TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, December 10, 2010

Home » , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Tempoh bertenang

HIDUP SEORANG BLOGGER: Tempoh bertenang

Ketika entri ini diterbitkan, pemilik Bluedianthus kini sedang berehat-rehat di kampung halaman tercinta. Sehari tidak mengemaskini entri, bagai tidak kena rasanya. Entri ini telah pun ditulis beberapa hari yang lalu dan hanya menunggu masa untuk diterbitkan. Maaflah sudah jarang aku mengemaskini entri di blog ini. Terima kasih kepada semua yang masih terus setia bersama blog ini. :)


Hidup seorang blogger part-time seperti aku menuntut banyak tugas lain untuk diselesaikan. Jadi, adakalanya blogger memerlukan tempoh bertenang untuk mengumpul semula tenaga yang ada, mungkin juga untuk mencari idea untuk memberikan perubahan dan "rasa" kepada kandungan blog yang semakin lama semakin menjadi sebahagian daripada hidup seseorang blogger itu.

Dari sudut pandangan aku, aku menganggap tempoh bertenang sebagai satu anugerah yang bernilai untuk seorang blogger:
1. Tempoh bertenang memberikan urutan minda yang sedang sarat dengan beban tanggungjawab yang pelbagai.
2. Tempoh bertenang membuatkan pembaca blog kita menjadi rindu dengan entri terbaru kita? Betul ke ni?
3. Tempoh bertenang mampu melakukan proses "re-format" dalam otak kita untuk menghasilkan idea yang lebih baik pada masa hadapan.
4. Tempoh bertenang merupakan hadiah terbaik untuk otak kita. Brain-holiday, tak pernah dengar pula istilah ini, hehe.. 

Selamat berhujung minggu aku ucapkan buat semua. Ahad ini akan ada satu lagi majlis perkahwinan yang bakal aku hadiri. Ramainya yang menamatkan zaman bujang bulan Disember ini. Aku pula sudah puas dengan soalan cepumas yang tak berkesudahan ini. :)

Artikel Sebelumnya: Cikgu-cikgu! Orang Malaysia pun terrer!


  

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails