TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, November 26, 2010

Home » , » HIDUP SEORANG BLOGGER: Ilusi dan hakikat

HIDUP SEORANG BLOGGER: Ilusi dan hakikat

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pembaca blog Bluedianthus ini. Aku harapkan agar minggu bekerja berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak lupa juga aku mengucapkan selamat berhujung minggu kepada semua kawan-kawan yang berada di alam siber ini. Semoga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di entri berikutnya. Entri kali ini aku terbitkan bukan untuk memperkatakan sesiapa, apatahlagi untuk menuding jari di atas kesilapan yang tidak disedari. Hanya meluahkan apa yang terbuku di hati. :)


Ilusi: Untuk menarik banyak trafik, entri haruslah penuh kontroversi dan variasi ala-ala paparazzi.
Hakikat: Mungkin ianya berjaya menarik trafik yang banyak, dan mungkin juga kontroversi itu membawa kita ke muka pengadilan. Mungkin juga kita mula melakukan kesalahan etika peribadi. Mahu? Mungkin isu ini adalah isu yang selalu aku timbulkan, tapi aku masih lagi berharap akan ada sedikit perubahan kepada gaya penulisan blogger Malaysia. Cuba lihat blog tehramuan, ceritanya diluahkan dalam bentuk pantun..bukankah ianya suatu kelainan? Bila aku dengar saja pantun berkumandang, mesti ingat tehr..hehe.. :)

Ilusi: Lepas dapat bangunkan blog ini, aku cuma perlu duduk diam je, duit pasti masuk.
Hakikat: Jikalau itulah mindset kita, kita tidak akan bertahan lama dalam dunia blogging. Blogging adalah suatu pelan jangka panjang dan hasilnya bukanlah boleh diperolehi dalam sekelip mata. Berblogging memakan masa kerana kita sebenarnya sedang mencipta suatu jenama untuk blog kita.

Ilusi: Lepas blogwalking ni, mesti ramai nak berkunjung ke blog aku. Banyak trafik aku, banyak klik, banyaklah duit. hoho...
Hakikat: Satu teknik manual dan sebenarnya memperbanyak rangkaian sahabat blogger ialah dengan berblogwalking. (One way traffic tak termasuk dalam ini cerita okies..) Tapi, cara blogwalking yang paling sopan adalah menyapa dengan baik pemilik blog. Budi bahasa budaya kita, pemilik blog tu ada nama tau. Janganlah panggil hoi, hey, wei, woi..lainlah kalau dah kenal rapat. Blogger di Malaysia ni mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan umur, mungkin golongan yang lebih tua akan sensitif dengan hal ini. 
Ilusi: Mungkin ramai yang tak perasan dengan kewujudan blog aku ini. Blog aku tak popular. :(
Hakikat: Unique visitor hanya dikira sekali untuk 1 IP Address, banyaknya views dan sikitnya pelawat unik mungkin membawa maksud bahawa blog korang sudah ada pengikutnya yang tersendiri. Pembaca senyap kata orang (baca: silent reader) (Monolog: Blog aku tak popular? Ada aku kisah? :)  )
Hidup seorang blogger memang di luar jangkaan, pada waktu seorang blogger menulis meluahkan idea di dalam blog, dia bebas berkarya apa juga yang diinginkan. Ilusi dan hakikat mungkin sesuatu yang berlawanan di antara satu sama lain, tapi ianya saling melengkapi untuk membolehkan manusia membezakan kedua-duanya secara lebih tepat.

Pemilik Bluedianthus akan balik ke kampung halaman petang ini, esok malam baru balik rumah. Walaupun sekejap, cukup untuk aku berehat daripada memasuki dunia maya dengan lebih "jauh" lagi. Salam sayang dan selamat berhujung minggu untuk semua.

p/s: Sedih sebab tak dapat berjumpa dengan blogger sabahan untuk aktiviti Mini Gathering anjuran Nuffnang Gliteratti Plus, huhu..sob sob

Artikel Sebelumnya: Mini gathering untuk Nuffnangers Sabahan

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails