TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, December 19, 2010

Home » , » Adik bongsu Bluedianthus sudah kembali ke rumah!

Adik bongsu Bluedianthus sudah kembali ke rumah!

Adik aku bukan lari dari rumah ok, tapi menghadiri kursus pendidikan agama di Penampang, Sabah. 3 minggu berada di sana, aku harapkan agar adik aku ni bertambah baik dari segi kelakuan dan gaya percakapannya. Biasalah anak bongsu, mudah melenting kalau dimarah sedikit. Pada masa entri ini diterbitkan aku berada di kampung halaman kerana aku akan menghadiri majlis kahwin abang sepupu aku, pengantinnya masih sama pada minggu lepas tapi kali ini persandingan di sebelah pengantin lelaki pula. Aku juga nak mohon maaf sebab belum dapat lagi membalas segala komen yang ada. Malam ini aku akan cuba untuk membalas komen korang sangat-sangat aku hargai. Terima kasih kerana masih sudi menitipkan komen untuk perkongsian bersama. Really appreaciate it. Semoga kita semua sentiasa ceria bersama dengan keluarga dan kawan-kawan tersayang di hujung minggu ini.  :)

p/s: Gambar bersama adik bongsu dan Mummy sebagai pelengkap entri ringkas kali ini. Ada iras tak? :)

Artikel Sebelumnya: "Wajahku"...kenapa begini?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails