Malam ni balik lambat sikit, jadi lambat jugalah aku memulakan aktiviti blogwalking aku. Kepada mereka yang bercadang nak jalan-jalan malam nanti, sila berhati-hati di jalan raya ya.
Monday, May 3, 2010
Hari Isnin di alam siber
Isnin yang pertama dalam bulan Mei. Bulan Mei ini ada banyak lagi kisah-kisah menarik yang aku harapkan dapat berkongsi dengan korang semua, mudah-mudahan.Macam mana dengan korang pada hari ini? Semoga sihat-sihat saja di samping kerja korang ya. Kita ni dah memang ditakdirkan hidup di dunia ini untuk bekerja bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Sunday, May 2, 2010
Santai hujung minggu..
Hujung minggu selalunya kita rasa akan cepat berakhir. Esok dah hari Isnin. Tapi bagi para blogger macam kita ni, memang suka sangat kalau hari Isnin ni.. Kalau aku ni, memang hujung minggu jarang akan update blog. Nak online sejam pun payah kalau hujung minggu ni. Banyak sangat aktiviti bersama keluarga yang menarik akan dilakukan. Contohnya, aktiviti keluarga yang paling digemari ramai, T I D U R. Siap eja lagi ni, haha...
Tag:
entri hujung minggu
Subscribe to:
Posts (Atom)


































