TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 20, 2010

Home » , , » Kemaskini Nuffnang dan BE pertama untuk blog Inggeris

Kemaskini Nuffnang dan BE pertama untuk blog Inggeris

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog ini, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga dan juga kerjaya yang sedang dilakukan. Isnin kedua terakhir di bulan Disember ini aku agak lambat sedikit mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tapi oleh kerana minggu lepas aku tak mengemaskini laporan prestasi Nuffnang, kali ini kena kemaskini juga hari ini. :)



Blog ini telah menerima Buffered Earning yang ke-37 dan ke-38 kedua-duanya pada bahagian Large Rectangle (LR) iaitu AMP KK Launch (Hitz) dan juga NEF Season of the Witch. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada Nuffnang kerana sudi lagi memberikan BE kepada blog Bluedianthus ini. 
BE yang bermakna 

Apa yang paling menggembirakan aku ialah blog bahasa Inggeris aku telah menerima BE pertamanya iaitu AMP KK Launch (Hitz). Terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang sekali lagi kerana telah mengiktiraf blog bahasa Inggeris aku untuk diberi BE. Untuk pengetahuan, blog bahasa Inggeris aku itu sudah mula mendapat trafik yang konsisten setiap hari walaupun purata trafik sehari sekitar  40 - 50 pelawat unik.Itulah kelebihan blog yang menggunakan platform Wordpress, mesra SEO kata orang. Lagipun blog bahasa Inggeris ini luas capaiannya.
BE ke-37: AMP KK Launch (Hitz) LR

 Suka layout website Hitz ni. Hitz.fm kini di KK, yeah!. :)

BE ke-38: NEF Season of the Witch LR. Pastinya aku akan menunggu tayangan umum filem lakonan Nicolas Cage ini tahun depan. :)

Sekian saja laporan kemaskini Nuffnang untuk hari ini. Semoga earning Nuffnang korang juga masyuk-masyuk belaka. Mudah-mudahan. Ingat, berblogging dengan gembira, duit akan datang sendiri. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails