TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, December 26, 2010

Home » , , » Piala Suzuki AFF 2010, Satu perubahan!

Piala Suzuki AFF 2010, Satu perubahan!

Kurang sejam semasa entri ini diterbitkan, perlawanan bola sepak AFF Piala Suzuki 2010 akan berlangsung di antara Malaysia dan Indonesia. Satu perubahan yang mungkin membakar semangat kesukanan di antara warga Malaysia. Sukan bukan hanya menjadi tontonan umum dan sekadar untuk memenuhi kehendak masing-masing kerana minat kita terhadap bola. 

Semuanya mempunyai dorongan dan motivasinya yang tersendiri. Aku suka membawa pembaca aku untuk merenung mengenai sesuatu apa yang berlaku di sekeliling kita. Sukan mempunyai kisah motivasinya tersendiri. Semangat berpasukan dan semangat kesukanan! Semoga kedua-dua pasukan akan bermain dengan bersih malam ini. Aku sokong siapa? Tentunya Harimau Malaya. Hmm..Malaysia menang 2-1 kot..hehe..Apapun keputusannya, semoga Malaysia beraksi dengan cemerlang malam ini. Jom sama-sama menonton perlawanan tersebut malam ini.

p/s: Mudah-mudahan tidak ada kekecohan yang berlaku di stadium. Peminat pun janganlah fanatik sangat sampai nak bergaduh sesama peminat. You go and roar tonigiht, Malaysia!



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails