TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, December 13, 2010

Home » , , » Isnin dan kemaskini Nuffnang Bluedianthus yang tergendala

Isnin dan kemaskini Nuffnang Bluedianthus yang tergendala

Salam sejahtera dan selamat hari Isnin aku ucapkan kepada pembaca blog ini. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini blog ini. Tetapi aku berterima kasih kepada mereka yang masih sudi datang menjenguk blog ini walaupun pemilik blognya mengambil tempoh bertenang seketika dari dunia blogging. Blogging itu sepatutnya indah dan tidak membebankan..:)

Pada masa entri ini ditulis, akaun Nuffnang aku masih dalam proses penyelenggaraan. Mungkin pihak Nuffnang sedang sibuk mengemaskini akaun blogger selepas balik dari bercuti di kapal laut mewah secara berperingkat-peringkat. Tak apa la kan, beri mereka masa untuk mengemaskini akaun. Semoga earning korang masyuk-masyuk belaka aku ucapkan. Mudah-mudahan :)

Page down for maintenance. It's ok, point noticed :)

Kalau macam tu, kita postpone saja entri kemaskini akaun Nuffnang sehingga ke minggu depan. Lagipun rasanya tak ada Buffered Earning (BE) yang baru yang diberikan oleh pihak Nuffnang. Tapi tak mengapa, blogging itu sepatutnya tidak berpaksikan keuntungan semata-mata. Lainlah kalau memang kita buat blog untuk kaut keuntungan habis-habisan. Kali ini aku akan kongsikan mengenai akaun yang lain pula untuk blog yang lain juga. Akaun Google Adsense yang baru setahun jagung aku buat. :)

$2.41 yang bermakna

Screenshot di atas merupakan pendapatan Adsense bulan Disember sehingga hari ini, 13haribulan. Agak memberangsangkan untuk aku yang baru mula berjinak-jinak dalam blog Adsense. Yang paling aku suka ialah earning Nuffnang ini aku dapat ketika aku masih lagi berada di kampung bersama keluarga tersayang. Mungkin nilainya sedikit, tapi bagi aku cukup bermakna. Target aku ialah mendapat $20 setiap bulan dari Adsense. Nampaknya masih belum tercapai lagi sebab earning Adsense bulan lepas hanya mencecah $11 lebih. Banyak lagi nak kena belajar mengenai blog Adsense ni. 

Satu lagi pendapatan tambahan aku melalui blog adalah menggunakan blog personal bahasa Inggeris aku yang cuma ada PageRank 1 tetapi cukup berjasa dengan aku. Tetapi hari ini aku buat satu perkara yang rasanya mustahil untuk aku dapat bayaran. Aku letakkan blog bahasa Melayu iaitu blog Bluedianthus Dot Com! Blog Bahasa Melayu diterima ke? Entah macam mana reaksi yang akan aku terima, berdebar-debar ni..hehe.. 
Blog Bluedianthus Dot Com cuba benda baru!

Menjana pendapatan melalui blog bukan sesuatu yang mustahil tetapi ianya perlu diusahakan. Yang perlu ada adalah ILMU. Jangan main bantai je ikut suka hati. Kebanyakan daripada kita suka mencari bahan ilmu tapi tidak melakukannya. Jadi bila tak dapat seperti apa yang dikatakan dalam ilmu yang kita pelajari itu, mulalah kita menuding jari, tanpa sedar jari yang lain menuding kepada diri sendiri. Ingatlah kata-kata billionaire dunia, Donald Trump, "Leaders are readers".  BACA, bacalah.. Tapi jangan baca saja, TINDAKAN perlu ada. :) 

p/s: Jangan lupa esok ada review mengenai ebook Teknik Dominasi Amazon. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails