TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, November 8, 2010

Home » , , » Kemaskini Nuffnang minggu kedua November 2010

Kemaskini Nuffnang minggu kedua November 2010


Selamat hari Isnin dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua. Isnin di minggu kedua pada bulan November sudah pun sampai pada hari ini. Aku doakan semoga semua pembaca blog yang tak seberapa ini sihat walafiatlah hendaknya. Seperti biasa kemaskini Nuffnang akan dilakukan oleh pemilik Bluedianthus Dot Com sebagai salah satu cara untuk mengukur prestasi blog ini dari perspektif Nuffnang.


Aku akui blog ini sedikit terbiar dengan banyak email pertanyaan yang tidak berbalas beberapa hari ini. Walau bagaimanapun, terima kasih aku ucapkan kepada Nuffnang kerana masih lagi sudi memberikan Buffered Earning yang ke-33 dan ke-34 iaitu kedua-duanya di bahagian SkyScrapper (SS) iaitu iklan mengenai Hitz FM dan STB Thematic Branding. Aku suka dengan iklan STB ini kerana animasinya yang banyak dan cantik. Terima kasih sekali lagi Nuffnang. BE yang lain sudah pun menjadi metered earning.
Buffered Earning ke-33 dan ke-34 yang bermakna


Apa yang lebih menyeronokkan apabila masuk ke akaun Nuffnang aku ialah apabila mendapat satu lagi tab menu baru bersebelahan dengan "Getting Started" iaitu "Sponsored Post". Akhirnya blog ini mendapat advertorial pertamanya. Terdapat satu lagi entri yang perlu aku siapkan sebelum status "Completed" untuk tugasan ini. Sekarang ini masih lagi dalam proses "finalize" gambar yang kebanyakannya kabur pada malam Stompin' Sabah 2010 tersebut. Sememangnya mendapat iklan advertorial lebih lumayan. Aku yakin satu masa nanti korang mesti akan dapat iklan advertorial ini. Sekiranya ada aktiviti yang diadakan berdekatan dengan negeri korang, dan pihak Nuffnang rasa blog korang sesuai, korang pasti akan dapat peluang sebegini. Blogging itu kan fleksibel dan bukannya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Teruskan berblogging dengan gembira ya. :)

Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi blog yang telah dikemaskini dan dalam percubaan untuk menjadi sebuah blog yang bersifat "monetized" semata-mata, tanpa ada sebarang interaksi dan blog sebegini memang memberikan nilai klik yang lebih tinggi berbanding dengan blog peribadi untuk iklan Adsense terutamanya (hanya pendapat aku okies..). Apapun, masih akan terus belajar tentang monetizing blog ini.  

Sekian saja laporan kemaskini Nuffnang pada kali ini. Aku yakin earning Nuffnang korang juga semakin meningkat dan semakin masyuk. Mudah-mudahan.. :)

p/s: Steward, Mummynemo, Myna, Allesandro...thank you for the real-life chatting...appreciate it. :)


Artikel Sebelumnya: Apa khabarmu di sana?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails