TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, December 5, 2010

Home » , » Bluedianthus ke majlis kahwin teman baik

Bluedianthus ke majlis kahwin teman baik

Bersama 2 sahabat baik sejak sekolah rendah, 

Salam sejahtera aku ucapkan kepada pembaca blog Bluedianthus ini dan juga para pembaca yang masih setia bersama mengikuti setiap perkembangan blog yang tak seberapa ini. Kelmarin aku telah sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan sahabat baik aku sejak darjah lima lagi. Hampir 1 jam setengah dari bandaraya Kota Kinabalu, sanggup ke sana sebab majlis kahwin pengantin perempuan aku dah terlepas. Jadi mesti datang ke majlis kahwin pihak lelaki pula supaya tidak mengecewakan kawan baik aku, Adelinah Matthew Manu yang sentiasa cantik jelita dari mula aku berkawan dengannya. ;)


Tema majlis pada hari itu ialah ungu, baju aku masa tu pun ungu, bestnya dapat sesuaikan diri dengan warna tema, tapi muka kelihatan agak letih kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. Masa ni pakai contact lens sebab pemandangan lebih luas, hehe..:) Tak banyak yang nak aku tuliskan entri kali ini, biarkan gambar sahaja yang berbicara. Hujung minggu, masa merehatkan minda. ;) 
Pengantin dalam pakaian tradisional orang Dusun Kadazan. :)

You looked gorgeous my dear friend. :)

Pakaian tradisi kaum aku, Dusun-Kadazan, nampak kompleks kan. :)

Sementara menunggu pengantin menukar kostum lain, sempat bergambar dengan adik-beradik kawan aku. :)

Bersama dengan adik pengantin perempuan yang seksi.Satu je perkataan terucap, daring!


Ok, acara potong kek bermula..:)


Suapan penuh kasih sayang..:)

Pengantin bersama ibubapa tersayang..;)

Aku doakan semoga perkahwinanmu berkekalan selamanya. Ok, pemilik Bluedianthus ini memang pendek orangnya..itu hakikat, hehe.. :)

Satu luahan gembira daripada pengantin, "Warnnie, I'm married.." Dan soalan bonus, giliran aku bila? Oh, jawapannya tidak dapat dijelaskan. :)

Gambar candid dari kamera yang lain, pengantin lelaki baru kelihatan. :)

Wajah kedua pengantin nampak seiras kan, mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Oh Adel, I'm so really happy with you dear. :)

Okies, itulah sebahagian gambar yang ada semasa majlis perkahwinan sahabat baik aku yang berlangsung di Papar, Sabah. Ada masa akan upload juga gambar-gambar yang ada di Facebook. Semoga perkahwinan mereka berkekalan sepanjang hayat..Sesiapa yang berkahwin atau menyambut ulangtahun kelahiran pada hari ini aku ucapkan tahniah ya. :)

p/s; Hari Ahad ni masa dihabiskan bersama dengan keluarga untuk berjalan-jalan di bandaraya Kota Kinabalu, kalau sempat aku akan kongsikan malam ini gambar-gambar yang ada. Adik yang rajin ambil gambar masa tengah berjalan ke sana ke mari. Cuaca sebelah petang hujan. Penat juga jalan-jalan cari makan di bandaraya ni, tapi gembira kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails