TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 6, 2010

Home » , , » Isnin pertama di bulan Disember 2010

Isnin pertama di bulan Disember 2010

Selamat malam aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Mood musim perkahwinan masih lagi terasa. Tu yang ada gambar kasut merah ni, hehe.. Jadi masa nak mengemaskini akaun Nuffnang agak lambat hari ini. Apapun, aku masih akan mengemaskini akaun Nuffnang serba ringkas sebagai rujukan aku pada minggu hadapan.


Secara ringkasnya, tidak ada Buffered Earning (BE) yang diterima oleh blog ini sepanjang minggu lepas. Mungkin kerana kekerapan mengemaskini entri ini tidak dilakukan seperti kebiasaannya. Walau bagaimanapun, klik pada iklan CPC masih membantu menaikkan earnings semasa. Aku yakin ramai yang menerima BE sepanjang minggu lepas. Semoga masyuk earning korang ya. 
Masih kekal dengan BE ke-35 dan 36 yang bermakna

Selain daripada itu, slot iklan di blog ini telah ditempah penuh. Masih ada yang ingin beriklan di blog ini, tetapi maksimum hanyalah sebanyak 8 slot sahaja. Di bawah ini adalah senarai mereka yang beriklan dan tempoh masa mereka beriklan:
Vemma : AJ- Disember 31 2010 (Amin Johar @ Wawwi : Warga WC)
Coretan Perantau: LONG Hafiz - February 21 2011 (Long Haffiz Long Hassan - Blogger)
ToneExcel : 15 Januari 2011 (mohd bacho)
Panduan Format: 7 Februari 2011(Mohd Alimie Zawawi )
Galeridea.com: 1 Disember 2010 - 30 November (mindcry: Warga WC)- 2 slot
Koleksi Salmy: 1 Disember 2010 - 30 November (Koleksi Salmy)
Personal Coaching (link belum diberikan) : (Zeddy: warga WC) (Belum dimuktamadkan : tempoh masa 3 bulan)

Jadi sehingga 15 Januari tahun depan, slot iklan di sidebar blog ini tidak akan mengambil sebarang tempahan. Sangat-sangat berterima kasih kepada pemilik GalerIdea kerana mempercayai kemampuan trafik di blog ini sehingga sanggup membeli 2 slot iklan ini selama setahun. Satu semangat untuk terus mengemaskini entri yang berguna di blog ini. Terima kasih juga kepada saudara Zeddy yang memberikan aku kesempatan untuk menjadi bahan ujikaji dalam produknya personal coaching. Tentunya aku rasa sangat teruja. :)

Selain itu terdapat beberapa review yang diterima dan kebanyakannya daripada WangCyber. Minta maaf kalau ramai yang tidak dapat menempah iklan di blog ini. Selalunya slot iklan yang ada cepat sahaja dipenuhi. Sekian saja laporan mengenai prestasi Nuffnang dan juga prestasi blog ini. Semoga blog Bluedianthus Dot Com ini akan terus maju. Mudah-mudahan. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails