TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, November 25, 2010

Home » , » Mini gathering untuk Nuffnangers Sabahan

Mini gathering untuk Nuffnangers Sabahan

Satu lagi medan pertemuan di antara blogger Sabahan akan diadakan oleh Nuffnang pada esok malam juga bertempat di Jesselton Point. Buat blogger Sabahan yang berkesempatan dan mempunyai masa yang terluang bolehlah datang ke Mini Gathering ini. Pada mulanya, aku ingatkan 25haribulan ini bersamaan dengan hari Khamis, rupanya hari Jumaat malam (Nuffnang sudahpun menukar tarikh tersebut kepada 26haribulan), maka aku dengan penuh dukacita memberitahu aku tak dapat mengikuti perjumpaan ini. Ada tugas yang lebih penting harus diutamakan. Tak berkesempatanlah aku bertemu dengan Featured Blogger merangkap presiden Glitterati Club ini (gambar kat atas.) Jadi korang yang ada masa terluang tu, jangan lupa datang beramah mesra dengan blogger Sabahan yang lain okies. Tak payah beli tiket pun. "Bulih bah kalau kau.." (Ini ayat biasa orang Sabah guna..) Sila layari entri Mini Gathering for Sabahan Nuffnangers untuk maklumat lanjut.

p/s: Masih teringat kenangan Stompin' Sabah 2010 baru-baru ini. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails