TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, December 3, 2010

Home » » Sejauh mana ketakutan kita berasas?

Sejauh mana ketakutan kita berasas?

Perasaan takut wujud dalam diri setiap manusia. Takut merupakan satu hakikat dan setiap manusia tidak mengira peringkat umur akan mengalaminya. Ketakutan timbul dalam setiap aspek. Berniaga, belajar, bertanding, berkahwin, membuat pilihan kerjaya, membuat perubahan. Kesemua aspek ni mempunyai elemen ketakutan terhadap diri seseorang. Perasaan takut itu wajib ada untuk perkara-perkara tertentu, persoalannya sejauh manakah perasaan takut ini membataskan jangkauan pemikiran kita? 


Kali ini, sedikit perkongsian mengenai rasa takut dalam aspek kehidupan kita sebagai saling memotivasikan diri, termasuk juga aku yang menulis entri ini. 
1. Perniagaan. Niat di hati ingin memulakan perniagaan, tapi takut bank menolak permohonan pinjaman, maka cita-cita nak menubuhkan syarikat sendiri terkubur begitu sahaja.
2. Belajar. Niat di hati ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tapi takut tidak mampu menangani stress belajar. Tinggallah, impian yang terbina hanya sekadar angan-angan Mat Jenin.
3. Pertandingan. Niat di hati ingin mengikuti satu pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan. Tiba-tiba ada suatu bisikan, "Kalau kalah macam mana, aku takut la". Takut lagi, takut kalah.
4. Percintaan. Di suatu hari yang indah, terpandang seorang insan yang membuka pintu hati bernama "cinta", berkenan pula untuk berkenalan dan meluahkan rasa. Tapi takut untuk memulakan dan meluahkan, takut diri tidak layak untuk insan istimewa itu. Akhirnya, insan istimewa di hati telah jatuh ke tangan orang lain.
5. Kerjaya. Tuah datang menerpa, tawaran kenaikan pangkat diberikan. Tetapi takut bila berjawatan tinggi, takut tersalah membuat perkiraan dan keputusan. Takut dipersalahkan. Akhirnya, peluang yang datang terlepas seperti debu berterbangan.
6. Pembaharuan. Idea baru dan belum pernah diterokai oleh sesiapa, tetapi takut idea ditolak mentah-mentah. Alih-alih idea baru itu diluahkan oleh orang lain. Terlepas peluang menjadi perintis. 
Takut ini, takut itu. Takut begitu, takut begini. Sudahnya, masih di takuk lama. Semua apa yang kita lakukan mempunyai risiko, tidak kira risiko itu besar atau kecil, ia tetap melibatkan risiko. Takut mencuba, menangguh masa untuk bertindak dan takut gagal adalah satu ciri ketakutan yang tidak berasas dan perlu dijauhi. Adakah kita masih lagi melihat kejayaan orang lain, sedangkan kita terus tertinggal jauh ke belakang? Takut juga ada hadnya, begitu juga dengan keberanian, berani juga ada hadnya. Jangan biarkan keduanya mematahkan semangat kita untuk terus berdaya maju. :)

Semoga entri kali ini memberikan sedikit suntikan semangat dan motibasi kepada para pembaca sekalian. Selamat berhujung minggu aku ucapkan. Semoga bertemu lagi di entri akan datang. Salam sayang dan salam hujung minggu dari Bluedianthus Dot Com.

p/s: Luangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails