TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, November 2, 2010

Home » , , » Kemaskini Nuffnang yang tertunda

Kemaskini Nuffnang yang tertunda

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia aku ucapkan kepada semua. Macam mana dengan keadaan cuaca di tempat anda semua? Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang baik. Entri ini diterbitkan sebagai menggantikan kemaskini Nuffnang yang telah tertunda kelmarin. Sudah hari Selasa rupanya. Nah, bunga warna ungu aku hadiahkan untuk korang...hehe..Senyum selalu..


Berbanding dengan kemaskini terakhir bulan Oktober 2010, hanya tinggal 3 Buffered Earning (BE) yang masih berjalan di blog ini. Mungkinkah iklan hitz.fm di sebelah ini akan menjadi BE nanti, tunggu dan lihat sajalah kan. Apapun, terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang kerana masih sudi memberi BE kepada blog Bluedianthus Dot Com. CTR bonus untuk BE ke-30 juga telah melepasi 0.2% dan telah mendapat bonus yang agak lumayan juga. Memang rugi kalau CTR bonus tidak ada. :)
Ada 3 lagi Buffered Earning yang masih berjalan

BE ke -29 ialah expanding campaign yang akan muncul mengikut kesesuaian pihak pengiklan Nuffnang. Jadi itu adakalanya iklan tersebut akan terpapar pada masa-masa tertentu. Bagi yang menghantarkan email meminta tips untuk menaikkan earning Nuffnang dan tips untuk mendapatkan BE ini, sebenarnya tidak ada rahsia sangat pun. Cuma kena pandai menarik trafik dan bereksperimentasi dengan tempat iklan diletakkan. Cara meletakkan iklan Nuffnang ini mudah, cuma ikut cara yang ditunjukkan. Sekarang Nuffnang lebih baik sebab ada ruangan "Getting Started", taklah blogger baru hilang arah semasa nak setup iklan Nuffnang kan. 

Domain Bluedianthus Dot Com ini juga telah diperbaharui dengan kos sebanyak $10.00. Makin bersemangat pula nak kemaskini blog ini sebab dah renew domain ini. Sedar tak sedar dah setahun domain ini dibeli dan semakin sebati rasanya dengan pelbagai karenah kawan-kawan blogger dan pembaca yang memberikan komen. Terima kasih semua.
Domain Bluedianthus masih kekal sebagai nama blog ini. :)

Selain daripada itu, aku jarang membalas semula jejak yang ditinggalkan di shoutbox. Biasanya akan balas komen dan ke blog kawan-kawan yang komen terlebih dahulu. Priority memang akan berbeza, sebab kalau chatbox ni selalu tak perasan jejak yang ditinggalkan. Jadi, kalau ada yang aku terlepas pandang, aku minta maaf.. Sekian laporan Nuffnang kali ini, ceria-ceria selalu. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails