TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, November 4, 2010

Home » , , » Jom meriahkan Stompin' Sabah 2010

Jom meriahkan Stompin' Sabah 2010

Sebelum meneruskan pembacaan, ingin aku memberitahu kepada pembaca blog Bluedianthus Dot Com bahawa entri pada kali ini adalah "Sponsored Post" daripada pihak Nuffnang. Panggilan telefon daripada pihak Nuffnang minggu lepas mengatakan bahawa aku telah mendapat satu peluang advertorial dan ada beberapa tugas yang perlu aku lakukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Dan aku yakin ada beberapa orang lagi yang telah diberikan peluang seumpama ini. Terima kasih kepada pihak Nuffnang yang telah sudi memberikan aku peluang merasai pengalaman menerima iklan advertorial.

Berbalik kepada aktiviti yang dinamakan sebagai Stompin' Sabah 2010 yang dikuasakan oleh Xpax ini, Stompin' Sabah ini merupakan aktiviti hiburan yang pertama dan terbesar di Sabah. Persembahan yang diadakan lebih kepada Muzik Urban dan juga muzik berinspirasikan alam semulajadi. 

Tahun ini, Stompin' Sabah 2010 akan melangsungkan aktivitinya untuk kali yang ke-2 setelah aktiviti tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Sabah dan juga mereka yang menetap a.k.a bermastatutin di Sabah ini. Aktiviti tersebut akan berlangsung di Jesselton Point, Kota Kinabalu pada 6 November 2010 dari jam 6petang sehingga 2 pagi hari keesokannya. Karnival Stompin' Sabah ini juga akan diadakan bermula 5 November ini, jadi sesiapa yang ada masa untuk menjenguk ke sana, bolehlah datang melihat aktiviti dan persembahan yang dijalankan di sana. 

Aku juga akan turut berada di sana pada hari tersebut dan bakal bertemu beberapa lagi rakan blogger yang lain. Berminat nak pergi ke Stompin' Sabah 2010 itu nanti? Di sini aku senaraikan 4 cara untuk mendapatkan tiket masuk ke Stompin' Sabah 2010 ini:
1. Hanya untuk pengguna celcom, cuma perlu reload kredit pra-bayar sebanyak RM30 atau lebih dan korang akan dapat 1 tiket masuk berstatus VIP bernilai RM100 . Sebelum memasukan reload,  taip “REGSTOMPIN” dan SMS to 28881. Korang akan mendapat SMS pengesahan pendaftaran.Kemudian isikan reload XPAX bernilai RM30 atau lebih dan korang akan menerima SMS cara untuk mendapatkan "FREE Stompin Sabah 2010” VIP pass. Korang boleh tebus ganjaran tiket masuk percuma itu di cawangan Celcom Kota Kinabalu selagi stok masih ada.
2. Ini cara paling jimat bagi sesiapa yang tinggal berdekatan dengan bandaraya Kota Kinabalu. Hanya pergi ke booth U.O.X di Jesselton Point pada 5 dan 6 November 2010 ini untuk mendapatkan tiket masuk secara PERCUMA! Berbaloi-baloi..:)
3. Tiket masuk berharga RM30 dan RM100 (VIP) ini juga akan dijual di Jesselton Point dan Imperial Hotel bermula 11 Oktober sehingga 6 November dari jam 11pagi hingga 8malam. Boleh terus hubungi pihak penganjur kalau nak buat tempahan tiket : 
 Contagious Concepts (M) Sdn. Bhd.
No. 713, 7th Floor, Block B, Mentari Business Park
Jln PJS 8/5, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya,
Selangor Datul Ehsan
Phone: (03) 56363835 Fax: (03) 5635 3836
4. Tiket juga boleh didapati secara online di laman web Mudah.My Sebarang soalan mengenai aktiviti ini, boleh hubungi : Elly Rahman at 013-390 3191 or Cheryl Pinto at 019-650 1499 
Artis-artis yang akan memeriahkan Stompin' Sabah 2010 kali ini terdiri daripada ratu rock Malaysia Ella , DJ Tony , Genderang Toi Angklung , Wicked Aura Batucada (Singapore), Kulahig (Philippines), Shawn Lee (beat boxer), MC Vibe, Toi (Akademi Fantasia 6), Joe Wings, Man Kidal, Dicken (guitarist dari daerah  Ranau, Sabah. Sedikit teruja mendengar nama-nama besar dalam industri muzik yang akan hadir pada aktiviti itu nanti. 

Selain daripada itu, terdapat juga Top 3 Bands daripada U.O.X Campus Tours di Sabah yang akan membuat persembahan. Mereka ini telah menjalani sesi audition di Palm Square, Kota Kinabalu pada minggu lepas (31 Oktober 2010). Jadi kalau nak tau samada mereka ini memang berkebolehan atau tidak kenalah datang ke Jesselton Point untuk menyaksikan persembahan mereka Sabtu ini ya. (6 Nov 2010).
Antara yang bakal membuat persembahan di Jesselton Point 6 November 2010 nanti

Bacaan tambahan mengenai Stompin' Sabah 2010:

p/s: Aku dimaklumkan pihak Nuffnang bahawa aku akan mendapat 10 tiket masuk percuma ke Stompin' Sabah 2010 ini. Terima kasih banyak-banyak Nuffnang! Tentu mereka tengah sibuk menguruskan blogger-blogger yang terpilih untuk menerima advertorial ini. Yang pastinya aku akan berikan beberapa tiket kepada abang aku yang memang peminat Man Kidal dan Joe Wings. Oppss...abang kandung ye... oh! :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails