TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, November 18, 2010

Home » , » Pemilik Bluedianthus Dot Com dicari?

Pemilik Bluedianthus Dot Com dicari?

Hari ini aku ingat nak kongsikan satu lagi laman web yang boeh dijadikan sebagai pendapatan sampingan di Internet, tetapi aku tangguhkan kerana telah mendapat 2 email yang satunya bertajuk "RE: www.bluedianthus.com" dan satu lagi ialah "Web directory submission". 


Sekarang kita pergi kepada tajuk email "RE: www.bluedianthus.com". Email ini aku belum ada membuat apa-apa tindakan susulan, tapi bila melihat pada bukti screenshot agak teruja juga untuk aku mencuba sistem yang diperkenalkan oleh Alex, iaitu pemilik laman web tersebut. Apapun, setelah aku melakukan sedikit kajian serta try and error aku akan maklumkan kepada pembaca blog ini ya. Ingatkan aku kalau aku terlupa, hehe..
Terkejut juga dengan ayat, "I'd like to contact the person responsible for the development of www.bluedianthus.com" Macam aku ada buat silap saja kan. :)

Sistem ini juga berfungsi seakan sama seperti Google Webmaster iaitu mempunyai program Real Analytic di mana ianya akan memberikan laporan mengenai kedudukan blog/laman web yang tersenarai di semua enjin carian untuk semua keywords yang ada dalam blog kita. Yang penting, sistem ini bukannya sistem trial tapi percuma sepanjang masa, kalau nak yang lagi advanced mestilah bayar kan. Ciri-ciri aku suka ialah boleh tambah seberapa banyak website yang kita nak. :) Apapun, aku masih akan cuba mencari maklumat mengenai sistem ini. Maklumlah, aku ni pun bukannya tau sangat tentang benda-benda ni.

Ok, email kedua ialah mengenai web directory submission, yang ini biasa saja untuk kita semua sebagai blogger kan. Korang boleh je ke laman web yang tertulis kat dalam email tu, kemudian daftarkan dan tambahkan link blog korang ke dalam tu. Cuma, pastikan korang meletakkan blog korang dalam kategori yang bersesuaian. Kategori personal tak ada rasanya, jadi kena cari kategori yang paling dekat dengan blog korang, contohnya topik yang korang selalu terbitkan dalam blog ialah mengenai keluarga, jadi pilih saja Family walaupun sebenarnya blog kita tu macam rojak, seperti blog Bluedianthus ini juga..hehe..Selamat mencuba. 

Jangan lupa tambahkan link blog korang ya. Mana tau boleh tingkatkan exposure blog korang.

p/s: Kalau ada yang ada niche blog memang untung la. :)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails