LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Friday, April 30, 2010

[Review] Hatimu segagah raja rimba...


Dunia perfileman mengegarkan dunia dengan kehadiran Iron Man 2 apabila ia ditayangkan serentak di seluruh negara pada hari ini. Sesiapa yang ada menonton Iron Man yang pertama tentunya ternanti-nanti dengan kehadiran sekuel filem yang kedua. Aku belum ada kesempatan lagi nak menonton filem ini. Tapi aku yakin filem ini tentunya bertaraf Box Office. Macam mana Iron Man ini menghadapi kritikan daripada orang ramai setelah dia mengesahkan bahawa adalah Iron Man yang sebenar.Cuma tontonan ini bukan berlabel Umum, susahlah budak-budak nak tengok kan. Silap-silap mereka meniru pula aksi terjun dari bangunan 30tingkat dengan memakai kostum Iron Man. Oh, tak dapat aku bayangkan. Ibubapa yang mempunyai anak kecil sila alert ye.. Sila pantau kegiatan anak-anak..pesanan ikhlas dari Bluedianthus. Hehe..^_^

Bukalah hatimu...

Dunia semakin tenat, dunia semakin rosak, dunia semakin lesu. Dunia semakin berada di hujung kesudahan. Dunia sudah letih menjadi saksi segala yang ada di dalamnya. Kalau la pokok dan segala isi alam ini dapat bercakap, sudah lama ia akan menegur manusia yang tidak sedar diuntung. Nilai moral semakin rosak dalam kalangan muda-mudi masa kini. Seks bebas bukan lagi menjadi suatu taboo dalam masyarakat. Aku sungguh bimbang dan kesal dengan kejadian kes buang bayi yang berlaku dengan begitu berleluasa. Sudah la buat dosa, bertimbun-timbun lagi dosa bila membuang bayi yang tidak berdosa hasil hawa nafsu serakah manusia yang lupa akan tiang agama sebagai penopang hidup.

Thursday, April 29, 2010

Aku berblogging kerana..

Dulu mula-mula aku mengenal dunia blogging (setahun lebih yang lalu), aku sekadar ingin menjadikan blog sebagai tempat untuk aku bercerita untuk tatapan mata aku sendiri dan juga sebagai reminder untuk aku mengenang perkara-perkara yang perlu aku kenang. Kira macam diari la. Hehe...

Wednesday, April 28, 2010

Rezeki dan domain baru

Be grateful. Satu perkataan yang patut menjadi contoh bagi semua manusia di dunia ni. Kita harus menerima kebaikan dan juga keburukan yang datang kepada diri kita. Tapi kebiasaannya, kita hanya tahu bersyukur apabila mendapat sesuatu, dan menangisi nasib diri bila menerima sesuatu yang tidak baik dalam kehidupan kita. Kadang-kadang juga, bila kita berada dalam kesusahan, kita sentiasa memohon belas kasihan kepada Sang Pencipta.

[Motivasi] Bukan orang biasa...

Jadi kalau bukan orang biasa, anak raja la. macam Prince William tu? Jangan risau, Bluedianthus ni bukannya seorang blogger yang memilih dalam mencari kawan-kawan blogger. Bluedianthus bersahabat dengan sesiapa sahaja. Lagipun, mana aku tau korang ni blogger yang kaya atau tak. Kalau aku tau, aku nak minta belanjar aiskrim drumstick satu, hehe.. Lain la kalau blog itu dimiliki oleh seseorang yang bernama John Chow ataupun Kenny Sia ataupun Irfan Khairi..:)

Tuesday, April 27, 2010

Komisyen diterima..

Budak-budak sekarang ni dah makin canggih. Semua gadget terbaru pun mereka tahu. Aku je yang terkial-kial nak kejar kemajuan teknologi sekarang ni. Jadi pembacaan mesti ditingkatkan. Sekarang ni pun mereka dah terdedah dengan aplikasi dan kemudahan komputer dan internet.

Monday, April 26, 2010

"Jalinan" ini berbayar...

Bukan jalinan di antara dua orang insan yang sedang berkasih-kasihan ya. Hehe. Maksud jalinan yang digunapakai dalam entri ini adalah mengenai jalinan yang lebih popular di kalangan blogger sebagai link. Ya, link ini sangat penting dalam kehidupan seseorang blogger macam aku ni dan juga korang-korang semua. Sebagai contoh, korang terlupa meletakkan link semasa blogwalking, sebenarnya korang dah rugi 1 pelawat unik dalam blog korang. Jadi double check sebelum korang tekan "Enter".

Entri kali ini aku cuma nak kongsikan mengenai link berbayar di blog aku ini. Nampak tak selepas header ada satu link yang tertulis "Link ini berbayar: Travel Malaysia Tips & Guide"? Nampak kan, kalau tak nampak, aku bagi nampak, hehe..

Hari Isnin tidak sepatutnya dibenci..

Selamat pagi Malaysia, selamat pagi dunia. Isnin yang terakhir dalam bulan April kini menjelma lagi. Bulan kelahiran aku ni, terasa sedih pula untuk ditinggalkan. Huhu.. Aku harapkan agar korang sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Maaflah semalam aku hanya berblogwalking kejap je. Sempat la juga komen beberapa buah blog yang cun-cun belaka. Seperti biasa, akaun Nuffnang dikemaskini setiap hari Isnin. Aku harapkan agar korang mendapat earnings yang masyuk masyuk belaka. Apa yang paling penting, blogging itu memang menyenangkan. Kepada mereka yang bekerja selamat bekerja aku ucapkan, kepada mereka yang bersekolah, belajar rajin-rajin ye. Sematkan dalam hati, hari Isnin bukannya hari yang patut dibenci, tapi patut di syukuri, kerana hari ini kita masih lagi bernafas. Syukur... :)

Sunday, April 25, 2010

Nasihat santai bersahaja, dari aku yang biasa-biasa..

Entri ini ditulis ketika adik aku yang baru balik dari Kolej Matrikulasi Labuan tengah tidur dengan nyenyaknya di sebelah aku. Aku yang tengah baring-baring atas katil ini pun rasa macam terkena penangan nak tidur je. Mummy tengah tengok tv, adik bongsu aku pengsan kat bilik dia, dan adik aku yang baru selesai menduduki SPM tahun lepas pun tidur tak ingat dunia di ruang tamu. Daddy pula tengah lena dibuai mimpi di bilik. Cuma aku dan Mummy je masih on. Gambar kat sebelah ini diletak untuk membuatkan korang tertanya-tanya yang mana adik dan yang mana kakak. Yang penting aku lagi kakak dari dua orang ni..hehe..

Seronok rasanya dapat melihat wajah-wajah kesayangan aku ni berada di rumah. Setiap masa itu sememangnya sangat bernilai untuk disia-siakan. Menurut kajian, masa untuk bersama dengan keluarga pada masa kini sangat terhad. Bagi mereka yang bekerja makan gaji tu tau la kan. Apalagi kalau ada yang bekerja mengikut syif macam Mummy aku.Kalau kena syif malam, alamat esok pagi baru dapat berjumpa. Itu pun kalau sempat sebab masa pagi semua orang sibuk nak pergi ke sekolah la, kampus la dan macam-macam lagi urusan yang mengehadkan masa kita bermesra dengan keluarga.

Saturday, April 24, 2010

Mari kita bersantai bersama...

Bersama Meng Meng Cheng!! Hehe..Berehat bersama dengan kucing memang menyeronokkan. Dulu aku tak suka kucing, aku tak suka kepada sesuatu yang berbulu macam kucing dan yang sewaktu dengannya. Tapi, bila Mummy (panggilan untuk ibu kesayangan aku) bawa seekor kucing sebulan lepas, aku mula suka dengan kucing. Ya, nama kucing ni unik sikit, Meng Meng Cheng. Macam nama Cina pula kan..hehe.. Mula-mula nama sebenar kucing comel ni Meng Meng je. Sekali adik aku yang baru habis belajar dari Kolej Matrikulasi Labuan sampai, esoknya dah kena panggil Meng Meng Cheng! Hehe..Kucing manja ni sebenarnya kawan Mummy aku yang bagi di hospital. Mula-mula Meng Meng ni malu-malu dan takut je dengan keluarga aku yang ganas-ganas tapi baik hati ni..hehe.. Sekarang ni, bukan main manja lagi. Dia ni bukan main suka tidur tak ingat dunia. Jom tengok aksi Meng Meng Cheng ni masa tidur.

Friday, April 23, 2010

Hijau yang menyenangkan..

Sewaktu aku datang ke kampus tadi..agak teruk juga traffic jam terutamanya jalan menuju ke pusat bandar. Tapi syukurlah selamat juga sampai ke destinasi dan menulis entri untuk tatapan bersama pada hari ini. Tapi yang tak bestnya, masa lampu isyarat bertukar warna, banyak pemandu yang up speed macam pelumba F1. Kalau dah nak lepas garisan mandatori tu tak apa la juga.  Ini tidak, selamba buat-buat tak tau je makna lampu warna oren. Tuhan menciptakan warna sebab ada kegunaanya, jadi kita kenalah guna dengan sebaik-baiknya dan ke arah kebaikan kan.

Sebut-sebut fasal warna ni, aku nak pilih warna hijau. sebagai topik utama entri Kalau lampu isyarat tau maknanya kan, "Jalan jika selamat". Warna hijau ni adalah warna kegemaran adik aku yang baru lepas SPM baru-baru ini. Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran korang bila ternampak warna hijau? Alam semulajadi? Ataupun korang bayangkan toyol?(oh tidak..) 

Thursday, April 22, 2010

Khamis dan Stress

Cepatnya masa berlalu kan, hari ni dah hari khamis, dan seiring dengan pertambahan hari yang ada dalam setahun ini, usia kita juga bertambah. Huhu...terutamanya golongan hawa macam aku ni, mesti takkan terlepas tengok kedut-kedut yang muncul di wajah..hehe.. Tak mengapa, memang telah ditentukan hidup kita di dunia ni macam tu kan. Takkan kekal muda selama-lamanya. Kita bukannya macam watak dalam animasi Doraemon yang sampai sekarang tak tua-tua..hehe.. Apapun, yang penting kesihatan dalaman dan kesihatan fizikal lebih penting. "Kerana diriku begitu berharga.." (tagline Loreal yang sinonim dengan wanita moden masa kini..hehe..) Entri pada hari khamis ini merupakan entri yang menarik(mudah-mudahan) kerana tak molek rasanya membiarkan entri Rabu dan kisah "Google Guys" mendominasi hari Khamis ini. Each day is a different moment to be cherished. Speaking pula dah..hehe..

Wednesday, April 21, 2010

Rabu dan kisah "Google Guys"

Seperti biasa, hari rabu merupakan hari yang sepatutnya menjadikan kita lebih produktif dalam melakukan kerja. Jadi aku harapkan agar korang semua berada pada kedudukan dan prestasi terbaik pada hari ini. Kebanyakan daripada kita mempunyai idea apakah makna kejayaan yang sebenar, dan kadangkala kita mempunyai visi minda macam mana perjalanan hidup kita. Mungkin kita akhirnya akan mendapat pengiktirafan sebab telah penat bekerja, dapat banyak duit (ini aku pun nak..hehe..), mencari pasangan hidup idaman hati, berkeluarga, nak beli rumah, kereta dan banyak lagi yang kita nak dalam hidup kita ni. Tapi, mungkin korang mempunyai visi yang berbeza tentang makna kejayaan sebenar ini. Yang penting, kerja, jangan tak kerja...hehe.. Mari kita buat kerja di hari Rabu ni dan semoga semuanya berhasil. :)

Monday, April 19, 2010

Alamak, sudah hari Isnin rupanya...

Salam sejahtera untuk semua pembaca setia blog ini. Maaflah sudah lama menghilang dari dunia blogging. Syukurlah, demam dan selesema aku sudah semakin beransur baik. Cuma masih ada sedikit batuk-batuk yang mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca di Pulau Labuan. Tapi sekarang ni tak boleh nak stay up sampai jam 3 atau 4 pagi. Kesihatan itu lebih penting dari segala-galanya. Kalau sakit semua benda pun tak jadi. Jadi sesi blogwalking pun mungkin akan semakin singkat dan kalau aku terlepas pandang untuk mengunjungi blog korang aku minta maaf banyak-banyak ya. Apapun, aku akan mengambil masa juga untuk membaca entri-entri baru korang yang best sangat untuk aku baca tu, Kalau ada entri baru tu jangan lupa bagitau aku ya. Terima kasih.. :)

Friday, April 16, 2010

[Tutorial] Mengira masa loading blog

Sambil tidak mempedulikan keadaan aku yang belum sembuh sepenuhnya, aku pun cuba la memeriksa kadar masa blog Bluedianthus ini untuk siap loading sepenuhnya. Sakit ni kalau dilayan bertambah buruk jadinya, jadi kena lawan balik sakit tu, barulah kita cepat sembuh kan. Aku mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang lain kerana sudi bertanyakah khabar aku dan memberi kata-kata nasihat untuk menjaga kesihatan. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Jadi simptom-simptom seperti demam, selesema dan batuk yang berpanjangan tidak harus dipandang ringan. Love yourself, love the people around you. ^_^

Wednesday, April 14, 2010

Bluedianthus masih sakit?

Tuan punya blog ini masih dalam keadaan berehat.. Apapun, terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan selamat harijadi kepada aku. Aku sangat-sangat menghargainya. Terima kasih juga kepada  ditujukan kepada AminJohar, rakan sembang aku semasa bermain klik-klik program PTC  yang aku sertai. Aku minta maaf kalau entri aku minggu ini kurang bermanfaat untuk tatapan korang. Tapi, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh aku kongsikan dengan korang semua. Boleh la korang ingat-ingat aku yang sakit kat sini ni. Lama dah tak jatuh sakit, sekali sakit berhari-hari jugak terlantar..huhu.. Tak larat berblogwalking sampai ke pagi sekarang ni. 

Sambil-sambil berfikir apa yang aku nak kongsikan dengan pembaca blog ini. Aku terfikir 2 benda yang aku nak kongsi iaitu buffered earning ke-5 Bluedianthus dan juga pendapatan sampingan yang diperolehi sehari sebelum harijadi pemilik blog ini. Oh, dan lagi satu, mini contest yang aku adakan baru-baru ini aku batalkan atas sebab tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. But it's okay for me, maybe next time then.

Tuesday, April 13, 2010

Facebook dan ucapan bermakna...

Ini merupakan entri kedua aku pada hari ini. Di bawah kategori yang sama, aku sekadar ingin memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat aku di Facebook di atas ucapan Selamat Harijadi kepada aku. Aku dah tua, huhu... Thanks to the social networking site for creating such a great communication tool. Alamak, speaking pula dah....hehe.. Apapun, apa yang akan korang lihat seterusnya hanyalah screenshot daripada facebook aku. Bukan apa, saja nak jadikan kenangan dalam blog aku ini. At least, aku masih diingati. Terima kasih aku ucapkan untuk semua. Sayang korang... :) Blog warnniemusah.com dan willpowerwithin.com juga telah diupdate dengan jayanya pada hari ini. Jangan marah ha...semua pun berkisarkan tentang harijadi tuan punya blog. hehe..

Matematik Hidupku..

Monday, April 12, 2010

Sakit dan buffered earning keempat Bluedianthus

Sebenarnya aku tak berapa sihat semenjak dua menjak ni. Jadi aku jarang online dan mengikuti program jejak kasih menjejak blogger yang lain. Apapun aku masih lagi akan melakukan aktiviti blogwalking kalau keadaan kesihatan aku mengizinkan. Apapun, aku ucapkan terima kasih di atas kesudian para blogger yang rajin menjenguk a.k.a menerjah chatbox aku. Banyak juga komen-komen jejak yang berguna yang menarik minat aku untuk menjejaki korang semua. 

Friday, April 9, 2010

Anugerah terindah yang aku miliki

Aku bersyukur kerana membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Aku gembira kerana dilahirkan atas ikatan yang suci. Aku juga bangga kerana mempunyai ibubapa yang tidak pernah lelah mengasuh aku menjadi seseorang. To be somebody, from nobody.Keluarga, anugerah terindah yang aku miliki.

Keluarga, satu nama yang sinonim dengan makhluk Tuhan yang bernama manusia. Malangnya, dunia kini semakin kejam. Ada saja berita mengenai kes penderaan anak kecil, penderaan isteri, pembunuhan yang tidak disengajakan, dan tidak kurang juga dengan kes bunuh diri pada usia yang muda. Begitu mudah mengambil nyawa sendiri, padahal orang yang terlantar di hospital masih gigih menyambung usia.

Thursday, April 8, 2010

[Motivasi] Bangkit sebagai juara..

Setiap daripada kita pernah melalui cabaran kegagalan dalam menempuh jalan kejayaan. Aku pun termasuk dalam golongan yang selalu gagal dalam mencapai sesuatu yang aku inginkan. Mungkin korang juga begitu, tapi cara kegagalannya saja berbeza. Tapi itu bukan bermakna kita akan gagal selamanya. Tapi kita sebenarnya sedang melalui jalan kejayaan yang paling bermakna. Yang manis bukanlah kejayaan, tapi perjalanan kita dalam mencapai kejayaan yang kita impikan. Ayuh korang semua, kita bangkit sebagai juara.

Aku baru sahaja membeli buku seperti yang korang lihat di sebelah ini. Ayat pada prakata buku ini saja sudah cukup membangkitkan semangat aku untuk terus membaca buku ini. Ini antara kata-kata yang menarik perhatian aku untuk terus membacanya. 
"Kata-kata itu lebih tajam daripada sebilah pedang yang tajam, maka hayatilah kerana ia adalah senjata yang berharga bagi diri kita." 

Wednesday, April 7, 2010

Kisah Bluedianthus mencari duit online Bahagian 2

Hari Rabu merupakan hari di mana tahap produktiviti seseorang itu berada pada tahap yang paling maksimum. Ini kerana hari Rabu merupakan hari pertengahan di antara hari-hari bekerja. Walau bagaimanapun istilah ini tidak dapat diaplikasikan bagi mereka yang bekerja di sektor swasta kerana ramai yang masih bekerja pada hari Sabtu. Aku harap korang sentiasa produktif tak kira di mana jua korang berada (pinjam tagline Digi kejap, hehe..)


Entri kali ini adalah sambungan entri hari Selasa, di mana aku telahpun menerima satu lagi pembayaran untuk salah satu program PTC yang aku sertai. 1sen pun berharga juga tau, jadi kenalah berjimat kalau nak guna duit. Beli yang perlu sahaja. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Korang mampu mengubahnya (pinjam tagline keselamatan jalan raya pula, hehe..)

Tuesday, April 6, 2010

Kisah Bluedianthus mencari duit online

Dalam hati setiap orang, seseorang itu tidak akan percaya jika tidak melihat bukti. Itulah perkara yang aku cakap dengan seorang sahabat baik aku di dunia online. Jadi, aku biasanya akan berkongsi sesuatu perkara yang baik dalam hal mencari duit online apabila telah melakukan eksperimen sendiri. Kira aku jadi bahan ujikaji la ni, hehe.. To be or not to be, aku buat aku dapat. Mesti dapat, tak kisahlah untung atau rugi.  Yang penting mesti dapat result. Tapi yang paling penting, buat saja dulu. Dan aku rasa tak salah mencuba. Dunia online ni memang menyeronokkan. Lagi banyak yang boleh diterokai di dunia online ini. Dan aku sama sekali tidak akan mengajak korang kalau belum merasa sendiri duit yang konon-kononnya boleh diperolehi dengan mudah sebelum duit itu masuk sendiri ke dalam akaun bank ataupun akaun Paypal aku.

Monday, April 5, 2010

[Awards] Bluedianthus pun dapat anugerah la..

Pada masa aku menulis entri ini, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 telah berlangsung dengan jayanya tadi. Aku cuma sempat menonton pembukaan tirai. Sibuk melayari internet tadi. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tak menang aku ucapkan tahniah juga sebab tersenarai sebagai finalis akhir. Bukan senang nak kena undi dalam kelompok 5 teratas. Tahniah juga aku ucapkan kepada bintang paling popular, Siti Nurhaliza yang aku kagumi sebab berjaya meraih gelaran bintang paling popular 2009. Semoga rezeki terus bersamanya. Mudah-mudahan.

Malangnya, aku takkan bercerita tentang suasana ABPH 2009 dalam blog ini. Aku nak ceritakan tentang anugerah yang diperolehi oleh Bluedianthhus saja. Rasanya ada beberapa awards yang aku terima. Rupanya demam awards pun ada di kalangan bloggers di Malaysia ni. 

Nuffnang, Page Rank dan keseronokan berblogging

Selamat hari Isnin buat semua rakan blogger yang aku hormati, semoga korang sihat-sihat selalu di samping tugasan dan juga keluarga masing-masing, Hari ini hari Isnin, hari ini permulaan hari bekerja bagi mereka yang bekerja. Semoga korang kerja dengan rajin ya. 

Bagi para blogger, hari Isnin memang hari yang dinanti-nanti. Sebab tak sabar-sabar nak check earnings yang mereka dapat. Semoga earning korang bertambah dan terus bertambah la ya. Baru-baru ini pihak Nuffnang telah menghantar email pemberitahuan mengenai fraud click  yang sedang berleluasa. Jadi aku nasihatkan kepada mereka datang ke blog aku ni, klik iklan yang korang berminat saja ok. Takut juga nanti kena banned seumur hidup, hilang pula mata pencarian sampingan. 

Masa untuk bersantai-santai di hujung minggu..

Macam mana dengan hujung minggu korang? Aku doakan semoga hujung minggu korang baik-baik saja. Aku seperti biasa akan balik kampung setiap kali menjelang hujung minggu. Biasalah untuk merehatkan minda yang sesak dengan macam-macam masalah. (Macam lah aku ni Perdana Menteri , banyak masalah sangat, hehe...)

Bagi mereka yang berkeluarga, hujung minggu merupakan hadiah yang tak terhingga untuk dihabiskan bersama dengan keluarga tersayang. Jadi kenalah bijak supaya masa yang ada digunakan dengan sebaik-baiknya. Pada waktu entri ini ditulis, aku tengah menunggu adik-adik aku bersiap-siap nak ke kelas pendidikan agama. Kemudian destinasi seterusnya adalah membeli beg baru adik bongsu aku. Hari ini aku tak bolehlah nak bawa kereta laju-laju (gurau je..hehe..pandu cermat ingatlah orang yang tersayang ok..) sebab hari khamis lepas aku terjatuh parit depan rumah. Mungkin nak kena tambah degree cermin mata aku ni. Ini dah masuk kali kedua aku jatuh parit. Sadisnya...huhu..

Saturday, April 3, 2010

Kematian, sesuatu yang pasti

Aku mulakan hari ini dengan doa agar roh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri (Din Beramboi) dicucuri rahmat. Semoga keluarga Allayarham tabah dalam setiap ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi. Setiap kita yang masih hidup di dunia ini pasti akan mati. Kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada Sang Pencipta. Mati itu suatu kenyataan yang paling benar.


Sampai waktu dan ketikanya, kita tetap akan meninggalkan dunia yang penuh dengan kelelahan ini. Setiap hari ada saja kematian yang akan berlaku di seluruh dunia. Suka aku mengingatkan diriku dan pembaca blog aku ini tentang pentingnya mengingati mati. Sebenarnya manusia itu tahu bahawa yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia pada masa kini telah menilai kematian dengan bermacam-macam tanggapan. Ada yang fikir kematian itu adalah suatu lumrah biasa sebagai pendapat golongan atheist(tidak mempercayai kewujudan Tuhan) dan ada juga orang yang mengaitkan kematian disebabkan oleh lahiriah sahaja seperti disebabkan oleh bencana alam, kemalangan dan macam-macam lagi. Tapi sangat kurang manusia yang mengaitkan kematian dengan kehadiran malaikat maut.

Friday, April 2, 2010

[Mini Contest] Motivasi Yang Hilang

Kini, peraduan mini contest muncul sempena 1 April ini. Kenapa mini contest? Sebab hadiah pun mini... Ini bukan April Fool, ini betul-betul, bukan cobaan. ;p


Kali ni penyertaannya amat mudah dengan hanya 2 langkah mudah...
Related Posts with Thumbnails