TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, December 25, 2010

Home » , » Bluedianthus Dot Com, live dari kampung!

Bluedianthus Dot Com, live dari kampung!

Salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru yang bakal menjelma kurang seminggu dari sekarang.  Semoga hari ini membawa kebahagiaan yang bermakna bersama dengan keluarga tersayang. Entri kali ini istimewa sedikit kerana aku mengemaskini blog ini ketika berada di kampung. Gambar di atas adalah gambar bersama dengan nenek sebelah Daddy.Comel je nenek kami ni kan. Luangkanlah masa bersama dengan orang yang korang sayang. Perasaan orang yang menginjak usia keemasan ni memang sensitif sikit walaupun hal yang remeh. Ilmu mengenai elderly care patut dipelajari oleh semua kita supaya kita tidak mempunyai jurang yang ketara dalam komunikasi kita dengan golongan warga emas ni. Jangan lupa, satu hari nanti, kita yang masih muda pada hari ini akan tua juga bila sampai saatnya. Renung-renungkan..salam sayang dan selamat berhujung minggu aku ucapkan dari kejauhan, negeri di bawah bayu.. :)

p/s: Percubaan menerbitkan entri menggunakan Celcom Broadband. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails