Semoga Isnin terakhir di bulan November ini memberikan hari-hari bermakna dalam kehidupan kita seharian. Waktu yang berlalu tidak akan dapat diputar kembali. Jadi, gunakanlah waktu yang ada dengan semaksimum mungkin. Jangan nanti kelak menyesal tak sudah. Entri tengahari ini seperti biasa aku mengemaskini akaun Nuffnang. Mungkin kali ini lebih ringkas lagi. :)
Buffered Earning ke-36 yang bermakna
BE ke-36 : Nokia C3 2
Bukan bermaksud, apabila aku telah mendapat apa yang aku hajatkan iaitu menerima Buffered Earning dan juga Advertorial, usaha aku dalam memajukan diri dalam dunia blogging terhenti setakat itu. Cuma, aku suka memberikan cabaran kepada diri sendiri untuk menerokai banyak lagi cabang dalam dunia blogging ini. Apapun, aku harapkan agar earning korang semua masyuk belaka, mudah-mudahan. Have a super monday! :)
Artikel Sebelumnya: Selamat harijadi yang ke-49 untuk Daddy tersayang!





