TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, December 23, 2010

Home » , » Domain down, problogger marah?

Domain down, problogger marah?

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog Bluedianthus Dot Com. Sudah beberapa hari aku tidak mengemaskini entri kerana agak sibuk dengan beberapa perkara lain yang tidak memerlukan talian Internet. Walau bagaimanapun, aku masih lagi meluangkan masa untuk menulis artikel yang tak seberapa untuk bacaan kita bersama sebagai saling berkongsi pendapat dengan kalian semua. Kalian? Oh, formalnya bahasa aku hari ini. Mungkin disebabkan hari-hari tua akan menjelang tahun 2011, blog ini juga mungkin akan mengalami evolusi  dari segi kata ganti diri. :)


Aku merupakan salah seorang daripada 119,000 pembaca blog JohnChow.Com, seorang problogger yang memang terkenal dengan blognya yang sudah menjana ratusan ribu USD sebulan  melalui blognya. Aku terpanggil untuk menulis entri ini berkaitan dengan entri terbarunya mengenai GoDaddy yang aku sifatkan sebagai entri berani mati. Aku juga masih sempat menyelit memberikan komen atas pagar mengenai GoDaddy ini. Ya la, sebab setakat ini aku belum menghadapi sebarang masalah dengan domain yang aku beli sebagai blog percubaan aku.
Jom komen blog John Chow. Belajar bahasa Inggeris dengan tulis komen di blog bahasa Inggeris, hehe..:)

Hanya untuk ralat yang kecil, domain problogger ini telah ditutup pada hari pertama notis pemberitahuan daripada pihak Godaddy. Domain tersebut down dan hal ini pun John Chow sendiri tak tahu kalau tidak diberitahu oleh pembaca setia blognya. Memang la kalau kita yang masih belajar bertatih dalam bidang blogging ini, marah la juga kalau domain down kan. Tapi, blog yang mempunyai PR5 dan tersenarai dalam rangking Alexa (7K), ini sangat-sangat menjejaskan perniagaan blognya. Memang rasa nak bakar saman juga pihak Godaddy tu kan. :)

Tapi tajuk entri beliau memang aku tak nasihatkan untuk aku dan korang semua ikut. Kita rakyat Malaysia cakap biarlah berlapis sikit. Hidup seorang blogger, kena ada penguasaan diri apabila nak marah. Mungkin seorang blogger atau problogger itu menjadi sanjungan dan ikutan kita dalam usaha menjadi seorang blogger. Tapi jangan sampai identiti blogger kita hasil daripada acuan blogger lain. Fikir dengan rasional, ambil apa yang baik saja, yang tak baik ambil juga, tapi untuk dijadikan pengajaran supaya kita tidak mengulanginya pada masa hadapan. 

Nasihat ini juga sebagai peringatan untuk aku sendiri. Memanglah, kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak untuk bersetuju dan mengiyakan segala apa yang kita luahkan sebagai pendapat peribadi dalam blog. Itu adalah pendapat masing-masing dan tidak ada salah atau benarnya pendapat yang diutarakan. Cuma, biarlah kita berhujah dengan cara yang terpuji, dan bukannya dengan caci maki. Selagi masih boleh bersabar, sabar je. Kalau dah sampai tahap memang nak "meletus" tu, abaikan saja sebab ramai lagi  yang nak baca blog korang tu. Blogging itu kan indah. :)

p/s: Eksperimentasi Bluedianthus untuk Personal Coaching sudah selesai. Best sebab banyak dapat ilmu baru. mengenai cari duit online. Nantikan reviewnya live di blog ini. Pastinya review paling ikhlas dari Bluedianthus Dot Com. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails