TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, November 22, 2010

Home » , , » Pagi Isnin dan kemaskini Nuffnang

Pagi Isnin dan kemaskini Nuffnang

Selamat pagi aku ucapkan untuk semua pembaca blog ini dan juga kepada mereka yang pertama kali datang ke sini. Semoga sihat walafiat selalu di samping keluarga dan kerjaya masing-masing. Hari Isnin, biasanya terasa malas untuk buat kerja kan, tapi tak mengapa. Kita minum dulu sambil tersenyum, hehe.. Seperti biasa, aku mengemaskini akaun Nuffnang aku tapi hari ini special sikit sebab entri ini diterbitkan lebih awal daripada biasa (tukar tagline HotFM kejap) sebab ada hal lain yang nak diuruskan. :) 


Secara ringkasnya, berbanding dengan pencapaian Nuffnang minggu sebelumnya, blog ini telah pun menerima Buffered Earning (BE) yang ke-35. Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang kerana masih setia memberikan BE yang tidak putus-putus kepada blog Bluedianthus ini.
Sponsored Post dan Buffered Earning ke-35 yang bermakna

Apa yang menarik pada akaun Nuffnang pada kali ini ialah pertambahan bahagian iaitu Sponsored Post. Masih ingat tentang 2 entri sebelum ini iaitu "Jom meriahkan Stompin' Sabah 2010" dan juga "Stompin' Sabah Menggegarkan Jesselton Point!"? Entri tersebut merupakan entri berbayar daripada Nuffnang. Beberapa hari lepas pihak Nuffnang telah mengghantarkan email bahawa entri tersebut telah pun berstatus "approved". Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun Nuffnang aku 30 November ini. Memang Nuffnang baik hati ni, memang timing yang sesuai untuk cashout kan. Tapi aku masih nak simpan lagi earning tu untuk simpanan masa hadapan. :)

BE ke-35
BE ke-32, 33, dan 34 telah pun menjadi metered earning, jadi sekarang hanya tinggal 1 lagi BE yang ada di blog ini iaitu BE ke -35: Celcom Blackberry Torch Contest pada bahagian SkyScrapper (SS). Aku suka iklan ini kerana iklan ini nampak well-blend dengan blog ini yang bertemakan warna biru. Ada contest menarik daripada Celcom, kalau berminat boleh la terus ke laman web rasmi celcom ataupun klik saja iklan di sidebar ini kalau berminat. 

Okies, sekian saja laporan prestasi iklan Nuffnang di blog Bluedianthus Dot Com ini. Aku yakin earning korang semua juga masyuk-masyuk belaka kan. Mudah-mudahan. :) Selamat menjalankan tugas dengan jayanya di hari Isnin ini. Fokus.. fokus.. :)

Artikel Sebelumnya: 4 hari 3 malam yang bermakna

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails