LINK STICKY: PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS

Sunday, January 31, 2010

[MOTIVASI] Kuasa Memberi...

Lama rasanya aku tak menulis entri, selepas hari selasa lepas....Aku sungguh sedih dengan pengguna internet yang menggunakan keyword carian "dr h m tuah cerewet" kat google. Cerewet sangat kah Dr HM Tuah tu? Aku rasa, dalam sesetengah hal, cerewet tu penting jugak. Takkan lah nak mengiyakan saja setiap apa yang orang kata kan.. Hmm... Sepanjang tempoh blog ini "hidup", hanya keyword ini dan satu lagi keyword iaitu "hot jav net girls" yang tersasar masuk ke dalam blog aku. Itulah kuasa internet, diorang nak cari a.k.a taip apa-apa pun boleh keluar kat search result. Keyword oh keyword...SEO?

Dah cerita banyak fasal duit ni, tibalah masa kita untuk berfikir tentang kebaikan yang kita boleh lakukan dengan duit yang kita ada.. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, dah lali kita dengan ayat zaman-berzaman ni kan? Tapi inilah rahsia orang yang sentiasa tenang hatinya walaupun dilanda banyak musibah. Lebih sempit dan sesaknya hidup kita, maka semakin banyaklah kita harus bersedekah. Tuhan melihat kelebihan daripada kekurangan yang kita sedekahkan. Oh tunggu dulu, sedekah bukan sahaja dari segi wang ringgit tau, ia juga mungkin berbentuk sumbangan seperti pakaian terpakai, barangan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.  

Prinsip untuk MENERIMA adalah dengan MEMBERI terlebih dahulu. Contoh, aku nak minta duit nak beli buku motivasi Dr Irfan Khairi daripada mummy aku, aku kenalah buat apa-apa yang patut kan. Bukanlah maksudnya aku buat kerja semata-mata nak dapat upah kan.. (Aku rasa upah tak best laa, ganti dengan ihsan..hehe..). Barulah mummy aku nampak aku layak untuk diberi ihsan (lagipun aku bukannya nak beli makeup benda yang tak baik pun..). Nampak kan kat sini aku perlu memberi sebelum menerima sesuatu? :)

Kita sebagai blogger ni, kalau nak hidup tenang..banyakkan bersedekah dengan ikhlas.. Satu lagi, rajin-rajin la baca content kawan-kawan blogger yang lain..banyak manfaat jugak tu.. Siap boleh jadi tukang komen terlampau lagi..hehe.. Jadi blogger ni salah satu tujuannya adalah mencari kawan, dan bukan kawan main "klik-klik" lepas tu "ka-ching-ka-ching" duit masuk poket..hehe.. Korang takkan kekal lama kalau sekadar jadi teman main "klik-klik"...sebab korang fokus pada DUIT dan bukannya...sila sambung sendiri..:)

Tuesday, January 26, 2010

[TUTORIAL] Transfer Duit Paypal Ke Maybank Account

Kelmarin semasa check samada ada komen untuk entri "Duit Masuk Akaun Paypal", aku dapat satu komen seperti di sebelah ni. Maklumlah time tu tengah "mad mood". Terus aku reject je komen tu. Sebab aku tak nampak pun relevannya dengan entri aku..Lainlah kalau aku buat entri yang lawak kan..Ish ish..macam-macam la.. Kepada blogger tersebut, aku nak minta maaf kerana dengan kuasa veto aku sebagai admin blog bluedianthus.com ini menyekat komen ini..(tapi at least kuar jugak kat entri ni kan...huhu..)

Thursday, January 21, 2010

Duit Masuk Akaun Paypal..

Entah kenapa hari ni letih betul kepala otak aku ni. Penat berfikir? Tak juga, mungkin migrain seperti biasa menyerang saraf-saraf sensitif aku ni..huhu. Ataupun penat nak fikir blogger yang penipu, klik2 tapi tak klik pun?? Bila baca kat blog Teratak Usang, macam down je semangat nak dapat first earning. Nasib baik niat aku setup blog ni sebab nak bagi sesuatu yang berguna untuk para blogger yang setia membaca entri yang kadang-kadang merapu sampai ke laut ni..Orang tak seberapa macam aku ni memerlukan motivasi juga dari korang-korang semua (sambil buat muka kesian..huhu..) Takpe, ini perkara biasa, kita kan manusia., HIDUP BERANI UNTUK GAGAL kan Kita ni bukannya robot yang tak tahu letih kan.. Apapun, hidup mesti diteruskan. Antara positif dengan primitif, ada kaitan tak? Fikir-fikirkan...(huh, macam pesanan pemberita Berita Dunia Jam 11 tu plak..)

Tuesday, January 19, 2010

Bunuh Diri, Ada Cara Yang Lebih Baik Tak?

Kelmarin aku balik awal dari UMS, hampir-hampir saja kereta kancil aku tak lepas nak sampai rumah. Hujan punyalah main lebat. Dah banjir pun di bahagian Politeknik Kota Kinabalu. Syukurlah selamat juga sampai rumah..dan berpeluang nak tulis entri baru dalam blog aku yang menjadi diari umum aku...hehe.. Cubalah kita bayangkan kalau tiba-tiba ajal datang menjemput, macam mana dengan blog-blog kita ni? Kawan-kawan blogger yang ada pun tentu tak tau kejadian sebenar. Lepas tu, diorang keep on leaving messages kat shoutmix..kalau ada yang jawap? titik, titik, titik...fikir sendiri...

Aku nak kongsikn beberapa perkara yang telah pun aku baca dalam buku HM Tuah (jangan marah,  aku ni memang peminat setia buku-buku HM Tuah ni..hehe). Beliau mengatakan orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri. So, tak payahlah kita nak hairan bila kita dengar ada orang kata, "Dia tu dulu sama sekolah ngan aku, masa sekolah bodoh bukan main. Sekarang dah jadi professor. Macam tak percaya pulak aku."

Itu satu kisah yang lain, dengar baca pula kisah sorang yang bernama manusia ni lagi, "Aah, satu sekolah ngan aku dulu. Keluar result, aku lulus dia kantoi. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial nak pengsan ambil periksa. Tiba-tiba pulak jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara yang betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana. "...

Friday, January 15, 2010

Kalaulah Aku Boleh Ke...

Aku sambung ayat ni ok...Kalaulah aku boleh ke Selangor minggu depan, huhu (naik flymas, macam dalam iklan nuff sekarang ni, hehe..).. Minggu ni aku sibuk dengan persediaan menyambut ketibaan kawan baik aku yang datang dari Sibu, Sarawak. Aku memang baik dengan dia ni masa belajar degree dulu. Semua suka duka kami berkongsi bersama, masa belajar pun kami sentiasa berbincang dan bertukar-tukar pendapat kalau ada masalah yang kami tak faham. Hmm...hampir 3 tahun juga aku tak berjumpa dengan kawan aku yang sorang ni. Dia baru saja melangsungkan perkahwinannya 2 tahun yang lalu..entah macam mana dah keadaan diri dia sekarang. Biasalah kalau orang perempuan ni, mesti nak tanya "Eh, gemuk sudah la, makin cantik nampak, apa rahsianya..". Jangan jawap "rahsianya, aku masak nasilah.." hehe.. Dia bercuti di Sabah ni selama seminggu.

Jadi, kalau aku jarang nak balas komen-komen yang ada, ataupun tak balas balik blogwalking korang, janganlah kecil hati ya...boleh la baca entri-entri yang lepas-lepas. Oh ya, aku baru teringat, ada seorang subscriber aku di blog aku yang lagi satu (warnniemusah.com) sudah habis "mengkhatam" blog aku yang belum berusia setahun ni...:) Sungguh terharu aku.... Aktiviti berblogging aku yang sekadar suka-suka ini dengan tujuan memberi sesuatu yang berguna akhirnya dihargai juga..

Wednesday, January 13, 2010

[MAYA] Apa Yang Anda Nak Kejar?

, Dulu waktu aku belajar kat semenanjung nun, aku selalu ketinggalan bas bila nak turun bandar ataupun nak ke tempat-tempat yang memerlukan aku untuk menggunakan kenderaan yang wajib bagi seorang pelajar yang sederhana macam aku ni...huhu..Apalagi, selalu la aku berlari-lari supaya pemandu bas tu faham itu tandanya aku nak naik bas tu... Sekarang walaupun tak lagi terpaksa menunggu lama untuk ke destinasi yang ditujui, sekali sekala tu "buang tabiat" juga naik bas pegi ke kampus...haha...

Adoi..bukan tu yang aku nak perkatakan kali ni. Aku nak cakap pasal PageRank dan juga TrustRank sesuatu blog. Walaupun aku ni memang tak tahu tentang benda-benda alah ni, tapi perasaan ingin berkongsi yang membuatkan aku terpanggil untuk menulis serba sedikit yang telah aku ketahui daripada pembacaan aku. Membaca tu kan amalan mulia...:)

Friday, January 8, 2010

[Motivasi] Kosongkah Gelas Anda?

Dalam kehidupan kita seharian, cara kita melihat dan memberi sesuatu prasangka terhadap orang lain akan terus memberi suatu titik lanjut bagaimana komunikasi yang terjalin selepas itu. Memang kebanyakan orang (kadang-kadang termasuk aku..huhu...aku insan tidak sempurna bah..), suka membesar-besarkan perilaku buruk orang lain daripada potensi ataupun kebaikan orang lain. Kenapa? Aku pun tak tau. Tapi, tak boleh salahkan mereka juga 100%. Tengok saja media massa yang ada sekarang ni. Kita ni selalu saja disajikan dengan kisah-kisah sensasi artis, takpun tentang menteri-menteri yang ditangkap kerana tuduhan rasuah. Padahal, jasanya banyak berlambak. Yang buruk juga yang nampak, yang baik tenggelam. Kisah artis cerai-berai juga yang laku, kisah artis hidup bahagia tidak pula diusik. Huh...macam-macam ada kata tagline Astro.


Aku bukan nak cakap apa tentang media massa berbahasa Melayu ni, maafkan aku kalau terasa. Cuma terasa banyak cerita yang terlalu disensasikan dalam akhbar, yang tak perlu orang tau pun. Sudah lumrah orang rata-rata suka menceritakan "gelas kosong" daripada "gelas berisi" seseorang.  Para pakar juga mengakui minda sebegini terbentuk kerana media bacaan, tontonan, sistem asuhan dan juga hasil perbincangan. Suatu fakta dan bukannya alta, pandangan sebegini ditakul sepenuhnya oleh mutu mental dan pemikiran seseorang itu..

Thursday, January 7, 2010

Milik Siapakah Gadis Itu??

Di saat dia tersenyum, matanya juga tersenyum menzahirkan keikhlasan hatinya. Orangnya tegas, tapi sensitif hatinya bukan main... Bijak orangnya, rendah hati personanya, ilmu senjatanya, jujur dan tidak takbur di atas kejayaan yang dikecapinya. Perawakannya ceria, membawa aura riang ke mana sahaja dia pergi. Sungguh tinggi cita-citanya, hampir-hampir saja ingin menggapai bintang!! Ibubapa keutamaannya, adik-beradik teman gaduh-gaduh sayangnya, kawan-kawan yang baik dijaganya,  yang tua disayanginya, yang muda dihormatinya, yang miskin dipandang sama, yang kaya tidak pula dipandang negatif. Doa senjata utamanya di saat dia tidak punya kudrat jasmani. Dia, adikku yang aku sayangi..

Tuesday, January 5, 2010

Realitikan Impian

Selamat bersua lagi di dalam blog aku yang tak seberapa ini..Semoga tahun baru 2010 ini membawa lebih banyak azam yang baik-baik saja dalam hidup korang. Sedar tak sedar sudah beberapa hari kita telah menempuhi hari di tahun yang baru. Macam mana dengan azam baru korang, boleh aku tahu? hehe... Kalau tak nak bagitau pun tak mengapa, aku harap azam itu akan terlaksana..amin...Ok, jom motivasikan diri kita kejap...:)

Setiap orang, pada titik tertentu dari hidupnya, mungkin telah bermimpi menjadi individu tertentu, orang besar, orang ternama dan orang minyak berpengaruh. Siapa yang tidak bermimpi menjadi ratu cantik dunia? Dan berapa kali kita bermimpi menjadi kaya, atau berjaya, atau bahagia dengan hubungan sesama rakan, rakan niaga, pelajaran? Aku sendiri pun pernah bermimpi nak jadi pemain piano yang terkenal...hehe..
Related Posts with Thumbnails