TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, December 29, 2010

Home » , , » Aduh, ingat itu lupa ini!

Aduh, ingat itu lupa ini!

Hari ini aku membaca sesuatu berkenaan penyakit lupa. Bahasa saintifiknya, Alzheimer. Ianya merupakan salah satu penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks. Punca sebenarnya masih menjadi tanda tanya hingga sekarang. Yang pasti ianya bukanlah disebabkan penuaan semata-mata. Penyakit ini bukan saja menyerang golongan warga tua, sesiapa saja boleh menghidapinya. Ok, jangan risau ianya tidak berjangkit. ;)


Penyakit ini jarang dikesan sebab ramai yang menganggap warga tua yang mula lupa-lupa itu sebagai suatu yang lazim. Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan penyakit Alzhiemer ini. Hmm..menakutkan juga kan, aku pun kadang-kadang lupa juga mana aku letak kunci kereta...hehe.. 

Penyakit ini memang dapat dicegah sekiranya kita mengamalkan hidup yang sihat. Paling penting, kita kena bijak mengawal tekanan (stress dan hipertensi), mengawal pengambilan gula dan juga kolesterol dalam badan. Oh, mentang-mentang aku ni anak jururawat pandai pula nak bagi nasihat. Bukan apa, ini sebagai ingatan kita bersama.Apapun, jaga kesihatan tu sebab kesihatan tu harta yang paling berharga yang Tuhan kurniakan kepada kita. :)

Bercakap tentang penyakit ingat-ingat lupa ini..ianya memberikan aku satu renungan kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita, mengapakah kita masih ingat akan orang lain yang berbuat jahat kepada kita? Ya lah kan, perbuatan yang jahat selalu kita ingat. Tapi kebaikan yang pernah orang tu berikan pada kita kita mudah atau buat-buat lupa. Kenapa ya? Hmmm?

Kenapa kita sering teringat-ingat kegagalan yang dialami, tapi sengaja melupakan kejayaan yang pernah dikecapi?
Kenapa kita kerap teringat-ingat sumbangan yang pernah kita berikan, tapi sengaja melupakan sumbangan orang lain?
Kenapa kita seringkali berasa terganggu dengan cabaran yang datang kepada kita, tapi sengaja melupakan keselesaan yang pernah kita nikmati pada masa dulu?
Kenapa kita selalu teringat-ingat kelemahan orang lain, tapi sengaja melupakan kekurangan diri sendiri?

Kenapa, kenapa, kenapa? Mungkin hanya hati nurani kita yang dapat menjawapnya. Ada ketikanya semua persoalan di atas akan menjadi sebaliknya. Mungkin soalan di depan di belakang, dan yang di belakang di depan. Ada beza? Memang ada beza..tetapi pengajarannya boleh menjadi positif dan negatif. Oh, mestilah kita nak yang positif saja kan. :) Lepas dah tahu pengajaran positifnya, persoalan "kenapa" bukan berakhir begitu saja. Ianya disusuli dengan soalan "bagaimana" yang membawa kepada kata kunci "TINDAKAN". Ok, keyword ini tak payah cari kat Google ye..hehe..

Semoga kita semua sentiasa bermotivasi untuk memacu diri kita ke arah yang lebih baik lagi. Hari ini adalah hari perlawanan bahagian kedua Piala AFF Suzuki 2010. Mudah-mudahan pasukan Malaysia berjaya dengan cemerlang. Kepada peminat bolasepak di luar sana, kata kunci yang perlu korang ada ialah kesabaran. Jangan kerana hanya segelintir yang buat hal, maruah negara dipertaruhkan. 

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails