TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, November 12, 2010

Home » , , » Stompin’ Sabah 2010 Menggegarkan Jesselton Point!

Stompin’ Sabah 2010 Menggegarkan Jesselton Point!

Sekali lagi sebelum pembacaan diteruskan, entri pada kali ini juga adalah “Sponsored Post” daripada Nuffnang, harap maklum. :)


Stompin' Sabah 2010 baru sahaja berlalu 4 hari lepas dan di sini aku abadikan corat-coret dan juga gambar-gambar yang sempat di ambil semasa Jesselton Point berada dalam keadaan lembab disertai hujan renyai. 

Aku dan 3 orang adik aku tiba di Jesselton Point sekitar jam 8 setengah malam, dan keadaan yang hujan menyebabkan sedikit membataskan pergerakan untuk ke sana sini. Kereta aku letakkan di tingkat 4 bangunan Suria Sabah. Sambil menunggu di depan pintu masuk, aku menghubungi Steward a.k.a  Jericho. Namun keadaan sejuk di luar membuatkan kami memutuskan untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Pandai-pandailah nak cari bila kat dalam nanti kan..hehe.. Sedikit teruja bila masuk sebagai XPAX VIP, walaupun tidak setanding dengan VVIP yang memang berdiri sangat hampir dengan pentas persembahan. 

 Pintu masuk utama ke Stompin’ Sabah 2010

Persembahan telah pun bermula seawal pukul 6 setengah, dan keadaan hujan pada masa itu menyebabkan aku hanya mampu melihat artis melalui skrin besar sambil memegang payung untuk mengelakkan diri daripada lencun dek hujan renyai. Pentas persembahan tu memang la nampak, tapi kurang jelas. Persembahan pada masa itu ialah daripada kumpulan Aries yang sedang menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.

 Nyanyian vokal kumpulan Aries memang memukau penonton, dan aku juga! 

Sempat lagi aku memerhatikan sekeliling pada malam tersebut. Keadaan terkawal dan ramai anggota RELA yang menjaga pintu keluar masuk ke kawasan tersebut. Pihak polis juga berjaga di bahagian depan pintu masuk ke Jesselton Point. Nampaknya kawalan keselamatan semakin diperketat dan ini adalah satu sikap yang harus dipuji. Semasa aku dan adik-adik aku masuk ke pintu utama siap badan diperiksa lagi, beg tangan pun sama. Takut-takut juga nak masuk. Mungkinkah ada kes yang tak diingini berlaku pada Stompin’ Sabah 2009 yang lepas? Hmm…

 Payung yang ada mengehadkan penglihatan. Kelihatan seorang anggota pasukan RELA sedang memeriksa keadaan sekeliling, good job sir!!

 
Kawasan ini merupakan ruang legar untuk mereka yang mendapat tiket XPAX VIP. Siap ada tempat duduk warna purple dan ada makanan lagi. Tapi kami hanya berdiri di luar sebab dah tak ada ruang kosong untuk menyempitkan diri…Full House bah.. Hmm...nampak ada MummyNemo la.. :)

 Pertandingan payung paling cun..hehe.. Hujan yang semakin menjadi-jadi.

 Antara props yang menarik perhatian pada malam itu. Rasa macam nak gunting tali dan bawa balik, hehe..

 Persembahan Toi AF6 antara yang menyerlah pada malam itu. Macam mana dia dapat mengawal angklung yang sekian banyak tu. Rahsianya, practice makes perfect! 

 Ini gambar Toi AF6 yang diambil secara langsung di atas pentas, tapi sayang dari arah belakang..huhu. Muzik yang dimainkan oleh Toi AF adalah daripada kumpulan Wonder Girls yang bakal membuat persembahan di Malaysia tidak lama lagi.

Antara persembahan di penghujung aktiviti. Malangnya kamera digital telah kehabisan bateri..rugi tak dapat gambar Ella. Lepas ni nak minta Steward la gambar Ella ni. Tapi yang pasti, suara Ella sama sahaja dengan suara yang keluar di corong radio. Cayalah! :)


Hanya itu gambar yang sempat diambil pada malam tersebut. Tapi gambar yang paling mahal ialah bergambar bersama dengan blogger Sabahan yang selamba dan bersahaja.

 Dari kiri pemilik StewardJohn.Com, Didozel.com, aku (Bluedianthus.com), MummyNemo.com dan amyna2109.blogspot.com. Aku gembira bertemu dengan mereka semua. Tapi rasanya ada lagi blogger yang bersembunyi di belakang tabir masa tu..hehe..:)

 Perasan jadi artis kejap..hehe..

 Kecil molek je Myna ni macam aku, hehe…

Sekian sajalah gambar yang sempat aku kongsikan bersama dengan korang, sebenarnya ada banyak lagi tapi banyak yang blur..huhu…tapi tak mengapa yang penting puas hati dan gembira dapat berjumpa dengan sebahagian blogger yang hangat di dunia blogging di arena mereka masing-masing. Setiap blogger mempunyai keunikannya tersendiri dalam menarik pembaca dan pelawat blog mereka, jadi jangan nak banding-bandingkan kami, okies. :)
 Semoga event seperti ini akan diteruskan di masa akan datang untuk mendekatkan sesama blogger. :)

Terima kasih aku yang tak terhingga kepada Nuffnang kerana memberikan aku peluang untuk beramah mesra dengan para blogger yang lain. Kalau aktiviti ini tidak ada, mungkin aku tidak akan berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan dalam dunia blogging ini. I really appreciate it Nuffnang, thank you so much! Aku rasa Stompin' Sabah telah berjalan dengan jayanya walaupun keadaan cuaca yang hujan dan lembab membataskan pergerakan.  

p/s: Sempat bertemu anak lelaki Ellen, Nemo yang aktif dan cergas.. 
p/p/s: Memang tersangat kagum dengan kehebatan Shawn Lee buat macam-macam bunyi menggunakan suaranya. Memang world class! :)

Pengumuman terbaru: Bluedianthus Dot Com sudah ada Fan Pagenya sendiri, kalau suka boleh terus ke Fan Page Bluedianthus dan sila LIKE kalau sudi.. Terima kasih.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails