TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, November 23, 2010

Home » , » Domain baru beli ada masalah?

Domain baru beli ada masalah?

Hari ini ada permulaan hari peperangan bagi calon-calon peperiksaan SPM. Semoga tenang menghadapi peperiksaan, dan jangan lupa baca doa dulu sebelum menjawap soalan okies. :) Dah lama zaman aku mengambil peperiksaan SPM ni, tapi senang ingat sebab masa aku ambil peperiksaan ni, orang sibuk memperkatakan tentang istilah Y2K. Yang sezaman ambil peperiksaan SPM dengan aku tu memang tahu istilah ni kan. Kalau tak tau, tanya je Google. :)


Masih ingat tentang entri ringkas "Domain 1 Dollar dari Godaddy November"? Hari ini aku khasnya akan berkongsi mengenai domain yang belum berusia seminggu ini. Aku telah membeli domain baru pada Jumaat lepas dan pada hari Ahad aku menerima 1 email daripada adddomainnames.com. Boleh baca sendiri kat screenshot di bawah ini. 
Sila klik untuk besarkan imej di atas

Aku tak tahu pun domain yang aku beli ini merupakan keyword utama walaupun ada melakukan sedikit research sebelum membeli domain tu. Jadi aku pun klik la nama-nama domain yang disarankan, mana tau dapat idea untuk beli domain baru lagi kan. 

Kesemua nama domain yang diberikan mempunyai nilai klik lebih daripada $1 untuk setiap klik (bagi iklan CPC). Lumayan juga kan, tapi takkan nak beli lagi, baru beli domain kan, ni pun belum habis lagi setup blog untuk domain ni. Jadi aku abaikan saja. Jadi aku pun musykil macam mana pihak adddomainnames.com ini dapat tahu aku beli domain baru ni. Mesti ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Jadi aku pun cubalah buat sedikit research apa yang patut (macam pandai sangat, hehe...).

Pertama aku cari di Google.Com (bukan .Com.My, sebab nama domain ini dalam bahasa Inggeris) dan taip nama domain baru tersebut, ini hasilnya:
Nama domain tu belum habis taip lagi dah keluar nama domain tu tapi ada kurang sedikit iaitu huruf "S". 

Ini pula hasilnya selepas habis menaip nama domain tersebut:
Domain baru aku beli berada di halaman pertama Google!

Wah, memang aku tak sangka, domain yang belum berusia seminggu telah pun diindeks oleh Google. Macam tak percaya kan. Paling penting, domain berada di Halaman Pertama Google! Nombor 7. Carian ini menggunakan Google Chrome. Kalau menggunakan Mozilla Firefox pula kedudukan domain berada pada nombor 8.  Ok, ini memang mengujakan, macam mana pula dengan Alexa Rank? Aku baru tulis 1 entri di dalam blog baru tersebut, tak ada idea nak tulis. Tak apalah, aku cuba juga untuk memeriksa, dan hasilnya: 

Sudah ada Alexa Rank, tapi berjuta-juta lagi la..hehe..

Ok, setakat situ sajalah kajian mengenai domain aku ini berakhir. Kesimpulannya, domain yang baru aku beli Jumaat lepas merupakan antara domain yang terhangat di pasaran. Belum buat promosi lagi dah diindex oleh Google dan berada di halaman pertama Google. Semakin tinggi kedudukan sesuatu blog atau laman web di enjin carian, tak kisah la Google, Yahoo dan sebagainya, makin kompetetif la nama domain tersebut. Jadi kenalah buat sedikit kajian dulu sebelum membeli sesuatu domain, khasnya kalau nak buat domain untuk blog Adsense, Amazon dan juga untuk program CPC yang lain. 

p/s: Ada produk saranan selepas logo Bluedianthus dalam entri ini, harap maklum. :)







--------PRODUK SARANAN BLUEDIANTHUS--------


Produk ini merupakan antara produk yang terhangat di pasaran WangCyber buat masa ini. Pendapat aku, jual nama domain lebih mudah daripada menjual website atau blog kerana dengan nama domain, kita tidak perlu setup blog atau website terlebih dahulu. Kalau ikut semua langkah-langkah yang telah diajarkan di dalam ebook JutawanDomain ini, memang akan menghasilkan pulangan yang lumayan kepada kita. Jadi di sini aku turut mempromosikan produk ini kepada yang berminat untuk mempelajari ilmu berkenaan kuasa domain ini. Paling penting ianya dalam bahasa Melayu. Sesiapa yang membelinya melalui link affiliate aku akan mendapat rebet sebanyak RM15 daripada aku. Harganya memang berbaloi dengan ilmu yang ada di dalam ebook ini. Untuk dapatkan rebet ni senang saja, clearkan cookies komputer korang dan buat pembelian melalui link ini: http://www.jutawandomain.com/index.php?ref=bluedianthus. Emailkan bukti pembayaran melalui Contact. Bila dah sah pembayaran daripada pemilik produk, aku akan hubungi korang balik untuk proses pemberian rebet RM15 tu. As simple as that. Sekian dan selamat menimba ilmu baru. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails