LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Sunday, February 28, 2010

Pembunuh! Kau tak layak digelar manusia...

Aku tak tau manusia jenis apa lelaki ni. Sungguh mengundang kemarahan yang menggunung seluruh penduduk Malaysia. Tak cukup ajar ke? Kalau nak sepak menyepak, sepak la bola, sepak la buah kelapa..sepak banyak-banyak pun orang tak marah. Orang yang tengok pun akan buat tak kisah saja. Cuma orang kata kau tu gila saja.  Tak siuman, buang tabiat. Kalau pandai sangat nak menyepak tu, pergi la masuk World Cup. Dapat rezeki boleh dapat anugerah Kasut Emas. Ini tidak, orang yang kau pijak, orang yang kau sepak, orang yang kau terajang, orang yang kau tendang, orang yang kau campak, orang yang kau tampar. Kau ni sakit mental ke? Kau memang tak layak digelar manusia. Sedangkan binatang pun sayangkan anak-anaknya. Kau tu manusia, dikurniakan dengan akal oleh Yang Maha Kuasa.

Aku memang takkan bertolak ansur dengan kekejaman seperti ini. Aku sungguh sedih dengan kejadian ini. Tergamak betul lelaki kurang ajar tak sedar diri tu buat macam tu dengan budak comel yang baru berusia 3tahun. 3 tahun my friend!! Apa seorang budak yang boleh lakukan di usia sebegitu? Tahu tak tenaga lelaki lebih kuat 6kali ganda daripada perempuan. Bayangkan, budak perempuan berusia 3 tahun dan lelaki berusia 28 tahun dengan tenaga 6 kali ganda kekuatan wanita yang sebaya dengannya? Kekuatan pada lelaki digunakan untuk melindungi perempuan dan bukannya menyakiti. Ingat orang akan puji kau ke kalau kau buat macam tu? Orang keji lagi ada.

Friday, February 26, 2010

[TUTORIAL] Upgrade Cbox ke akaun Premium

Baiklah seperti mana yang telah aku janjikan, tutorial untuk proses upgrade Cbox kepada jenis premium aku kongsikan di sini. Sebenarnya banyak lagi jenis chatbox yang ada seperti Shoutmix dan lain-lain. Proses upgrade mungkin lebih kurang sama saja. Harga juga lebih kurang, apa yang aku research kat internet tadi, harga upgrade ke premium chatbox bagi Cbox dan Shoutmix sama saja, iaitu $2 sebulan. Baiklah, kita teruskan dengan tutorial kita ya..:)

1. Taip url ini ke browser korang : http://www.cbox.ws dan login akaun korang.

Thursday, February 25, 2010

Cbox oh Cbox...

Semalam..waktu peak hours, sungguh lebat Cbox dihujani dengan komen-komen para bloggers yang memang tahan mengantuk..hehe..(siapa-siapa Nuffnangers tegar tu, tau la). Aku juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Cuma yang aku tak senang hati tu, terdapatlah mereka-mereka yang sungguh membuatkan aku nak membuang Cbox yang ada. Tapi akhirnya, aku masih sayangkan Cbox. Sebab aku sayangkan Cbox ini la aku dah upgrade Cbox aku sebentar je tadi. Memang benar bagai dikata, yang berbayar selalunya lebih baik walaupun kita terpaksa mengeluarkan sedikit wang ringgit. Lagi satu, perasan tak bila korang nak taip mesej kat shoutbox ada iklan pop up yang keluar? Biasalah kita guna secara free, jadi iklan daripada penaja mesti ada. Ini baru namanya timbal balik kan. Kini, jangan risau, Cbox aku takkan buat macam tu lagi. :) 

Wednesday, February 24, 2010

3 Sebab Facebook perlu dilupakan

Aku terpanggil untuk membuat entri ini kali ini kerana aku baru saja  "Ignore" sebanyak 23 event invitations , 29 other requests dan 39 group invititations di Facebook aku. Aku tak kisah juga kalau dapat benda-benda macam ni, cuma jarang aku accept segala macam invitations yang ada. Aku yakin korang juga mungkin mengalami serupa dengan aku. Dan aku listkan kat sini 3 sebab Facebook perlu dilupakan dan ini hanyalah pendapat peribadi aku saja. Tak boleh diambilkira sebagai khidmat perunding professional ya..hehe..


1. Facebook perlu dilupakan bila korang tak tahan dengan kebanjiran event invitation, group invitation, dan juga request-request yang dikirim oleh kawan-kawan korang, baik korang lupakan sajalah Facebook ni. Yala, kita ni ada masa 24 jam sehari saja. Takkan ada masa nak update Facebook setiap masa. Bagi aku, aku akui aku bukanlah pengguna tegar Facebook (berapa banyak "aku" daa..hehe..). Aku hanya menggunakan medium ini untuk fungsi mesej dan juga share something dengan semua kawan-kawan tentang suatu event yang besar seperti perayaan yang bakal menjelang tiba dan juga pesanan-pesanan yang bermanfaat (contohnya quote motivasi..). Perasan tak kadang-kadang masa kita klik accept pun kita tak tau pun apa yang kita tengah klik tu. Kita just ikut prosedur je. Kita ni mana larat nak accept semua invitation, nak allow lagi, jawap soalan lagi, nak publish lagi...kan ke makan masa banyak tu. Kalau main matematik, 1 invitation ambil masa 2 minit, kalau ada 20 invitations, bukan ke dah 40 minit dibazirkan? Jadi, pilih la invitation yang berkualiti saja. Untuk invitation yang lain, kenalah berani katakan, "TIDAK".

Tuesday, February 23, 2010

Nuffnang bukan sekadar mengaut keuntungan

Selamat hari isnin buat semua blogger dan pembaca. Selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat belajar bagi mereka yang masih belajar (macam aku ni..huhu..), dan selamat menjalankan tugas kalau ada di antara mereka yang menjadi surirumah sepenuh masa. Huh, jangan pandang rendah dengan surirumah ni. Surirumah inilah kerja yang paling memenatkan. Kerja 24jam kat rumah. Itulah dia pengorbanan seorang ibu yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Walaupun emak aku (mummy) bukanlah seorang surirumah sepenuh masa, kesibukan kerjanya sebagai jururawat tidak menghalangnya daripada memberikan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. Salah seorang daripada anaknya itu aku la..hehe..

Saturday, February 20, 2010

Akhirnya, kau pergi jua wahai...

Keputusan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL telah pun diumumkan di blog Denaihati. Tahniah kepada semua mereka yang menang. Rata-rata entri yang mengikuti cabaran SEO ini sememangnya sangat menarik dan memberi motivasi diri yang bukan sedikit untuk aku.Ya, akhirnya contest cabaran SEO ini pergi jua.. (bagi suspen sikit tajuk entri kali ini). Bagi mereka yang tak menang tu (termasuk aku sendiri), ianya adalah suatu kejayan yang tertunda untuk kita lebih berusaha. Ya la kan, Search Engine Optimization a.k.a SEO ni memang suatu benda yang menarik untuk diterokai.

Terima kasih kepada mereka yang telah menjadi subscriber blog ini..dan aku berharap aku sentiasa akan mendapat tempat di hati setiap pembaca blog ini. Maksudnya, aku telah pun mempunyai rakan seramai 60 orang hasil daripada blog aku ini. Sungguh mengujakan aku...

Wednesday, February 17, 2010

Part time atau Freelancer?

Mood bercuti masih lagi terasa..lebih-lebih lagi bagi mereka yang berbangsa Cina. Pada masa aku menulis artikel ini, aku sedang mendengarkan slot siaran ulangan Dunia IE minggu lepas di FuhyooFM..sebut betul-betul, FuhyooFM, hehe.. Tajuk perbincangan mereka adalah mengenai pekerjaan part-time dan juga freelancer.

Setelah mendengar rancangan itu tadi. Barulah aku sedar selama ni perkara yang aku buat secara online di internet contohnya seperti setup Autoresponder dan menulis artikel adalah kerja freelancer dan bukannya part-time. Sebab kerja freelancer ni lebih kepada memberikan perkhidmatan bakat kita. Itu yang aku faham lah..tak tau la pula kalau pandangan korang macam mana. 

Aku pasti ramai yang mempunyai bakat terpendam a.k.a tersimpan di dalam diri korang masing-masing. Jadi jangan sia-siakannya. Apa yang paling penting sekali, belajar dan terus belajar dan jangan kedekut untuk melabur dalam usaha kita mendapatkan ilmu. Pendidikan juga merupakan suatu pelaburan jangka masa panjang dan jangan sia-siakan peluang yang ada. Kita ni hidup hanya sekali dan kita boleh belajar apa sahaja di dunia ini (belajar benda yang buruk tak payah la, cuma jadikan sebagai pengajaran ok..).

Monday, February 15, 2010

Memo Di Tahun Baru Cina

Saturday, February 13, 2010

Toleh Kiri,Toleh Kanan...Ada nampak apa-apa tak?

Turn Left, Turn Right. Inilah kisah filem yang baru sahaja habis aku tengok tadi. (12.2.2010, 00:32). Memang kisah tu membuai rasa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tengah dibuai perasaan bahagia bersama pasangan masing-masing. Valentine's day? Aku tak sambut..maaf kata. Bagi aku, setiap hari adalah hari kekasih. Lagipun tak ada orang yang sudi dengan aku yang menghadap komputer 365/24/7 ni. 

Hmm..masih ada  tak yang menonton rancangan RTM? Atau semuanya tengah tengok rancangan berbayar sahaja? Aku cuma boleh tengok tv1, tv2, tv3 dan ntv7 je..itu pun rasanya tak cukup mata nak tengok rancangan dalam tu. Yang pasti siaran Berita jangan dilupakan, penting tu. Lebih-lebih lagi Berita Dunia Jam 11. Bulan Jun ni kena pasang Astro la sebab nak tengok World Cup. Hah..jangan tak tau, akulah teman setia daddy(bapa aku la...hehe..) yang selalu kejutkan daddy masa World Cup 2006 dulu...Tapi, World Cup je la yang aku tengok.  EPL, Liga Sepanyol dan sewaktu dengannya aku tak tahu sangat. Memang aku tak tau sangat tentang bola ni..sekadar tengok berita sukan dalam sisipan akhbar adalah..:)

Seperti yang aku beritahu di entri aku sebelumnya, "Review yang Bernilai RM150.00", di sini aku nak bagitau kronologi penyertaan aku. 

Thursday, February 11, 2010

Review Yang Bernilai RM150.00

Mungkin tak ramai yang tahu aku memiliki blog English...mungkin bagi mereka yang mempunyai blog English seperti aku lebih-lebih lagi platform percuma seperti blogspot ni, tentunya aku memahami perasaan korang...apa dia? Kekurangan trafik. Lebih-lebih lagi kalau blog itu bukan berunsurkan niche yang diketahui ramai akan mendapat traffik yang tinggi seperti niche hiburan. Tapi bagi aku, ianya tak pernah mematahkan semangat aku untuk terus menulis dalam bahasa ketiga aku.. Berblogging la apa saja, yang penting terselit satu perkara yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan bersama-sama dengan pembaca. Aku baru saja selesai membaca artikel terbaru Smartzul mengenai Motivasi untuk Blogger dan Usahawan Internet. Dan pastinya aku sangat terkesan dengan motivasi beliau. Poin pertama beliau ialah:

Wednesday, February 10, 2010

[Update] Kembar Paypal Facebook Wishlist?

Wahai kawan-kawan blogger sekalian..di kesempatan ini aku nak minta ampun dan maaf di atas kesulitan yang menyebabkan aku dan korang-korang semua bersedih sebab takkan dapat duit Paypal..huhu... Ini kerana Prizegod.com yang menawarkan ganjaran wang Paypal dan hadiah gadget tu hanya sah kepada penduduk USA. United States of America ONLY. Aku pun baru saja baca ToS. Biasalah, dah sign up baru aku baca ToS..hehe..jadi, hentikan saja promosi ini okies...terang lagi bersuluh kita takkan dapat walau sebanyak mana pun referral yang kita dapat.. Sekian, harap maklum. Maklumat adalah disahkan benar semasa maklumat ini ditulis. Bukti ada kat bawah ni:


 p/s: Aku dah sedaya upaya update cepat-cepat ni, supaya tak ada lagi orang yang sign up dan promote program ni. Tapi, ianya bukan scam tau, cuma ianya tak sah di Malaysia. Harap maklum..:)


Tuesday, February 9, 2010

Kembar Paypal Facebook Wishlist??

Prizegod.com
Akhirnya kembar Paypal Facebook Wishlist telah muncul..hehe..Sambutan yang diterima mengenai Paypal Facebook Wishlist memang lebih hangat dari biasa. Ramai kawan-kawan blogger yang dah cashout duit Paypal ke akaun tempatan masing-masing. Aku pun turut tak ketinggalan mendapat duit dalam akaun paypal aku dan join sekali transfer duit ke akaun Maybank. Wah, kaya nampak? Tak nak belanja aku makan aiskrim drumstick ke?

Monday, February 8, 2010

Sebelum dan Selepas...

Saya putar Kieran!! Hehe..perasan pulak masuk rancangan Roda Impian kejap. Sebelum minggu ini adalah minggu lepas dan selepas minggu lalu adalah minggu ini...(Alah, macamlah korang tak tau kan...hehe..) Yup, kita telah pun berada di minggu kedua bulan Februari. Seperti biasa, hari isnin adalah hari yang paling tidak digemari oleh golongan yang bekerja, tak kiralah samada di sektor swasta atau kerajaan kan. Tapi, memang itu adalah lumrah manusia, mesti kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sambil menunggu jarum masa beralih arah ke angka 2petang, aku dengan pantas menulis menaip sesuatu untuk tatapan korang yang rajin menjenguk blog ini. Terima kasih kerana sudi mampir ya..aku tunggu suratnya ya..hehe..

Mesti semua korang-korang yang berkawan baik dengan nuffnang akan tersenyum lebar. Apa tidaknya, earning nuffnang dah meningkat kan. Earning aku sendiri pun meningkat juga la walaupun tak banyak. Yang penting, boleh lihat sedikit demi sedikit perubahan. Kepada mereka yang dah boleh cashout tu, aku ucapkan tahniah dan aku tumpang gembira untuk korang. Jangan lupa, menabung amalan mulia!! :)

Dalam aku check-check keywords apa yang selalu dicari dan "tersesat" ke dalam blog aku, terkejutnya aku dengan penemuan "cara bunuh diri" yang tertera di maklumat keywords nuffnang aku.Minggu lepas ini adalah antara keywords yang dicari oleh pengguna internet.

 Cara bunuh diri ?? Biar betul ni..

Friday, February 5, 2010

Jadikan Pencapaian Kecil Sebagai Pemangkin Semangat

Hari ini aku telah membeli sebuah lagi buku motivasi kegemaran aku, tapi di kesempatan lain aku akan berkongsikan review terhadap buku ini. Ok kan? Selalunya (bukan selalu sangat laa..) , aku membeli sesuatu yang aku suka sebagai penghargaan kepada diri sendiri apabila aku telah menyiapkan satu tugasan, ataupun aku telah melakukan sesuatu yang aku rasa patut diberi ganjaran sikit. Ya, hari ni aku telah menyiapkan satu masalah yang dihadapi oleh seorang warga Wangcyber iaitu Amirul Ikmal a.k.a Amal. Buat pengetahuan korang dia baru saja melancarkan ebook percuma bertajuk "7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet". Ops, aku tak buat website tu ya, bagi aku website tu dah cukup canggih bagi aku, guna CSS tu. Website aku pun tak guna CSS..huhu..Tugas aku hanya membuat dan memasang script autoresponder bagi laman web di hosting beliau. Autoresponder ni senang cakap adalah macam setiausaha kat pejabat tu...nak tau lebih lanjut boleh tengok Pakej Panduan Autoresponder.

Thursday, February 4, 2010

5 Ciri Anda Tidak Berjaya Menguasai *M*I*N*D*A*

Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan, semuanya berkait dengan hubungan antara diri dan minda. Buat pengetahuan anda, golongan yang berjaya mencapai matlamat dalam hidup mereka adalah mereka yang berjaya mengawal dan memperkasakan minda.
Berdasarkan kenyataan diatas, maka tidak dapat dinafikan bahawa minda adalah asas bagi mencetus kejayaan dalam diri. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, ianya tetap berkait rapat dengan minda. Dalam entri ini, saya akan dedahkan anda 5 ciri yang menunjukkan bahawa anda gagal menguasai minda anda.

Wednesday, February 3, 2010

[Contest] Valentine Day Cash Money Giveaway Contest

Wah..hari ni entri kedua aku (rajin juga aku update blog ni...aku rasa pelik pula)..Korang mesti tahu kan dengan melawat blog orang lain, kadang-kadang kita tak perlukan idea pun sebab blog tu dah bagi idea sendiri kat kita..:) Begitu la kehidupan kita sebagai seorang blogger. kadang-kadang kering idea, kadang-kadang dibanjiri idea. Kadang-kadang rajin update blog, kadang-kadang malas update..ka-dang, ka-dang..(style P.Ramlee ni..hehe). Al-maklum la, baru lepas tengok filem P.Ramlee yang diulangtayang setiap hari isnin di RTM. Hampir saja aku boleh menghafal setiap ayat yang diorang sebut..hehe..

Tuesday, February 2, 2010

1 Februari, Harijadi, dan Pencapaian Di Dunia Blogging

Adei, rupanya kita sudah menginjak ke bulan yang baru dalam tahun 2010.. Tak sedar kan, rasanya baru semalam kita menyambut kedatangan 1 Januari. Macam mana dengan azam baru? Enjin dah start ke? Ke masih bertangguh dan menunggu masa yang sesuai? Ataupun tengah fikir-fikir lagi? Apapun, yang penting TINDAKAN!.. Buat saja, hasil belakang kira. Ini adalah satu perang psikologi yang harus kita tangani. Apa yang kita takut nak buat itulah yang menghalang pencapaian diri kita yang lebih baik. Bagi aku, cukuplah sekadar aku berkongsi mengenai apa yang telah aku lakukan sepanjang bulan ini di internet.

1. Aku sudah pun mempunyai lebih daripada 100++ mailing list daripada squeeze page untuk ebook Percuma yang aku buat Disember lepas. Jangan tak tau, aku ada sebuah ebook free yang aku hasilkan pada tahun lalu. (Tahniah untuk diri sendiri..hehe..). Apa yang paling best, Ecover (muka depan ebook) untuk ebook pertama aku tu adalah pelakon Jepun yang aku minat (hehe...) dalam drama "Nodame Cantabille". Apa yang aku tahu Nodame Cantabille 2 akan muncul tahun ni..yahoo.. Lagi satu yang lawaknya, website aku tu tak siap sepenuhnya lagi, dah dapat PR1 dari Google (Thank you Google..). Proses installation blog wordpress tu pun aku masih terkial-kial lagi...huhu..Haa..nie la eCover ebook pertama aku yang tak seberapa:
                                              
Related Posts with Thumbnails