TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 1, 2010

Home » , , , » Blog berbahasa Inggeris terabai?

Blog berbahasa Inggeris terabai?

Salam bertemu lagi kita di dalam entri yang ke-347 ini. Tak sangka sudah jauh perjalanan blog ini kan. Blog ini semakin dekat dan melekat di hati aku. Aku harap pengisian sepanjang aku menulis di dalam blog ini memberikan serba sedikit maklumat yang berguna. Al-maklumlah blog peribadi seperti ini memang luas batas perkongsian yang boleh dibicarakan. 

Kali ini aku berkongsi sedikit mengenai blog berbahasa Inggeris dan kenapa ianya menjadi pilihan ramai blogger yang serius untuk mendapatkan pendapatan sampingan darinya. Bukan bermaksud aku merendah-rendahkan blog berbahasa Melayu. Blog ini pun dalam bahasa Melayu kan..:)


Mungkin ramai yang perasan, blog personal berbahasa Inggeris aku, jarang aku kemaskini. Trafik di blog itu tidaklah sebanyak trafik di dalam blog ini, walaupun melakukan sedikit optimasi SEO(walaupun tak tahu sangat), trafik masih kurang. Purata pelawat unik sehari hanyalah sekitar 40++. Jadi iklan Buffered Earning sudah pasti tidak akan sudi singgah di blog itu. Tapi tak mengapa, ada pahala juga letakkan kempen kebajikan tu kan. Oh ya, dan juga sedikit rasa teruja menggunakan platform Wordpress (rasa macam dah jadi blogger expert walaupun sebenarnya tak, hehe..) 

Pada awalnya aku membangunkan blog itu adalah untuk berkongsi kebanyakan entri motivasi selain menceritakan kisah peribadi aku. Menggunakan platform Wordpress yang dipasang pada hosting sendiri memberi sedikit kelebihan pada blog Inggeris aku ini. Blog ini juga telah dianugerahkan PR1 oleh pihak Google tapi aku tak tahu bila. PR1 ini juga telah memberikan sedikit kelebihan untuk blog dalam misi cari duit online
Inilah kuasa PageRank di pasaran antarabangsa

Satu lagi kelebihan blog berbahasa Inggeris yang menggunakan domain dan hosting sendiri ialah peluang menjana pendapatan yang lebih banyak. Seronok rasanya dapat melakukan kerja untuk mereka yang berada berjuta-juta batu daripada negara kita. Aku belajar erti tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya dan pada masa yang ditetapkan.
$4.00 yang bermakna untuk Bluedianthus

Mungkin kadang-kadang rezeki datang serentak, dan adakalanya dalam dilema untuk menerima tugasan itu ataupun tidak. Ketika inilah kita harus pandai menguasai diri dan belajar untuk mendisiplinkan diri semasa melakukan tugas. Pernah dengar ayat ini: Do It, Do It Right, Do It Right Now! Ada waktunya aku berada dalam situasi sedikit "lembab" (perkataan MALAS perlu dijauhi) untuk menyiapkan sesuatu tugasan, ayat di atas sangat-sangat membantu aku. 

Jadi, sebenarnya blog bahasa Inggeris aku tidak terabai sangat rasanya. Cuma mungkin tumpuan aku pada blog itu kurang. Kebanyakan pelawat unik datangnya daripada enjin carian. Jadi, melalui pengalaman aku, blog peribadi berbahasa Inggeris + domain dot com sendiri + hosting sendiri memberikan lebih banyak kelebihan. Pengiklan di luar negara juga lebih mementingkan PageRank daripada trafik. Domain dan hosting sendiri juga satu kemestian yang diwajibkan oleh kebanyakan pengiklan. Kalau platform blogspot seperti blog ini, mempunyai domain sendiri tetapi masih menggunakan hosting blogspot, memang jarang mendapat perhatian. 

Sekian saja entri kali ini, semoga ianya memberikan sedikit suntikan semangat untuk korang membangunkan blog dalam bahasa Inggeris. Blog personal pun jadilah sebab mempunyai blog bahasa Inggeris juga mampu melatih kita untuk memperbaiki penulisan kita dalam bahasa Inggeris. Bukan nak mengagung-agungkan bahasa Inggeris ni, tetapi ianya adalah bahasa ilmu yang diterima-pakai di seluruh dunia. Jadi mungkin salah satu cara untuk kita belajar bahasa Inggeris cara mudah adalah menulis blog dalam bahasa Inggeris. Setuju?  Sila angkat tangan..hehe.. :)  



Artikel Sebelumnya: Masa untuk "menyerang"

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails