TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 27, 2010

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu terakhir tahun 2010

Kemaskini Nuffnang minggu terakhir tahun 2010

Salam sejahtera dan salam hormat daripada Bluedianthus Dot Com kepada semua pembaca setia yang masih mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih kerana masih sudi lagi datang bertamu dan bersinggahan di blog ini. Kegembiraan di hati rakyat Malaysia masih lagi terasa di atas kemenangan  bahagian pertama Malaysia menewaskan Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF 2010. Aku juga tumpang gembira. Cuma aku kesal dengan insiden laser yang dilakukan oleh penonton pada malam itu. Semoga ianya tidak akan berulang lagi untuk perlawanan bahagian kedua di Indonesia 29 Januari depan. Ok, seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang untuk mengukur prestasi blog ini dalam menjana pendapatan sampingan. :)

 Buffered Earning yang bermakna di akhir tahun 2010 

Secara ringkas, Buffered Earning (BE) pada minggu lepas masih lagi berjalan di blog ini dan juga di blog bahasa Inggeris aku. Berita gembiranya ialah terdapat penambahan BE lagi pada bahagian SkyScrapper (SS) iaitu iklan Maxis iPad. Iklan ini berkaitan dengan contest memberikan idea yang paling kreatif untuk aplikasi iPad ciptaan korang sendiri. Contest ini menarik untuk disertai sebab boleh menang iPad 3G secara percuma! Jadi sesiapa yang berminat bolehlah turut serta. Syaratnya, korang mestilah Maxis Angel! Aku memang tak boleh join sebab aku ni Digi Angel..jadi kurang dah saingan korang, hehe..
Maxis Angels, peluang untuk menang iPad percuma :)

Setakat ini, aku berpuas hati dengan pencapaian blog ini dalam menjana pendapatan sampingan. Malah lebih dari cukup bagi aku yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Terima kasih Nuffnang kerana memberikan peluang kepada aku untuk menambah pendapatan untuk minat aku dalam dunia blogging. Kepada yang baru bermula, tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Berblogging dengan gembira, duit akan datang sendiri. Ayat ini selalu aku tulis sebagai peringatan kepada diri aku sendiri. Dunia blogging ini banyak cabangnya dalam menjana pendapatan sampingan. Kalau yang satu tidak menjadi, ada seribu satu cara lagi yang boleh kita aplikasikan. Apa yang penting, berusaha dan berdoa agar semua yang kita lakukan berhasil. Yang penting, jangan takut untuk mencuba dan bermula. Dan lagi, jangan takut untuk gagal. :)

Ok, sekianlah kemaskini Nuffnang di minggu terakhir tahun 2010 ini. Semoga kedatangan tahun baru kali ini memberi seribu kenangan yang bermakna untuk kita semua. Salam sayang dari Bluedianthus Dot Com untuk semua. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails