TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, December 14, 2010

Home » , , » Teknik Dominasi Amazon, menjana duit dalam senyap melalui blog!

Teknik Dominasi Amazon, menjana duit dalam senyap melalui blog!

Apabila memperkatakan tentang dominasi dalam pasaran Amazon dan Adsense, penggiat Adsense dan Amazon sudah pastinya tahu bagaimana untuk mendominasi kaedah tertentu untuk menghasilkan pulangan yang lumayan ke dalam akaun mereka. Entri pada kali ini akan mengupas sebuah buku mengenai Teknik Dominasi Amazon yang telah dihasilkan oleh seorang newbie (rasanya expert dah ni..) dalam dunia Internet yang telah menjana pendapatan daripada kedua-dua program Amazon dan Adsense secara automatik. Oh, automatik? Alangkah masyuk…


Aku telah mengambil masa selama beberapa hari untuk membaca dan memahami apa yang ditulis oleh penulis di dalam ebook ini.  Apabila memperkatakan tentang proses try and error, sememangnya ia sesuatu yang sangat digemari kerana ia mempunyai bukti yang kukuh untuk ditunjukkan kepada umum. Maksudnya, penulis berkongsi teknik yang digunakan dan disertakan sekali dengan bukti.  Satu fakta yang nyata, nilai ebook ini sudah pun meningkat dari segi “kredibiliti” nya. Aku yang membaca ebook ini pun memang sangat teruja dengan apa yang disampaikan oleh saudari Sharifah Munira ini.

Teknik Dominasi Amazon ini mengandungi 8 bab kesemuanya. Setiap langkah diberikan penerangan secara teratur dan disertakan sekali dengan screenshot yang jelas. Walaupun ebook ini mempunyai sebanyak 54 halaman, namun isi kandungannya tidak meleret-leret tetapi terus kepada misi utama iaitu mendominasi. Di bawah ini aku ringkaskan kandungan 8 bab yang ditulis:

1: Teknik mencari __________ - teknik ini sangat penting untuk memastikan produk/niche yang kita promosikan bakal mendapat permintaan luar biasa. Ada 3 saranan produk yang telah diberikan dan salah satunya ialah produk yang dapat menyelesaikan masalah orang.

2: Setup _____ dan _____ - Ini adalah topik yang akan menguji sedikit kemahiran teknikal kita. Yang bestnya, ia masih tidak lari daripada menggunakan medium blog. Ya, blog dan aku memang suka dengan kerja nak setup-setup blog ini walaupun tak berapa mahir..hehe.. Yang paling best, blog percuma seperti blogspot juga boleh digunakan dalam mendominasi pasaran Amazon, kalau gunakan domain sendiri mungkin lebih baik, silap-silap haribulan boleh jual blog tu di Flippa.Com dengan harga melebihi USD1K, siapa tahu kan? Think big! Tapi, kalau modal masih kurang dan nak pandu uji keberkesanan Teknik Dominasi Amazon ini, gunakan blog percuma pun dah ok.

3: Teknik _______iklan adsense – Ok ok, teknik ni la yang aku nak cari selama ni, patutlah blog niche kecantikan aku kurang nilai kliknya, rupa-rupanya sebab ______ iklan adsense ni. Lepas ni kena perbaiki apa yang patut la nampak gayanya.

4: Menulis _____ dengan berkesan – Terdapat 4 cara menulis ____ dengan berkesan. Sebenarnya tak lah begitu rumit, cuma kena rajin dan kalau nak lagi berkualiti upah je orang yang buat kerja kerja freelance, contohnya seperti elance.com, tapi kenalah keluarkan sedikit modal. Bagi $4 pun, mesti ada orang nak..hehe..

5: ______ untuk Amazon – Ada 4 perkara yang perlu kita hindari dalam mempromosikan produk Amazon ini. Yang ini aku memang langsung tak tahu..kecuali teknik yang ke-3 yang memang common sense dalam membina niche blog.

6: Teknik ____ dan _____ - Teknik paling digilai ramai oleh peminat tegar pengguna Wordpress khasnya. Confirm aku akan guna untuk setiap blog yang aku ada. Mungkin blog-blog aku yang “hidup segan mati tak ingin” tu akan mula mendapat rentaknya semula. Aku dah cuba pun untuk blog Bluedianthus Dot Com ini, tapi mungkin kerana niche blog ini personal memang takkan dapatlah keputusan yang memberangsangkan.

7: Teknik Bonus – Tak tahu langsung kewujudan website ______ ini. Penulis berkongsi bagaimana untuk mendapatkan trafik secara percuma ke blog. Oppss..bukan autoblogwalking ye. :)

8: Kajian Kes – Terdapat 2 kajian kes yang berbeza iaitu 1 blog dijual di Flippa.com dengan harga $5,100 walaupun baru berusia 2-3 bulan dan 1 lagi blog mendapat pendapatan pasif sebanyak lebih daripada $5000 sebulan daripada Amazon. Kes yang berbeza kan, tapi tetap masyuk. Apakah rahsianya? Kenalah dapatkan ebook ini.

Secara keseluruhannya, dari kaca mata aku ebook ini sangat menekankan tentang pencarian kata kunci (keyword) yang kurang persaingan tetapi tidak mengurangkan harga CPC(Adsense) ataupun komisyen bagi sales yang kita hasilkan(Amazon). Aku sebenarnya memang suka menggunakan Keyword Tool daripada Google untuk blog Adsense aku. Tapi kalau untuk Amazon ini, kurang sikit la. Jadi aku lakukan hands-on semasa membaca ebook ini. Seperti yang diterangkan oleh penulis dalam laman web jualannya, hanya terdapat 5 langkah untuk berjaya:
Tetapi dalam apa bidang sekalipun, usaha yang berterusan perlu dilakukan. Lagi satu nasihat aku, hanya yang “berjiwa blogger kental” saja yang akan terus-menerus melakukan tugas ini sehingga menghasilkan kejayaan. Itulah kelebihannya mempunyai blog, kerana dari blog banyak lagi lubuk duit yang tersembunyi asalkan kita tahu “senjata” yang perlu kita gunakan.

Teknik Dominasi Amazon ini mungkin ditulis oleh seorang newbie tetapi telah pun menjana pendapatan lumayan daripada Amazon dan Adsense. Bayangkan setelah teknik yang beliau buat ini telah menghasilkan pulangan lumayan, beliau hanya perlu ulang semula teknik yang digunapakai sebelum ini untuk terus mendapatkan pendapatan pasif secara berterusan.

Cuma, mungkin di lain waktu aku harapkan agar pemilik ebook ini akan menerbitkan Pakej Video Teknik Dominasi Amazon beserta dengan Pelan Tindakan (Checklist) pula. Bukan apa, mungkin masih ada lagi yang kurang mahir dan kadang-kadang masih “blur” untuk mempraktikkan ebook ini. Terutamanya untuk bahagian nak buat link di bawah video tu.

Satu lubuk duit sudah ada di depan mata, yang perlu dilakukan hanyalah sedikit pelaburan dan usaha keras. Mungkin rezeki korang di sini. Yang penting Usaha dan Tindakan yang betul! Mudah-mudahan berjaya.

Agak panjang review kali ini, sebab ebook tu sarat dengan ilmu..terima kasih kepada saudari Sharifah Munira yang memberikan ilmu yang bernilai tinggi ini. Semoga sukses selalu. :)

p/s: Satu perkongsian yang sangat baik daripada saudari Sharifah Munira, aku juga kini sedang membangunkan sebuah blog (beli domain berbayar, mudah-mudahan boleh jual kat flippa..hoho…) untuk memandu uji keberkesanan teknik beliau ini.  Mungkin kuranglah masa nak berblogwalking dan mengemaskini Bluedianthus Dot Com dek terkena penangan ebook Teknik Dominasi Amazon ini..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails