TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, December 17, 2010

Home » , , » "Wajahku"..kenapa begini?

"Wajahku"..kenapa begini?

Sebilangan remaja, muda-mudi, (yang dah dewasa pun ada juga) lebih banyak membuang masa melihat rupa paras di cermin, tak kiralah samada di rumah, di tempat kerja, di tempat belajar. Pantang ada masa sikit, nak tengok muka kat cermin. Nampak muka ada sedikit cela, tak senang duduk., malu , rendah diri  Rasa macam dunia dah berakhir. Rasa susah hati memikirkan keadaan dan kekurangan diri dan wajah yang tak hensem ataupun tak cun melecun seperti artis.

Perasaan rendah diri dan berasa kekurangan diri kita bukan sahaja mensia-siakan masa tetapi lama-kelamaan boleh menyebabkan kita kurang menghargai diri sendiri. Kita adalah kita, unik, berbeza dan lebih penting lagi, kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Sekiranya kita ingin menjadi orang lain, bermakna diri kita bukan kita lagi. Kerana kita meletakkan diri kita dalam bayangan rupa orang lain. Jadi, sebelum ianya berlaku dengan lebih teruk lagi, ada baiknya untuk kita saling mengingatkan, bahawa angan-angan seperti ini adalah pembunuh semangat menghargai keunikan diri sendiri.

Sama jugalah dalam dunia blogging, blog adalah "wajah maya" pemilik blog. Kita sebagai seorang blogger sepatutnya menjadi unik tanpa meniru mana-mana blog yang digemari, blog yang popular ataupun blog yang memang ngetop di pasaran blogging. Sekiranya korang selesa dengan meniru gaya penulisan orang lain, silakan kerana itu adalah pilihan hati masing-masing. Aku juga seperti blogger lain, membaca blog blogger lain dan ada ketikanya aku boleh menilai samada penulisan seseorang blogger itu original, ikhlas atau sebaliknya. Bukan bermakna aku skeptikal kepada kandungan sesetengah blog, tetapi kadang-kadang blog yang aku lawati sungguh "berwarna-warnnie" dan menyukarkan aku untuk membaca kandungan entri yang ada.
  Aku melihat, aku mengamati, aku menghayati dan menghargai..ciptaan...

Ada ketikanya, kepuasan diri sendiri dalam berblogging perlu kita utamakan. Tetapi kenalah juga tengok gaya penyampaian penulisan kita. Penggunaan ayat, perkataan dan warna font, sangat-sangat membantu kalau kita nak orang lain membaca blog kita. Dan lagi, SEO memang penting bagi sesebuah blog, tetapi sekiranya entri yang kita hasilkan hanyalah sekadar untuk mengejar trafik berduyun ke laman blog kita, kepuasan sebenar mungkin tidak akan dapat kita kecapi. Tapi jujur, aku memang kagum dengan mereka yang mampu mencipta entri meletup untuk mencuri trafik tinggi. Kadang-kadang jelous juga sebab tak pandai nak bereksperimentasi dengan entri SEO sebegitu, oh! :)

Bluedianthus tidak dapat balik ke kampung halaman seperti biasa pada hari Jumaat ini. kerana ada hal lain yang perlu diuruskan. Aku suka dengan suasana di kampung, memang lebih segar dan dapat menenangkan jiwa. Tapi, setiap masa pasti akan teringat blog Bluedianthus Dot Com dan blog-blog yang lain. Hidup seorang blogger, dunianya dengan blog tidak dapat dipisahkan. :) Selamat berhujung minggu untuk semua dan salam sayang selalu daripada Bluedianthus di sini. :) 

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails