TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 8, 2010

Home » , » Cikgu-cikgu! Orang Malaysia pun terrer!

Cikgu-cikgu! Orang Malaysia pun terrer!

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog ini dan juga kepada yang beragama Islam, masih sempat untuk aku ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan semoga kehadiran bulan baru dalam kalendar Islam memberikan semangat baru yang hilang dalam diri masing-masing.

Entri kali ini aku akan memperkenalkan satu lagi blog grafik yang sangat bermanfaat bagi mereka yang minat dengan bidang rekabentuk grafik ini. Nama yang cukup mudah diingat, CikguCikgu.Com. Konsep blog CikguCikgu.Com ini lebih berasaskan dialog antara cikgu dan pelajar. Jangan salah faham ok, laman ini bukannya cikgu yang kat sekolah tu tau, tetapi untuk  designer dan juga jurufoto untuk belajar sambil berkongsi ilmu dan pendapat. Tetapi perjalanan tutorial akan seperti konsep cikgu dan pelajar. Jadi laman ini ditubuhkan istimewa untuk senireka grafik, fotografi dan multimedia. Tidak keterlaluan sekiranya aku katakan bahawa blog seumpamanya ini merupakan yang pertama di Malaysia. Cayalah! :)

Blog ini memuatkan tutorial mengenai Ilustrator, fotografi, Photoshop serta banyak lagi yang melibatkan konsep rekabentuk grafik. Apa yang menariknya, korang boleh request tutorial yang korang perlukan. Konsep dan idea ini telah dicetuskan oleh Aneh & Gorila, manakala hakmilik penuh dimiliki oleh Kaixer Studios.

Selain daripada itu, blog ini juga menyediakan pelbagai variasi artikel untuk kerja freelancer, teori warna kepada newbie yang baru mula berjinak-jinak dengan bidang grafik, inspirasi , sejarah seni dan banyak lagi pada masa akan datang. 

Laman blog ini akan dikemaskin setiap hari, jadi setiap hari korang berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru berkenaan dengan grafik di blog tersebut. Pelancaran rasmi CikguCikgu.Com ini akan dilakukan pada tahun depan pada bulan Januari. Anugerah untuk pelajar cemerlang juga akan diadakan, tetapi kalau nak jadi pelajar kenalah daftar dulu dalam sistem ini. Anugerah yang diberikan terdiri daripada hadiah bulanan dan tahunan. Hadiah yang diberikan berbentuk wang tunai dan juga Majalah Grafik. 

Tak rugi daftar sebab boleh berkomunikasi dengan lebih mesra dan telus dengan cikgu yang memberikan tutorial berguna. Kalau dah lama, memang akan serasi dan kita juga tidak segan untuk bertanya. 
 Antaramuka profil pelajar berdaftar di CIkguCikgu.Com

 Antaramuka bahagian aktiviti di dalam sistem

Sedikit kisah menarik di sebalik nama CikguCikgu.Com ini. Nama ini diilhamkan daripada siri episod kanak-kanak. Keseluruhannya, aku suka dengan konsep laman blog ini kerana masa loading yang pantas dan kurang imej. Mungkin boleh letakkan pelbagai imej ringan untuk menambahkan keceriaan laman ini. 
Komen peribadi aku, satu pendekatan yang bagus dan kreatif dan lain daripada yang lain. Siapa kata konsep guru-pelajar hanya boleh diaplikasikan kepada subjek tertentu sahaja. Bidang grafik pun boleh. Orang Malaysia memang terrer! :)
Semoga CikguCikgu.Com terus maju.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails