TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, November 15, 2010

Home » , , » Isnin, Nuffnang dan sedikit teguran ikhlas..

Isnin, Nuffnang dan sedikit teguran ikhlas..

Selamat hari Isnin kepada semua rakan pembaca yang mengunjungi blog Bluedianthus Dot Com ini, terima kasih juga kepada silent reader blog ini, aku harapkan semuanya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Hari Isnin seperti biasa aku akan mengemaskini akaun Nuffnang aku. Sebelum itu renungkan kata-kata pada ilustrasi di atas ya. :)


Masih terdapat 3 lagi Buffered earning yang masih sudi berteduh di blog Bluedianthus yang serba sederhana ini. Iklan di bahagian Leaderboard(LB) yang merupakan expanding campaign telah pun menjadi metered earning. Terima kasih selalu untuk Nuffnang. Mungkin ada sedikit masalah teknikal yang berlaku kepada sistem Nuffnang sewaktu aku login masuk ke dalam akaun aku, tapi aku yakin masalah ini telah diambil perhatian segera oleh pihak Nuffnang. Biasalah, bukan mudah untuk mengendalikan sistem yang mempunyai beribu-ribu blogger berdaftar dalam satu sistem kan.  

BE ke-32, 33 dan 34 yang bermakna

Trafik di blog Bluedianthus masih berada dalam keadaan yang memuaskan. Aku sudah jarang berblogwalking dalam tempoh masa yang lama, paling lama pun dalam sejam lebih. Masih banyak komitmen lain yang perlu aku lakukan. Jadi boleh dikatakan, peningkatan earning Nuffnang di blog ini bergantung sepenuhnya kepada iklan buffered Earning (BE). Kepada mereka yang datang ke chatbox dengan sapaan berbunyi, "Saya dah klik ****, klik kat tempat saya juga.." aku minta maaf kalau tak balas balik klik tersebut. Aku akan klik kalau aku betul-betul berminat dengan iklan tersebut. Dan selalunya kalau aku klik pun aku tak bagitau.. :)

Aku dapati banyak blog peribadi baru-baru ini telah menjadi seperti sebuah blog hiburan. Sesiapa yang peka kepada perkembangan dan trend penulisan blog blogger-blogger Malaysia pasti tahu akan perubahan ini. Rasanya, tidak perlulah mensensasikan keaiban orang lain di mata masyarakat. Mungkin mereka itu selebriti dan mudah dihidu setiap perbuatannya. Kita hanya perlu mengambil iktibar dan memberikan nasihat kepada pembaca kita. Kalau nak letak sekali gambar yang mengaibkan tu, tak payahlah rasanya. Tak terfikirkah kita perasaan ahli keluarga yang terlibat? Paradigm shift, put yourselves in their shoes, and you will know how it feels. 

Trafik memang penting kalau nak sesebuah blog itu meningkat naik dengan cepat, tapi bayangkanlah jika kita hanya menarik trafik dengan menghidangkan gambar yang kurang molek untuk santapan mata kita, serta  menceritakan tentang aib dan malu orang lain. Tak molek rasanya kan. Tulis tentang perkara tu memang tak salah, tapi biarlah ianya nampak neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, lagipun kesahihannya belum kita ketahui. Sekian saja entri untuk kali ini, jangan lupa baca balik ayat dalam gambar di atas ya. (Photo retrieved from Google Images

p/s: Sekadar teguran membina, dari insan yang juga manusia biasa.. Marilah saling mengingatkan.. :)

Artikel Sebelumnya: Terima kasih Air Asia!

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails